Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Polis batal larangan perjalanan rentas antara negeri

    Polis batal larangan perjalanan rentas antara negeri

    Petang tadi Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Hamid Bador memaklumkan orang ramai tidak boleh membuat perjalanan keluar antara negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan mereka perlu membuat Kebenaran Rentas Negeri serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan tersebut terlebih dahulu. Namun nampaknya arahan ini telah dibatalkan serta merta menerusi pengumuman yang baharu sahaja dibuat sebentar tadi.

    Menurut laporan BH Online, perkara tersebut dibatalkan setelah pihak polis mendapati orang ramai berpusu-pusu mengisi dokumen keluar di balai polis seluruh negara.

    “Sehubungan dengan itu, kami menarik balik larangan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat, secara berhemah malam ini.

    “Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini, esok,” kata Tan Sri Hamid.

    Petang tadi satu sidang media dibuat oleh PDRM bagi menerangkan lebih lanjut berkenaan langkah Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dan tindakan untuk mengehadkan perjalanan orang awam merentas negeri dipercayai dapat memberikan lebih keberkesanan terhadap langkah berkenaan.

     
     
  • Orang ramai diminta ke balai polis berdekatan jika ingin keluar antara negeri dari 18-31 Mac – KPN

    Orang ramai diminta ke balai polis berdekatan jika ingin keluar antara negeri dari 18-31 Mac – KPN

    Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Hamid Bador memaklumkan orang ramai yang mahu membuat perjalanan keluar antara negeri perlu memaklumkan kepada polis. Ia adalah bagi tempoh dua minggu bermula 18 hingga 31 Mac ini sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

    Ini bermakna mereka yang mahu membuat perjalanan keluar antara negeri, perlu mengisi borang khas iaitu Kebenaran Rentas Negeri serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan. Di mana borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

    “Untuk mengawal pergerakan dari satu negeri ke negeri atau daerah, interstate, sebab pelaksanaan ini amat perlu. Kita yakin ia akan dapat menyekat penularan dari satu negeri ke satu negeri.

    “Apa yang perlu dibuat oleh orang ramai apabila timbul keperluan misalnya tinggal di Kuala Lumpur hendak balik ke Sarawak, dia perlu maklumkan kepada Ketua Polis Balai mengenai hasrat itu dan polis akan beri dokumen menyatakan bahawa pembawa dokumen ini telah memaklumkan kepada polis, bahawa dia perlu lakukan perjalanan ini atas sebab demikian,” kata Abdul Hamid dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang tadi.

    Orang ramai diminta ke balai polis berdekatan jika ingin keluar antara negeri dari 18-31 Mac – KPN

    Menurutnya lagi, orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac depan, akan ditahan dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

    “Perlu saya ingatkan disini, sebarang bentuk pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 sehingga 31 Mac depan, ada beberapa kesalahan jenayah boleh diambil dibawah Kanun Keseksaan Akta 574. Pertama dibawah Seksyen 186, iaitu menghalang penjawat awam daripada menjalankan kerja.

    “Keduanya, Seksyen 188 dimana pesalah mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam tadi. Ketiga cuai sehingga menyebabkan jangkitan boleh mengakibatkan bahaya kepada nyawa dan keempat, mengingkari aturan kuarantin itu tadi,” tegasnya.

    Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan selama dua minggu (18-31 Mac 2020) adalah bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19 yang setakat ini dilaporkan telah menyebabkan dua kematian di dalam Malaysia.

     
     
  • Edaran Tan Chong Motor tutup operasi hingga 31 Mac

    Edaran Tan Chong Motor tutup operasi hingga 31 Mac

    Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) selaku pengedar kereta jenama Nissan turut akur dengan keputusan kerajaan bagi menutup premis perniagaannya termasuklah bilik pamerannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac ini.

    Malahan ini turut melibatkan penutupan pusat servis Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS). Justeru, sepanjang tempoh penutupan premis berkenaan, penasihat jualan ETCM akan menghubungi semua pelanggan baharu Nissan untuk menjadual semula temujanji penghantaran kereta yang telah ditempah ke bulan April ke atas.

    Manakala penasihat servis TCEAS pula menasihati para pelanggannya untuk menjadualkan semula temujanji bagi menyelenggara kereta masing-masing menerusi panggilan telefon, SMS atau pun aplikasi DriveOn. Kedua-dua perkhidmatan bilik pameran dan pusat servis ini akan beroperasi semula mulai 1 April 2020.

