PJ Half Marathon 2026 – Jalan utama di Petaling Jaya ditutup dari petang 5 Sept hingga tengahari Ahad

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan bahawa beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar itu akan ditutup pada 5 hingga 6 September 2026. Ia adalah bagi kelancaran acara Larian PJ Half Marathon 2026 yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Jalan Yong Shook Lin iaitu berhadapan dengan Laman MBPJ yang merupakan lokasi pelepasan acara larian, akan ditutup dari jam 6 petang pada Sabtu ini (5 Sept) hingga 12 tengahari keesokannya (6 Sept). MBPJ berkata, lencongan aliran trafik akan bermula dari IJM Land ke Jalan RU 7/1 dan Jalan Taman 7/1 hingga Menara Choy Fook On. Sepanjang tempoh itu, MBPJ menasihati agar para pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Barat untuk ke Seksyen 14 dan Seapark, serta Jalan 222 untuk ke pusat bandar Petaling Jaya.

Selain itu, dari jam 3 pagi hingga 9 pagi pada 6 Sept, jalan yang ditutup ialah Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Templer, Jalan Selangor, Jalan Pasar 1/21, Jalan Railway 2/28, Jalan 2/27, Jalan Penchala, Persiaran P.P Narayanan, Jalan 229, Jalan Baiduri SS1/22, Jalan SS1/36, Jalan SS2/24, Jalan 19/8 dan Jalan Harapan.

Ia juga melibatkan Jalan 19/1, Jalan 21/1, Jalan 20/13, Jalan 20/14, Jalan 14/47, Jalan 14/48, Jalan 51A/223, Jalan Dato Rais Jamil 15, Jalan Semangat, Jalan Universiti, Jalan Kemajuan, Jalan 12/15, Persiaran Barat, Jalan SS 1/11, Jalan SS 1/2, Jalan Ss 3/39, Jalan Bahagia, Jalan SS 1/18, Jalan SS 1/22, Jalan SS 1/2, Jalan SS 3/39, Jalan Bahagia, Jalan SS 1/18 dan Jalan SS 1/22.

“Selain itu, pengguna laluan juga dinasihatkan agar mematuhi arahan petugas lalu lintas serta merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan kelancaran pergerakan anda,” kata MBPJ.

Bagi peserta acara larian ini, jangan lupa untuk mengambil racekit anda pada 3 hingga 5 Sept ini di Jaya Shopping Centre. Manakala kemudahan parkir yang disediakan pada hari acara adalah di Kompleks A dan C Parkir MBPJ. Acara Larian PJ Half Marathon 2026 melibatkan lima kategori iaitu 30KM, 21KM, 10KM, 5KM dan 1KM. Moga semua peserta tidak melepasi ‘cut of time’ dan dapat PB okay!