Lorong keluar dan masuk di Plaza Tol Tanjung Malim ditutup 14-26 Okt untuk kerja baiki turapan konkrit

PLUS memaklumkan bahawa Lorong K05 (lorong keluar) dan Lorong M01 (lorong masuk) di Plaza Tol Tanjung Malim ditutup secara berperingkat mulai 9 pagi esok (14 Okt) hingga jam 9 pagi pada 26 Okt ini. Ia adalah bagi kelancaran kerja-kerja pembaikan turapan konkrit di laluan terbabit.

“Kenderaan berat disarankan menggunakan Plaza Tol Behrang sebagai alternatif, tertakluk kepada kesesuaian destinasi dan laluan.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda trafik sementara serta arahan petugas di lokasi, dan memandu dengan berhati-hati sepanjang kawasan kerja,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dkeluarkan.