     
     
  • Hong Leong Yamaha juga tangguh operasi dua minggu

    Hong Leong Yamaha juga tangguh operasi dua minggu

    Selain Modenas yang umumkan penangguhan keseluruhan operasi syarikat untuk sementara waktu, Hong Leong Yamaha juga mengambil langkah sama. Ini adalah susulan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan Covid-19 yang diumumkan kerajaan semalam. Hong Leong Yamaha akan memberhentikan sebarang operasi syarikat itu bagi tempoh 18 hingga 31 Mac 2020.

    Ini termasuk semua aktiviti-aktiviti di ibu pejabat, pusat alat ganti dan semua cawangan di seluruh negara. Untuk itu, bagi sebarang perkembangan dan pengumuman lanjut oleh Yamaha, pelanggan boleh terus mengikuti laman media sosial Facebook Yamaha Motor Malaysia dan laman web rasmi www.yamaha-motor.com.my.

     
     
  • Stesen minyak kekal beroperasi dari 18 hingga 31 Mac

    Stesen minyak kekal beroperasi dari 18 hingga 31 Mac

    Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan mulai 18 hingga 31 Mac ini seperti mana yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19, bukanlah situasi Perintah Berkurung atau pun Lockdown. Orang ramai masih diberi kelonggaran untuk keluar bagi membeli barangan keperluan di pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka, dan beberapa premis perniagaan yang disenaraikan boleh beroperasi seperti biasa.

    Ini termasuk juga dengan stesen minyak yang kekal beroperasi seperti biasa. Shell Malaysia turut telah mengeluarkan kenyataan stesennya kekal beroperasi, tetapi tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan peruncit dan kakitangan. Perkara ini seharusnya turut dilakukan oleh pemain industri yang lain.

    Sebelum ini, Puspakom, dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengumumkan terus beroperasi seperti biasa. Walau bagaimana pun, syarikat kereta seperti Honda Malaysia, dan Perodua telah mengumumkan penutupan sementara operasi bagi bilik pameran, pusat servis dan kilang pengeluarannya sepanjang tempoh dua minggu ini. Begitu juga dengan Mitsubishi Motors Malaysia dan Edaran Tan Chong Motor yang merupakan pengedar Nissan juga berbuat perkara yang sama dengan mengumumkan penutupan bilik pameran dan pusat servisnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

     
     
  • Modenas hentikan semua operasi di seluruh negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

    Modenas hentikan semua operasi di seluruh negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

    Susulan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan Covid-19 yang diumumkan kerajaan semalam, Modenas turut mengumumkan pemberhentian sebarang operasi syarikat itu bagi tempoh 18 hingga 31 Mac 2020.

    Ini termasuk semua aktiviti-aktiviti di ibu pejabat, semua cawangan serta pusat servis Modenas di seluruh negara. Untuk itu, bagi sebarang perkembangan dan pengumuman lanjut oleh Modenas, pelanggan boleh terus mengikuti laman media sosial Facebook dan laman web rasmi jenama berkenaan. Sebarang kesulitan amat dikesali.

     
     
  • JPJ terus buka kaunter, hanya cawangan UTC ditutup

    JPJ terus buka kaunter, hanya cawangan UTC ditutup

    Selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan bermula esok hingga 31 Mac ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengeluarkan pengumuman bahawa kaunter khidmat di pejabat mereka masih lagi dibuka sepanjang tempoh tersebut.

    Walaubagaimanapun, cawangan mereka di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup dan orang ramai diminta menangguhkan terlebih dahulu urusan yang tidak penting dan mengambil alternatif menggunakan khidmat atas talian.

    Selain daripada itu, walaupun kaunter urusniaga masih dibuka, JPJ akan menutup sementara antara jam 1 tengahari hingga 2 petang bagi proses nyahkuman dan disinfeksi di kawasan kaunter dan pejabat. Proses ini akan dilaksana setiap hari dari 18 Mac hingga 31 Mac.

    Kemudiannya, semua kursus, ceramah KPP, latihan memandu, ujian teori, amali memandu di Institut Memandu dan ujian Bahagian 1 secara bertulis dan lisan, ujian komputer Bahagian 1 di Pusat eKhidmat (MyEG, KOMMS dan MYSPEED) pula ditangguhkan sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.

