Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Toyota Supra A90 sah didedahkan pada NAIAS 2019 – pra-tempah untuk pasaran Eropah terpilih kini dibuka

    Toyota Supra A90 sah didedahkan pada NAIAS 2019 – pra-tempah untuk pasaran Eropah terpilih kini dibuka

    Asyik keluar gambar dengan pelekat penyamaran, jadi bila sebenarnya Toyota Supra generasi baharu akan diperkenalkan sepenuhnya? Belum ada kenyataan rasmi dari Toyota, namun ahli dari forum SupraMkV mendedahkan bahawa satu balasan dari Toyota Germany di laman facebook rasmi mereka menyatakan Supra A90 bakal didedahkan awal tahun hadapan.

    “Pededahan sulung peringkat dunia akan dilakukan di Detroit Motor Show pada Januari. Kita masih lagi perlu bersabar…” tulis balasan dari Toyota Germany berkenaan.

    Balasan ini ditulis pada satu hantaran video menampilkan Supra A90 yang seperti biasa mengenakan pelekat penyamaran dengan warna Toyota Gazoo Racing -merah, putih, hitam- dipandu di Litar Jarama. Menerusi hantaran yang sama, Toyota Germany turut menjemput mereka yang berminat untuk mendaftarkan minat masing-masing secara dalam talian.

    Toyota Supra A90 sah didedahkan pada NAIAS 2019 – pra-tempah untuk pasaran Eropah terpilih kini dibuka

    Pendaftaran tersebut adalah berhubung pengumuman Toyota di Paris Motor Show yang kini sedang belangsung, mengesahkan pra-tempahan untuk 900 unit pertama Supra kini sudahpun dibuka pada pasaran Eropah terpilih.

    Mereka yang berjaya memiliki 900 unit pertama ini bukan sahaja akan menerima kereta mereka seawal musim panas tahun hadapan, malah secara automatik akan diserap ke Supra 900 Club, membolehkan mereka mendapat akses kepada perkara-perkara eksklusif, ganjaran dan juga pengalaman sebelum kereta itu dihantar kepada mereka.

    Dalam pengumuman sebelum ini, Toyota mengesahkan bahawa Supra A90 akan dijana enjin petrol 3.0 liter enam-silinder dengan pengecas turbo twin-scroll, bersama sistem suntikan terus dan injap kawalan bervariasi, menghasilkan kuasa lebih dari 295 hp dan tork maksima 450 Nm. Digandingkan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik, Toyota mendakwa Supra generasi kelima ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa tidak sampai lima saat.

    Kuasa hanya akan dialirkan ke gandar belakang, yang lengkap dengan unit LSD kawalan elektronik aktif. Kereta ini direka dengan nisbah berat hadapan dan belakang 50:50 dan ia turut dibekalkan dengan sistem suspensi adaptif bervariasi (AVS). Perkara lain yang turut disahkan adalah ia bina dengan diatas casis aluminium dan logam komposit, pusat graviti yang lebih rendah dan jarak roda yang lebih pendek dari Toyota 86.

    Model konsep Supra yang dikenali sebagai Toyota FT-1 turut didedahkan di Detroit Auto Show (dikenali secara rasmi sebagai North American International Auto Show atau NAIAS) pada tahun 2014, membuatkan kemunculannya model produksinya pada acara yang sama pada tahun hadapan sebagai sesuatu yang bersejarah.



     
     
  • Ford Ranger facelift akan dilancarkan di M’sia bulan ini – enjin 2.0L bi-turbo baru, 500 Nm, gear 10-kelajuan

    Ford Ranger <em>facelift</em> akan dilancarkan di M’sia bulan ini – enjin 2.0L bi-turbo baru, 500 Nm, gear 10-kelajuan

    Bagi yang menunggu, ini ada khabar baik dari Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar jenama Ford. Syarikat itu mengesahkan, Ford Ranger facelift terbaru akan dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan ini. Akan ada beberapa varian; XL, XLT, Wildtrak dan Ranger Raptor, serta satu tambahan lagi XLT+.

    Untuk pasaran tempatan, barisan Ranger akan dimulakan dengan varian 2.2L XL Manual dan Automatik, diikuti oleh 2.2L XL Manual Single Cab. Ketiga-tiga varian ini adalah dari versi 4×4 High Rider dengan enjin 2.2L TDCi VGT yang menghasilkan 160 PS dan 385 Nm tork dari 1,600 rpm hingga 2,600 rpm.

    Kemudian, ada pula varian 2.0L XLT Manual dan Automatik, dengan lebih kelengkapan. Ia menggunakan enjin 2.0 liter TDCi yang sama seperti XL, dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

    Penawaran enjin baru pula adalah bagi varian 2.0L XLT+ Automatik 4×4 High Rider, menjadi satu-satunya varian yang bukan Wildtrak/Raptor yang menggunakan enjin baru berkenaan. Unit 2.0L Si-Turbo dengan turbo tunggal ini mampu hasilkan 180 PS dan 420 Nm tork dari 1,750 hingga 2,500 rpm. Ini dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik dengan SelectShift.

