Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa terdapat insiden cerun runtuh di KM263.6 di Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh Utara petang ini.
Setakat jam 5.05 petang ini, LLM berkata, lorong kiri di lokasi kejadian terhalang susulan runtuhan berkenaan yang turut menyebabkan kesesakan trafik sepanjang empat kilometer (KM).
Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan di lokasi terbabit dan pengguna lebuh raya dinasihatkan agar mematuhi arahan petugas serta had laju yang ditetapkan.