     
     
  • Perodua tutup semua operasi kilang & pengedar kerana Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

    Perodua tutup semua operasi  kilang & pengedar kerana Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

    Perodua menerusi Presiden dan CEOnya, Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengumumkan mereka akan menangguhkan semua operasi syarikat itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Malaysia semalam untuk menangani pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara.

    Oleh itu operasi di ibu pejabat Perodua serta fasiliti pengeluaran, pusat-pusat jualan dan servis serta pusat-pusat Badan & Cat jenama berkenaan di seluruh negara akan ditutup dari 18hb-31hb Mac 2020, atau tertakluk kepada sebarang pengumuman baharu daripada pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

    Ini bermaksud, semua penghantaran kenderaan baharu, servis serta perkhidmatan Badan & Cat dijangka akan beroperasi semula hanya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

    Kakitangan cawangan Perodua yang berkenaan akan menghubungi pelanggan-pelanggan dalam tempoh ini sekiranya perlu untuk memberi penjelasan dan makluman mengenai situasi ini. Perodua turut menyatakan bahawa mereka menghargai kesabaran pelanggannya buat masa ini, dan berharap agar semua rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama penuh dengan mengikuti segala arahan kerajaan serta mengehadkan pergerakan mereka sebanyak mungkin untuk mengelakkan dari dijangkiti COVID-19.

    Pelanggan boleh menghubungi talian bebas toll Perodua Auto Assist, 24 jam sehari, 7 hari seminggu di 1-800-88-5555 jika anda mengalami sebarang isu dengan kenderaan mereka dalam tempoh ini.

     
     
  • Prasarana umum perkhidmatan bas, tren beroperasi sepanjang 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan

    Prasarana telah mengumumkan semua perkhidmatan bas dan tren kendaliannya akan beroperasi seperti biasa sepanjang 14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020 ini adalah salah satu langkah untuk mencegah penyebaran wabak pandemik COVID-19 daripada terus menular.

    “Perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling; MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit Laluan Sunway dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung akan bermula operasi seperti biasa dengan jadual kekerapan hari bekerja. Bagaimanapun, pemantauan akan dibuat kemudian untuk memastikan kesesuaian jadual kekerapan yang digunakan.

    “Memandangkan perintah pergerakan terhad ini diarahkan buat pertama kali, kami perlu memastikan kekerapan yang sesuai kerana belum dapat memastikan jumlah penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan kami pada hari esok dan sepanjang tempoh perintah pergerakan terhad ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias dalam satu kenyataan hari ini.

    Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pengangkutan khususnya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum apa jua keputusan diambil berhubung dengan kekerapan perjalanan tren dan bas kendalian Prasarana itu.

    Beliau turut mengesahkan bahawa Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni akan dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50% untuk perjalanan mereka.

     
     
  • Honda Malaysia tutup jaringan pengedar, operasi kilang 2 minggu seiring Perintah Kawalan Pergerakan

    Honda Malaysia tutup jaringan pengedar, operasi kilang 2 minggu seiring Perintah Kawalan Pergerakan

    Sebagai respon langkah Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam, Honda Malaysia (HM) mengumumkan bahawa semua operasi mereka termasuk kilang pemasangan di Melaka, pejabat jualan dan juga jaringan pengedar mereka di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya bermula esok, 18 Mac hingga 20 Mac 2020.

    Menerusi pengumuman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia semalam, langkah ini dibuat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Justeru, HM memohon maaf kepada pelanggan kerana kerana kesulitan dan ketidakselesaan yang dihadapi dalam tempoh ini, dan mereka akan sentiasa memantau rapat perkembangan semasa dan akan membuat tindakan susulan yang sesuai.

    Setakat ini, HM hanya menyatakan bahawa mereka akan menyambung operasi mereka seperti biasa bermula 1 April 2020 nanti.

     
     
  • Triumph Malaysia tutup pusat operasi hingga 30 Mac

    Triumph Malaysia tutup pusat operasi hingga 30 Mac

    Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan, Triumph Malaysia akan menutup pusat jualan dan servis mereka dari 18 hingga 31 Mac ini. Langkah ini diambil selari dengan inisiatif kerajaan untuk membendung penularan virus Covid-19.