    Ford Ranger <em>facelift</em> akan dilancarkan di M’sia bulan ini – enjin 2.0L bi-turbo baru, 500 Nm, gear 10-kelajuan

    Bagi Wildtrak, ia ditawarkan dalam versi automatik sahaja. Ada dua varian; 2.0L Wildtrak 4×2 dengan enjin baru seperti yang dinyatakan, dan satu lagi dengan spesifikasi yang lebih tinggi, 2.0L Wildtrak 4×4 dengan enjin Bi-Turbo. Enjin ini pula menghasilkan 213 PS dan 500 Nm tork (1,750 to 2,000 rpm), juga dengan kotak gear 10-kelajuan.

    Keseluruhannya, ada lapan varian ditawarkan, dengan tiga jenis enjin yang berbeza. Ini belum termasuk Ranger Raptor. Enjin 3.2L Duratorq lima-silinder sebelum ini tidak ditawarkan lagi.

    Selain enjin, banyak lagi perkara baru yang diperkenalkan pada Ranger facelift ini bagi segmennya. Ia yang pertama dilengkapi dengan ciri amaran perlanggaran depan (amaran bunyi, brek awal dan persediaan bantuan brek), brek kecemasan autonomous (AEB), amaran pertukaran lorong dan kawalan cruise adaptif.

    Turut merupakan ciri unik bagi kelas kenderaan yang sama ialah ciri parkir sisi semi-automatik (mengesan ruang, dan membelok sendiri) dan Easy Lift Tailgate, yang menggunakan torsion bar untuk membolehkan bukaan pintu ruang belakang lebih mudah. Tetapi, untuk dapatkan semua ciri ini, perlulah memilih 2.0L Wildtrak 4×4 yang paling tinggi. Ciri Easy Lift Tailgate bagaimanapun ditawarkan bermula dari varian XLT+.

    Ford Ranger <em>facelift</em> akan dilancarkan di M’sia bulan ini – enjin 2.0L bi-turbo baru, 500 Nm, gear 10-kelajuan

    Lagi ciri-ciri penting yang perlu dinyatakan ialah SYNC 3 dengan skrin sentuh lapan-inci, Bluetooth, kawalan suara, tunjuk arah, Apple CarPlay dan Android Auto. Ini ditawarkan bermula dari XLT+ dan ke atas. Varian XLT hanya menerima skrin 4.2-inci dengan SYNC 1.

    Lampu utama projektor HID dengan DRL LED ada pada varian XLT+ ke atas, sementara Wildtrak ditambah dengan lampu kabus LED di depan. Satu lagi ciri baru dan khusus untuk Wildtrak ialah outlet kuasa 230V AC dalam kabin. Lampu LED pada ruang kargo adalah standard untuk semua.

    Varian 2.0L XLT+ akan menjadi penanda bagi senarai perawaran terbaru pada Ranger. Ia juga akan dilengkapi dengan rim 18-inci (satu inci lebih besar dari XLT), skrin meter kluster empat-inci, pendingin hawa dwi-zon, tempat duduk kulit, sistem tanpa kunci dengan Push Start serta MyKey.

    Selain daripada penggayaan kemasan Wildtrak, ia juga ditambah dengan ciri puddle lamp, sensor parkir di depan, soket 12V pada ruang kargo, larasan lapan-arah bagi tempat duduk pemandu dan beg udara tirai (enam beg udara semuanya). Standard bagi semua ialah ciri ABS, EBD dan ESC.

    Ford Ranger <em>facelift</em> akan dilancarkan di M’sia bulan ini – enjin 2.0L bi-turbo baru, 500 Nm, gear 10-kelajuan

    Pilihan warna bagi XL ialah Cool White, Meteor Grey dan Aluminium Metallic. Bagi XLT pula ia terdiri daripada Aluminium Metallic, Lightning Blue, Frozen White, Magnetic dan Absolute Black. Manakala bagi Wildtrak ada empat pilihan warna; Frozen White, Magnetic, Absolute Black dan juga Saber (Oren).

    Bagi Ranger Raptor pula, belum ada perincian spesifikasi yang didedahkan. Cuma, sah ia akan turut tiba di Malaysia. Sebagai trak pikap kedua paling berprestasi selepas model F-150 Raptor di dalam barisan kenderaan Ford Performance, Ranger Raptor dipasang di Thailand, sama seperti model T6 lainnya.

    Versi berkenaan dikuasakan oleh enjin 2.0L EcoBlue Bi-Turbo dengan janaan 213 PS/500 Nm, dipadankan pula dengan kotak gear automatik 10-kelajuan seperti Wildtrak. Tetapi Ranger Raptor dilengkapi dengan cakera brek depan dengan kaliper yang 9.5 mm lebih besar, serta brek piston berkembar dengan cakera 332 mm. Ia menggunakan rim 17-inci yang khas untuk model ini, dengan tayar semua permukaan BF Goodrich bersaiz 285/70, digandingkan dengan penyerap hentak Fox Racing Shox.

    Dari sudut penggayaan, Raptor menggunakan bampar depan yang dipasang pada kerangka serta gril hitam dengan nama Ford dalam huruf yang besar. Tidak lupa juga kepada bahagian fender yang lebih lebar dan bampar belakang dengan palang penunda bersepadu serta dua cangkuk yang mampu menampung beban 3.8 tan. Di dalam, Raptor hadir dengan tempat duduk jahitan biru, kemasan kulit dan logo Raptor. Stereng juga lebih sporty, dengan paddle shifter daripada magnesium.