    Sebarang kemas kini atau informasi tambahan berkenaan operasi Triumph Malaysia akan dilakukan melalui media sosial mereka, serta laman web rasmi Triumph Malaysia. Syarikat itu juga mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pelanggan ke atas langkah ini.

    Pada 16 Mac 2020, perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac di seluruh negara, dengan arahan yang termasuk menutup semua premis perniagaan kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

     
     
  • Mansory Venatus – Lamborghini Urus dengan 810 PS

    Mansory Venatus – Lamborghini Urus dengan 810 PS

    Kalau anda pernah melihat hasil kerja syarikat ubah suai Mansory, dari Jerman ini, anda pasti tahu semuanya ganas-ganas dan cukup menonjol. Samalah dengan hasil terbaru mereka yang menggunakan Lamborghini Urus dan dipanggil Venatus ini.

    Selain warna biru yang agak terang, anda juga dapat melihat kit badan tersendiri Mansory yang agak sibuk, pada keseluruhan bahagian depan, tepi dan belakang. Ada di antara kemasan pada bahagian luar ini menggunakan gentian karbon dan kemudiannya diserlahkan lagi dengan jalur serta angkup brek berwarna hijau neon.

    Rim yang digunakan oleh Mansory pada Venatus ini mempunyai saiz 24 inci, dan ia dibalut dengan tayar 295/30 di hadapan dan 355/25 di belakang. Bergantung kepada pandangan anda, penampilan SUV prestasi ini boleh jadi menggerunkan atau mungkin juga keterlaluan.

    Bahagian dalam juga menggunakan konsep warna sama, di mana hampir keseluruhan bahagian dibalut dengan kulit yang berwarna biru, kemudian terdapat kemasan gentian karbon pada tepi pintu, papan pemuka serta konsol tengah, dan jalur hijau neon.

    Enjin V8 4.0 liter twin turbo yang berada di bawah bonet kenderaan ini dipertingkat untuk menghasilkan 810 PS dan 1,000 Nm tork, sekaligus menjadikannya 160 PS dan 150 Nm tork lebih berbanding Urus standard. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 3.3 saat manakala laju maksimum pula adalah 320 km/j.

     
     
  • Semua operasi Puspakom berjalan seperti biasa dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan

    Semua operasi Puspakom berjalan seperti biasa dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan

    Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengumumkan bahawa operasi untuk semua pusatnya akan berjalan seperti biasa walaupun kerajaan telah mengumumkan langkah Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac semalam bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

    Menurut Puspakom, operasi syarikat mereka adalah termasuk dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perkhidmatan penting bagi kategori Pengangkutan yang tidak perlu dihentikan seperti telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam ucapan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan tersebut sebelum ini.

    Oleh itu, semua perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan rutin, penukaran hak milik (B5) dan pemeriksaan sewa beli (B7) akan terus dijalankan dalam tempoh dua minggu ini.

    Dengan ini, urusan industri pengangkutan yang memerlukan kenderaan komersial melalui pemeriksaan berkala, serta urusan-urusan jual beli kenderaan yang memerlukan laporan ujian B5 dan B7 seperti yang diperlukan oleh Akta Sewa Beli 1967 tidak akan tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

     
     
  • Renault tutup sementara kilang produksi di Perancis

    Renault tutup sementara kilang produksi di Perancis

    Selain Itali, Perancis kini menjadi antara negara dalam benua Eropah yang terjejas teruk akibat penularan wabak pandemik COVID-19. Banyak industri terjejas teruk termasuklah bidang automotif dengan penutupan sementara kilang pengeluaran di negara berkenaan, ini termasuklah fasiliti produksi bagi Renault yang digantung operasinya sejak lewat petang semalam.

    Menurut Renault, penggantungan sementara operasi kilangnya adalah untuk melindungi para pekerja daripada penularan wabak ini dan juga mematuhi langkah yang diambil kerajaan Perancis sendiri.

    “Sebanyak 12 bahagian dan 18,000 kakitangan terjejas dengan penutupan sementara operasi kami. Ia akan berlangsung sehingga tempoh yang belum dinyatakan. Pemantauan situasi ini akan dilakukan dari masa ke semasa,”ujar jurucakap Renault.