    Ford Ranger Raptor di Australia

     
     
  • Aprilia RSV4 RR, Tuono V4 Factory dan Shiver 900 2019 diperkenal – lebih banyak elektronik, grafik baru

    Aprilia RSV4 RR, Tuono V4 Factory dan Shiver 900 2019 diperkenal – lebih banyak elektronik, grafik baru

    Satu lagi pengeluar yang mengambil kesempatan di INTERMOT untuk memperkenalkan model baru yang dipertingkat adalah Aprilia, melalui model RSV4RR, Tuono V4 Factory dan Shiver 900 2019. Di Malaysia, pengedar rasmi baru jenama ini telah dilantik, iaitu Didi Resources yang juga memegang hak pengedaran beberapa jenama lain.

    Dengan banyak pengalaman serta kemenangan dalam dunia perlumbaan, Aprilia telah bertindak memperbaharui model RSV4 dengan banyak ciri elektronik serta sistem bantuan penunggang. Kini, ada dua versi yang ditawarkan iaitu RR dan RF, dengan kedua-duanya menggunakan kerangka unik boleh laras yang membolehkan pemilik mengubah kedudukan enjin pada kerangka, sudut headstock, tapak lengan ayun serta ketinggian bahagian belakang.

    Untuk model RR, enjin empat silinder V yang digunakan mampu menghasilkan 201 hp pada 13,000 rpm dan 115 Nm tork pada 10,500 rpm, sekaligus meletakkannya sama tahap dengan superbike terkenal jenama lain. Perubahan utama antara RSV4 RR dan RSV4 RF adalah pada suspensi, di mana model RF dilengkapi dengan fork NIX serta monoshock TTX terbaru daripada Ohlins serta steering damper Ohlins.

    Untuk model naked, Aprilia mempunyai Tuono V4 1100 yang didatangkan dalam dua versi – Tuono V4 1100 RR dan Tuono V4 1100 Factory APRC – dengan kuasa 175 hp datang daripada enjin empat silinder V 1,077 cc. Bagi model Factory, ia mendapat kelebihan suspensi semi aktif hasil penggunaan unit Ohlins Smart EC2.0 yang mengawal fork NIX, monoshock TTX serta steering damper elektronik padanya.

    Sama seperti RSV4, Tuono V4 terbaru ini mendapat peningkatan teknologi yang termasuk sistem kawalan cengkaman, cornering ABS serta tiga mod tunggangan. Semua tiga mod ini masih menghasilkan kuasa yang sama, tetapi tindak balasnya berbeza. Untuk V4 1100, warna yang ditawarkan adalah Sachsenring Red and Magny-Cours Grey manakala untuk model Factory terdapat grafik Superpole.

    Aprilia RSV4 RR, Tuono V4 Factory dan Shiver 900 2019 diperkenal – lebih banyak elektronik, grafik baru

    Satu lagi model naked Aprilia, tetapi yang mempunyai enjin kapasiti lebih rendah adalah Shiver 900, dengan kuasanya sekarang menjadi 95 hp dan 90 Nm tork. Ia direka supaya mudah ditunggang, dan didatangkan dengan tiga tahap kawalan cengkaman, sistem ABS two-channel dan tiga mod tunggangan – Sport, Touring dan Rain.

    Turut digunakan pada model baru ini adalah panel instrumen TFT-LCD berukuran 4.3 inci yang boleh disambungkan dengan sistem Aprilia Multimedia Platform, sekaligus membenarkan pengguna membuat sambungan dengan telefon pintar untuk navigasi dan fungsi lain. Model ini menggunakan kerangka, monoshock dan penutup head yang diwarnakan merah manakala warna badan pula disediakan dalam tiga pilihan iaitu Hi-Tech Silver, Challenging Red dan Innovation Dark.

     
     
  • Toyota Corolla Sedan generasi ke-12 bakal didedahkan tahun ini, dengan muka hampir seiras versi hatchback

    Toyota Corolla Sedan generasi ke-12 bakal didedahkan tahun ini, dengan muka hampir seiras versi <em>hatchback</em>

    Dah lama sangat tunggu sedan Toyota yang nampak lebih muda dan tidak ‘pakcik-pakcik’? Ini mungkin berita yang anda tunggu-tunggu – Toyota Corolla generasi ke-12 versi sedan bakal membuat kemunculan sulungnya tahun ini, menurut laporan Auto Esporte. Versi hatchback dan Touring Sports (wagon) generasi terbaharu berkenaan telah pun didedahkan sebelum ini, dan menerusi gambar intipan yang kami terima, model sedan berkenaan akan menggunakan muka yang hampir sama.

    Walau bagaimanapun, versi yang dijana enjin 1.2 liter petrol turbo seperti Corolla Hatchback pasaran Eropah tidak akan diadaptasikan pada model sedan ini. Jadi, model empat pintu berkenaan akan hadir dalam janaan enjin NA M20A-FKS 2.0 liter Dynamic Force berkuasa 168 hp/205 Nm, digandingkan bersama kotak gear Direct Shift CVT automatik. Kotak gear generasi baharu tersebut dilengkapkan dengan launch gear, yang akan memberikan respon lebih terus dan menghilangkan lag ketika mula bergerak seperti transmisi CVT tradisional.

    Seperti juga dua versi badan yang telah diperkenalkan, Corolla sedan ini dibangunkan dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA)- menampilkan suspensi Topang McPherson di hadapan dan multilink di belakang. Model ini juga dilaporkan akan menampilkan rupa dan ciri yang hampir dengan model hatchback pada bahagian dalaman, terutamanya pada bahagian papan pemuka.

    Toyota Corolla Sedan generasi ke-12 bakal didedahkan tahun ini, dengan muka hampir seiras versi <em>hatchback</em>

    Spesifikasi kereta ini masih belum disahkan, dan ia dijangka menerapkan banyak fungsi dari model hatchback seperti pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 yang terdiri dari Sistem Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki (PCS w/PD), Full-Speed Range Dynamic Radar Cruise Control (Full-Speed DRCC), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Amaran Keluar Laluan dengan Bantuan Stereng (LDA w/SA), Lampu Tinggi Automatik (AHB), Bantuan Pengesan Garis Jalan (LTA) dan juga Bantuan Papan Tanda Jalan (RSA).

    Menurut laporan ini lagi, sumber yang rapat dengan Toyota menyatakan bahawa jenama tersebut mensasarkan untuk menjual Corolla sedan ini dengan harga yang hampir sama dengan versi hatchback. Bagi pembuatan pula, Toyota akan memperbesarkan fasiliti produksi mereka di Porto Feliz, Sau Paulo yang turut akan menghasilkan unit janakuasa untuk Corolla baharu ini. Kilang tersebut turut akan beroperasi dalam tiga shif untuk 24 jam bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan terhadap Yaris.

    GALERI: Toyota Corolla Hatchback pasaran Amerika

    GALERI: Toyota Corolla Touring Sports

     
     
  • Triumph Street Twin 2019 diberikan pembaharuan – gaya, prestasi dan ciri elektronik turut dipertingkat

    Triumph Street Twin 2019 diberikan pembaharuan – gaya, prestasi dan ciri elektronik turut dipertingkat

    Triumph Street Twin mula diperkenalkan pada tahun 2016, dan kini ia telah diberikan pembaharuan untuk model tahun 2019. Daripada aspek penampilan, rekaan asasnya masih sama tetapi kini didatangkan dengan rim aluminium, logo serta paparan instrumen yang lebih premium. Kemudiannya, beberapa perincian lain turut diperbaharui, termasuk tapak lampu hadapan, lencana pada tangki, bahan untuk tempat duduk serta unit lampu utama itu sendiri.

    Tidak terhenti setakat di situ, prestasi model ini juga dipertingkat, bermula dengan bahagian enjin. Walaupun masih menggunakan unit asas sama iaitu unit dua silinder selari 900 cc HT, kuasanya telah dipertingkat sebanyak 10 PS (+18%) dan had kitaran tertinggi enjin telah dinaikkan sebanyak 500 rpm. Tork pula masih berada pada 80 Nm. Semua ini adalah hasil daripada penggunaan crankshaft, dead shaft, balance shaft dan klac yang lebih ringan.

    Selain daripada itu, demi memberikan tunggangan yang lebih memuaskan, aspek ergonomik untuk penunggang dan juga penumpang motosikal ini telah diperbaiki dan dijadikan lebih dinamik dengan katrij fork hadapan berspesifikasi tinggi dengan jarak gerak 120 mm. Angkup brek juga dipertingkat dengan unit empat piston daripada Brembo di hadapan.

    Untuk sistem elektronik, Street Twin 2019 kini didatangkan secara standard dengan dua pilihan mod tunggangan (Road dan Rain), brek ABS, sistem kawalan cengkaman yang boleh ditutup, soket pengecas USB, lampu belakang LED, immobiliser dan klac jenis Torque Assist.

    Untuk model standard, Triumph menawarkan tiga warna bagi Street Twin 2019 iaitu Matt Ironstone, Korosi Red dan Jet Black, dan pengguna boleh memilih pelbagai aksesori lain yang terdapat di dalam katalog. Untuk menjadikannya lebih senang, terdapat juga dua pakej lain iaitu kit Urban Ride dan Cafe Custom yang boleh menjadikan penampilan motosikal itu berbeza.

     
     
  • BMW 3 Series G20 didedah secara rasmi – 55 kg lebih ringan dengan enjin, suspensi dan teknologi baharu

    BMW 3 Series G20 didedah secara rasmi – 55 kg lebih ringan dengan enjin, suspensi dan teknologi baharu

    Selepas 43 tahun dan enam generasi, inilah masanya generasi ke-tujuh bagi BMW 3 Series baharu diperkenalkan. Model baharu bagi segmen eksekutif kompak ini didatangkan dengan pelbagai peningkatan mekanikal dan teknologi menarik mengikut arus keperluan masa kini.

    Model baharu ini adalah lebih besar berbanding F30 yang terdahulu, dengan berukuran 76 mm lebih panjang (4,709 mm) dan 16 mm lebih lebar (1,827 mm) dengan 41 mm lebih panjang bagi jarak roda (2,851 mm). Walau bagaimana pun, ia hanya satu milimeter lebih tinggi berbanding model lama, iaitu pada 1,442 mm. Manakala lebar trek pula juga lebih lebar sebanyak 43 mm di hadapan dan 21 mm di belakang, di mana BMW berkata ia menambahkan lagi ketangkasannya.

    Bahagian luaran didominasikan oleh gril kidney berkembar yang cukup menyerlah. Disambungkan dnegan lampu utama, dengan bentuk yang lebih kurang sama dengan model Peugeot dan turut ditampilkan dengan teknologi LED secara standard, serta lampu nyalaan siang sebagai pilihan. Turut ditawarkan ialah unit LED adaptif dengan teknologi Laserlight dan DRL haksagon tiga-dimensi.