    Terdahulu, Renault turut menggantung operasi kilangnya di Palencia dan Valladolid, Sepanyol, untuk beberapa hari disebabkan kekurangan rantaian bekalan komponen.

    Manakala kilang di Flins, berhampiran Paris, yang memproduksikan kereta elektrik Renault Zoe, juga ditutup.

    Selain itu, Renault turut mempunyai beberapa kilang di Slovenia dan Romania, Turki dan Morocco yang masih beroperasi seperti biasa.

     
     
  • Vendor Mazda pindah produksi dari China ke Mexico

    Vendor Mazda pindah produksi dari China ke Mexico

    Seperti yang diketahui, pandemik Coronavirus bukan sahaja menjejaskan kesihatan, ia juga turut menyebabkan kesulitan kepada ekonomi dunia secara keseluruhan kerana banyak kilang-kilang di negara-negara yang terjejas teruk seperti di China dan Itali perlu menghentikan operasi mereka.

    Terbaharu, salah satu pembekal komponen Mazda yang menghasilkan kemasan luaran untuk Mazda 3 dan CX-30 terpaksa memindahkan produksi mereka sejauh 13,000 km dari Wilayah Jiangsu, China ke bahagian tengah Mexico iaitu Guanajuato, lapor Reuters.

    Ini dilakukan dengan meningkatkan pengeluaran di kilang yang terletak di Mexico tersebut sebanyak 50%, kemudian ia di bawa ke Jepun bagi dipasang oleh kilang Mazda di sana. Ini menyebabkan Mazda terpaksa mengeluarkan belanja lebih dari US$5 juta (RM21.59 juta) untuk operasi termasuk syif tambahan dan juga kos pengangkutan udara.

    Keadaan bertambah buruk kerana pasaran automotif sememangnya sudah terjejas kerana wabak COVID-19 ini kerana pasaran-pasaran utama dunia seperti Amerika Syarikat dan China menunjukkan penurunan yang drastik. Di China misalnya, bulan lalu sahaja tiga jenama utama automotif Jepun mencatatkan penyusutan jualan sehingga 85%.

    “Kos naik cukup tinggi, tetapi Mazda tidak mahu menghentikan produksi dan mahu kami teruskan pembekalan. Mereka yang keluarkan perbelanjaan,” kata jurucakap vendor tersebut. Jurucakap untuk Mazda pula menyatakan syarikatnya kini sedang “menilai pelbagai langkah untuk pemulihan yang pantas dalam masa yang sama meminimakan impak dalam produksi”.

    Vendor Mazda pindah produksi dari China ke Mexico

    Walaupun Mexico kini menjadi ‘penyelamat’ untuk pembekal komponen Mazda ini, negara tersebut sebenarnya kini juga sedang berhadapan dengan masalah pembekalan, kerana pihak pemerintah tempatan sudahpun mengeluarkan amaran untuk menghentikan penghantaran komponen dari China.

    Ini mungkin akan menjejaskan industri automotif dalam Mexico sendiri. Selain Mexico, kebanyakkan pengeluar automotif Jepun turut mempunyai fasiliti pengeluaran di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

    Dalam masa yang sama, Kasai Kogyo iaitu pembekal komponen dalaman seperti panel kemasan pintu dan bumbung untuk Honda sedang menimbang untuk memindahkan operasi produksi mereka dari Wuhan ke kilang-kilang lain milik mereka seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia. Namun, untuk mengambil langkah tersebut sudah tentu mengambil masa berbulan-bulan dan menelan kos yang lebih tinggi.

    Syarikat tersebut menghasilkan komponen-komponen yang besar untuk kenderaan, dan antaranya perlu dihasilkan dari acuan yang juga bersaiz besar. Lebih teruk, komponen tersebut juga mungkin mempunyai spesifikasi yang khas untuk satu-satu pasaran.

    Ini menyebabkan pengangkutan untuk memindahkan acuan yang ada mempunyai berat ratusan kilogram tersebut menjadi susah dan mahal. “Acuan memerlukan masa berbulan-bulan untuk dihasilkan, dan mencapai tempoh setahun untuk yang betul-betul besar. Jadi proses untuk memindahkan produksi komponen dari satu kilang ke kilang lain bukan semudah yang disangka,” kata Yohei Shinoda, pengurus kakitangan syarikat berkenaan.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated Apr 18, 2024