    BMW 3 Series G20 didedah secara rasmi – 55 kg lebih ringan dengan enjin, suspensi dan teknologi baharu

    Elemen standard yang didatangkan untuk model Sport Line dan Luxury Line termasuklah lampu kabus, dan corong Air Curtain pada bahagian sudut bampar hadapan dalam bentuk-T yang diinspirasikan oleh NACA, juga pada reflektor di belakang. Bonet dan jarak roda yang panjang, overhang yang pendek dan garisan bumbung landai menampilkan gaya serba sporty, sementara C-pillar Hofmeister lebih serong pada sudut atas.

    Pada bahagian sisi pula, kelihatan garisan kontur yang melunjur ke atas dengan garisan karakter yang menyerlah merentasi gerbang roda belakang; corong BMW Air Breather, yang biasanya terletak berdekatan roda hadapan, kini tidak lagi kelihatan. Lampu belakang LED menampilkan rekaan berbentuk-L tiga-dimensi dan lensa berwarna.

    Bagi bahagian dalamannya pula, ia tidak banyak beza dengan model baharu BMW yang lain seperti 8 Series G15, X5 G05 dan Z4 G29, dengan rekaan melintang yang kemas, kemasan perak di sekeliling corong udara dan kawalan serta konsol tengah yang lebih tinggi. Malahan turut ditampilkan panel kawalan yang disambungkan dengan butang penghidup enjin, tuil gear yang direka semulam kawalan iDrive dan brek parkir elektronik baharu yang menggantikan brek tangan manual yang lama.

    BMW 3 Series G20 didedah secara rasmi – 55 kg lebih ringan dengan enjin, suspensi dan teknologi baharu

    Secara standard, 3 Series baharu ini turut didatangkan dengan paparan tengah 8.8-inci dan kluster instrumen panel hitam dengan paparan berwarna 5.7-inci. Manakala Live Cockpit Professional meletakkan skrin tengah 10.25-inci dan paparan instrumen 12.3-inci dengan reverse-direction rev counter. Sistem yang dipertingkatkan juga menampilkan BMW Operating System 7.0 baharu, dengan paparan pemuka pengguna yang disemak semula bersama panel yang lebih besar.

    Sistem ini boleh dikawal menerusi skrin sesentuh tengah, kawalan rotari iDrive dan pilihan Gesture Control. Di sesetengah pasaran juga akan menerima Intelligent Personal Assistant, sistem kawalan suara yang lebih maju yang mampu mengesan rutin pengguna, lebih kurang sama dengan sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Sementara sistem bunyi Harmon Kardon 464-watt dan 16-pembesar suara ditawarkan sebagai pilihan.

    Selain itu, bahagian kabin turut menerima tempat duduk yang direka semula bagi menambah keselesaan jarak jauh dan pembelu juga boleh memilih tempat duduk sport, fungsi haba, larasan berkuasa dengan memori dan upholstery kulit Vernasca. BMW mendakwa penambahbaik kabin telah dipertingkatkan, yang melibatkan bahagian badan hingga pengurangan bunyi bising angin, menempatkan struktur busa pada A-pillar dan menggunakan kaca akustik pada cermin hadapan secara standard (tingkap sisi secara pilihan).

    Penambahan ruang dalaman juga turut dilakukan, termasuk bagi ruang bahu hadapan, ruang kaki belakang dan keseluruhan ruang kepala. Malahan ruang masuk dan keluar di belakang juga dipertingkatkan dengan menambah ketinggian pintu, semantara ruang but pula kekal pada 480 liter, sistem pembahagian baharu juga telah dipertingkatkan dengan memberikan 36 liter tambahan untuk ruang storan. Pandangan hadapan juga telah dipertingkatkan dan bumbung matahari berkaca besar juga ditampilkan.

    3 Series baharu ini akan ditawarkan dengan enjin petrol dan diesel empat-silinder baharu dan diesel enam-silinder. Seperti sebelum ini, 320i dan 330i menggunakan penjana kuasa 2.0 liter pengecas turbo, kini ditambah dengan sistem suntikan terus bertekanan tinggi, crankshaft yang lebih ringan, mengurangkan geseran dalaman, mengoptimakan pengurusan haba dan menampilkan sistem pengurusan enjin digital baharu, di samping memenuhi standard emisi Euro 6d-TEMP.

    Secara tidak langsung, 320i mampu menghasilkan 184 hp dari 5,000 hingga 6,500 rpm dan tork 300 Nm (meningkat 10 Nm) antara 1,350 dan 4,000 rpm, dengan pecutan dari 0-100 km/j dalam 7.2 saat dan mampu memberikan penjimatan bahan api antara 5.7 ke 6.0 liter per 100 km. Sementara 330i pula mampu menghambur sehingga 258 hp (naik 6 hp) dan tork 400 Nm (naik 50 Nm) dari 1,550 ke 4,400 rpm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 5.8 saat dan penggunaan bahan api sekitar 5.8 hingga 6.1 liter per 100 km.

    BMW 3 Series G20 didedah secara rasmi – 55 kg lebih ringan dengan enjin, suspensi dan teknologi baharu

    Selain itu, unit 2.0 liter turut ditampilkan pada varian 318d (150 hp/320 Nm) dan 320d (190 hp/400 Nm), dengan padanan turbo berkembar untuk menambah prestasi yang lebih tinggi dan penjimatan bahan api. 330dpula menerima enjin 3.0 liter turbo enam-silinder dengan kuasa 265 hp dan 580 Nm. Kesemua model diesel turut menerima penapis particulate, oxidation catalyst dan nitrous oxide storage catalyst, bersama selective catalytic reduction (SCR) dengan suntikan AdBlue.

    Tahun hadapan, barisan ini akan ditambah dengan pengenalan 330e plug-in hybrid, dengan menjanjikan hamburan kuasa keseluruhan 252 hp (atau meningkat ke 292 hp dengan mod XtraBoost baharu), pecutan 0-100 km/j dalam 6.0 saat, penggunaan bahan api serendah 1.7 liter per 100 km dan pacuan elektrik-sepenuhnya cecah 60 km. Malah turut ditawarkan ialah varian M Performance pertama bagi 3 Series iaitu M304i xDrive, dengan enjin petrol 3.0 liter turbo enam-silinder yang mampu memberikan 374 hp dan 500 Nm, disamping pecutan 0-100 km/j hanya 4.4 saat.

    Hanya 318d dan 320d yang akan ditawarkan dengan transmisi manual enam-kelajuan, yang lain menerima kotak gear automatik lapan-kelajuan secara standard. Selain itu, 320d juga menerima anjakan gear yang lebih luas, menambah penjimatan dalaman, mengurangkan getaran dan menawarkan unit kawalan baharu bagi meningkatkan anjakan. Sistem xDrive All-Wheel Drive turut ditawarkan secara pilihan untuk 320i dan standard bagi M304i.

    BMW 3 Series G20 didedah secara rasmi – 55 kg lebih ringan dengan enjin, suspensi dan teknologi baharu

    3 Series baharu juga menerima penggunaan aluminium dan keluli berketahanan tinggi, sekaligus membuatkannya 55 kg lebih berat berbanding sebelum ini. Malahan aerodinamiknya juga dipertingkatkan dengan bawah badannya dimeterai hampir sepenuhnya, rekaan roda yang optima dan menggunakan Air Curtain hadapan dan pengatup aktif untuk gril dan corong udara hadapan, menggurangkan daya seretan dari 0.26 ke 0.23.

    Ia turut dilengkapi chasis baharu yang menambah 25% keseluruhan ketegaran, dan menampilkan komponen suspensi aluminium untuk mengurangkan jisim berat. Topang MacPherson double-joint hadapan dan suspensi belakang five-linkyang digunakan turut ditala kinematik untuk menambah perkadaran dan pengendalian stereng, semetara di belakang pula, control arm dan subframe yang lebih tegar turut digunakan.

    Buat pertama kalinya juga, chasis standard dilengkapi dengan damper yang mampu menambah redaman hidraulik tambahan pada bahagian hadapan dan mengehadkan pemampatan di belakang. Dengan meneruskan kadar redaman boleh laras dan kekuatan yang lebih progresif untuk gegelung, damper baharu juga mampu memberikan kompromi yang lebih baik antara keselesaan dan pengendalian sporty.

    Suspensi M Sport pula menerima bearing yang lebih tegar, topang tambahan, gegelung yang lebih teguh, wheel camber yang dipertingkatkan dan ketinggian pengendalian yang dikurangkan sebanyak 10 mm, perbezaan yang ditambah melebih larasan standard. Peredam adaptif juga kini hanya didapati dengan suspensi M Sport.

    Suspensi M SPort dan Adaptive M Sport juga dilengkapi dengan stereng nisbah boleh laras secara standard, dan sistem brek M Sport dengan kaliper biru juga ditawarkan. Sebagai standard, 3 Series baharu turut menerima penvektoran tork pengaktifan-brek Performance Control, sementara electronic M Sport locking differential ditawarkan sebagai pilihan buat 330i dan 330d untuk pertama kalinya, dengan suspensi M Sport.

    Bagi aspek keselamatan, 3 Series baharu kini didatangkan dengan Amaran Pejalan Kaki dan Pelanggaran dengan Brek Bandar (brek kecemasan sendiri) sebagai standard, bersama Amaran Ketibaan Lorong. Senarai pilihan pula termasuk Bantuan Pemanduan yang merangkumi Amaran Penukaran Lorong dengan bantuan stereng, Pengelak Pelanggaran Belakang dan Kepekaan Trafik-Belakang bersama Kawalan Kelajuan Aktif dengan funfsi Stop & Go.

    BMW 3 Series G20 didedah secara rasmi – 55 kg lebih ringan dengan enjin, suspensi dan teknologi baharu

    Selain itu, bagi Driving Assistant Professional menawarkan elemen pemanduan semi-sendiri termasuk bantian kawalan lorong dan stereng, bantuan kekal lorong dengan perlindungan perlanggaran sisi aktif, perlindungan perlanggaran pejalan kaki, amaran salah jalan dan Kepekaan Lintasan-Trafik.

    Sementara itu, pakej Bantuan Parkir pula merangkumi bantuan stereng, pecutan, brek dan penukaran gear untuk memarkir kereta, dan turut menampilkan Bantuan Mengundur untuk menyimpan input stereng 50 meter terakhir dari tempat letak kereta. Parking Assistant Plus pula menawarkan kamera 360-darjah tiga-dimensi yang boleh diakses menerusi telefon pintar dengan menggunakan ciri Remote 3D View.

    Fungsi sambungan baharu termasuklah BMW Digital Key yang boleh digunakan menerusi telefon pintar Samsung dengan NFC untuk dijadikan sebagai kunci, NFC BMW Key Card, Connected Navigation dengan Parking Space Assistant, On-Street Parking Information dan ParkNow serta Remote Software Update yang membolehkan pengemaskinian dilakukan.

     
     
  • Audi R8 LMS GT3 diberi peningkatan bagi musim 2019

    Audi R8 LMS GT3 diberi peningkatan bagi musim 2019

    Jentera lumba Audi R8 LMS telah diberi peningkatan bagi musim perlumbaan 2019 – dari sudut aerodinamik serta penyejukan brek, klac dan transmisi.

    “Kami memilih untuk melakukan modifikasi yang sederhana sahaja bagi model berkenaan berbanding menjalankan perubahan yang menyeluruh. Ini lebih ekonomikal kepada pelanggan baru dan juga pasukan yang boleh melakukan peningkatan ini terhadap jentera sedia ada mereka,” jelas Ketua bahagian pelanggan perlumbaan Audi Sport, Chris Reinke.

    Bagi mereka yang mempunyai jentera generasi kedua R8 LMS, peningkatan dan modifikasi terbaru ini akan menelan belanja 28,000 Euro (RM133,813). Selain itu, sekiranya pelanggan ingin mengikuti perlumbaan GT3 (atau yang setaraf dengannya) untuk kali pertama, R8 LMS 2019 baru akan dijual pada harga 398,000 Euro (RM1,904,955), dengan serahan dijangka pada November nanti.

    Audi R8 LMS GT3 diberi peningkatan bagi musim 2019

    Bagi aspek aerodinamik, jentera baru ini hadir dengan badan dan splitter depan yang dimodifikasi, yang memberikan downforce yang menepati peraturan FIA. Sisi aerodinamik ini juga disumbangkan oleh talaan suspensi yang akan digunakan oleh setiap pasukan.

    Begitu juga dengan penyejukan brek, matlamat utamanya adalah untuk menjadikan faktor berkenaan konsisten, dengan cara memperbaiki aliran udara kepada sistem brek berkenaan agar ia lebih cekap membebaskan udara panas dari situ. Ini adalah untuk mengelak ia menjadi terlebih panas, dan mencapai tahap tekanan tayar yang lebih konsisten.

    Selebihnya, klac tiga plat yang digunakan kini menerima penambahbaikan dari sudut kehausan komponen. Transmisi enam-kelajuannya juga menerima rekaan gigi gear dan bearing yang diperkukuh untuk tahan lebih lama, serta pengurangan geseran pada locking differential.

    Enjin kekal sama; 5.2 liter V10 dengan 577 hp kuasa dan 550 Nm tork. Mengikuti standard perlumbaan, servis berjadualnya tetap pada setiap 10,000 km dan selang pembinaan semula jentera ialah pada setiap 20,000 km.

     
     
  • Hyundai i30 N Option muncul di Paris Motor Show – tampil dengan kelengkapan rupa yang lebih ganas

    Hyundai i30 N Option muncul di Paris Motor Show – tampil dengan kelengkapan rupa yang lebih ganas

    Dari segi rupa, Hyundai i30 N sememangnya tidak se’gila’ Honda Civic Type R di mana hot-hatch dari Korea berkenaan tampi lebih minimalis seperti Volkswagen Golf GTI. Namun bagi mereka yang mahukan i30 N yang lebih buas, harapan tersebut akan menjelma tidak lama lagi kerana Hyundai telah mendedahkan i30 ‘N Option’ di Paris Motor Show 2018, yang menampilkan kelengkapan visual yang mungkin akan ditawarkan pada masa hadapan.

    Berbanding model i30 N standard, model N Option ini hadir lebih ganas dengan 25 kelengkapan tambahan untuk bahagian luaran dan dalaman – yang mungkin akan diproduksi pada terdekat. Bahagian hadapan kereta ini menerima hud enjin dengan liang udara dan diperbuat dari material gentian karbon, serlahan merah pada keliling bawah gril hadapan N dan juga splitter yang mengarahkan terus aliran udara ke liang sisi bampar hadapan.

    Beralih ke tepi, skirt sisi baharu pada kereta ini menampilkan splitter udara pada bahagian hadapan dan juga liang yang kelihatan akan mengalirkan udara ke bahagian dalam ruang roda belakang. Ia juga diberikan set rim ringan berdiameter 20-inci pelbagai jejari, dibaluti tayar dari jenis semi-slick. Tidak dinyatakan secara rasmi, namun imej yang disiarkan menampakkan bahawa kereta ini menerima set brek lebih besar bersama cakera berliang ditebuk.

    Bahagian belakang kereta ini turut kelihatan lebih menyerlah apabila diberikan sayap bumbung lebih besar diperbuat dari gentian karbon lengkap dengan logo N, diffuser lebih agresif juga dari gentian karbon serta tip ekzos berbentuk segi empat berbanding bulat pada model standard. Kereta yang dipaparkan ini juga menampilkan warna badan jenis matte istimewa, bersama grafik Hyundai N.

    Gaya agresif turut dibawa ke kabin dengan serlahan karbon hitam diberikan pada bahagian papan pemuka, liang penghawa dingin, roda stereng dan kemasan pada pemegang pintu. Tempat duduk asal juga telah digantikan dengan tempat duduk bucket yang lebih ringan, dengan upholsteri Alcantara (turut membaluti roda stereng) serta serlahan jalur merah di tengah. Selain itu, bahagian ini juga menerima set pedal dan tombol gear lebih sporty dan juga perincian-perincian kecil lain.

    Tiada perubahan mekanikal dinyatakan pada model istimewa ini. Dalam versi produksi sedia ada, Hyundai i30 N dijana oleh enjin petrol 2.0 liter turbo empat silinder T-GDI dengan dua talaan; model standard berkuasa 250 PS manakala model dengan Performance Pack menghasilkan 275 PS. Kedua-duanya dibekalkan dengan tork yang sama iaitu 353 Nm dan juga kotak gear manual enam-kelajuan. Model paling berkuasa mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6.1 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 250 km/j.

    GALERI: Hyundai i30 N

     
     
  • Moto Guzzi V85 TT didedah – guna enjin dua silinder V 850 cc baru, jadi platform untuk beberapa model lain

    Moto Guzzi V85 TT didedah – guna enjin dua silinder V 850 cc baru, jadi platform untuk beberapa model lain

    Satu lagi motosikal yang baru ditunjukkan di pameran INTERMOT adalah Moto Guzzi V85 TT. Mungkin ada yang merasakan seperti pernah melihat model ini, tetapi sebenarnya ia adalah versi produksi bagi model konsep V85 yang pernah ditunjukkan sebelum ini.

    Semasa membangunkan model ini, Moto Guzzi tidak mahu menjadikannya sebagai sebuah motosikal offroad sebenar, tetapi lebih kepada sebuah model dual purpose. Mereka menggelarnya sebagai “classic enduro“, dan seperti yang boleh dilihat, ia menggabungkan penggayaan seperti jentera jelajah klasik Moto Guzzi dengan kemampuan untuk meredah jalan tidak bertar.

    Sumber kuasa motosikal ini datang daripada enjin 850 cc v-twin 90 darjah penyejukan udara baru dan boleh menghasilkan sehingga 80 hp. Menurut Moto Guzzi lagi, motosikal ini akan menjadi platform bagi penghasilan beberapa model baru lain pada masa hadapan yang “disasarkan untuk pelbagai jenis pengguna, karekter yang kuat, prestasi yang bagus dan gaya unik Moto Guzzi”.

    Spesifikasi terperinci V85 TT masih belum disiarkan tetapi melalui model yang ditunjuk, ia dilengkapi dengan suspensi yang tinggi (fork USD di depan dan monoshock Ohlins di belakang), rim lidi (tayar Metzeler untuk yang berwarna kelabu dan tayar Karoo yang lebih kasar untuk model warna kuning/merah/putih), set brek berkembar Brembo di hadapan dan meter digital berwarna.

    Antara kelengkapan lain yang berada pada V85 TT ini adalah termasuk tiga mod tunggangan (road, rain dan offroad), brek ABS, sistem kawalan cengkaman, tangki bahan api 21 liter, lengan ayun aluminium, kerangka tiub besi dan rim 19 inci di hadapan, 17 inci di belakang.

     
     
  • BMW i3 terima bateri baru 120 Ah – capai jarak 359 km

    BMW i3 terima bateri baru 120 Ah – capai jarak 359 km

    Ketika pertama kali dilancarkan beberapa tahun sebelum ini, model elektrik sepenuhnya BMW i3 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 60 Ah dan kandungan tenaga 22 kWh. Ia kemudiannya ditingkatkan kepada bateri 94 Ah dan 33 kWh pada 2016.

    Di dalam penampilan terbarunya kini, bateri yang digunakan sekali lagi diberi peningkatan, melalui unit 120 Ah dan 42.2 kWh. Ini membolehkan i3 kini mencapai jarak perjalanan sejauh 359 km (kitaran NEDC) atau 285-310 km (kitaran WLTP).

    Sementara itu, bagi model BMW i3s, ia mampu mencapai jadak sekitar 330-345 km (NEDC) dan 270-285 km (WLTP). Dalam keadaan pemanduan seharian, kedua-dua model boleh mencapai jarak sekitar 260 km, meningkat 60 km dari yang dulu.

    BMW i3 terima bateri baru 120 Ah – capai jarak 359 km

    Pertambahan kapasiti bateri ini bagaimanapun tidak melibatkan perbezaan saiznya – terdiri daripada lapan modul dengan 12 sel setiap satu. Bateri berkenaan tetap menyalurkan kuasa kepada elektrik motor (168 hp/250 Nm) yang membolehkan kereta ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat. Bagi model i3s dengan motot elektrik yang lebih berkuasa (181 hp/270 Nm), ia lebih pantas 0.2 saat daripada versi biasa.

    Untuk mengecas, ada beberapa pilihan bagi AC. Jika menggunakan plag di rumah dengan kabel standard (10 A, 240 V), bateri berkenaan boleh dicas sehingga 80% dalam masa 15 jam dengan kapasiti mengecas 2.4 kW.

    Sementara itu, jika menggunakan BMW i Wallbox (16 A, 240 V) dengan kapasiti mengecas 3.7 kW, tempoh mengecas dikurangkan kepada 9.4 jam. Jika dengan i Wallbox yang lebih berkuasa pula (16 A, 380 V) dengan kapasiti mengecas 11 kW, tempohnya menjadi serendah 3.2 jam sahaja.

    BMW i3 terima bateri baru 120 Ah – capai jarak 359 km

    Jika ingin lebih pantas, stesen pengecas DC diperlukan. Dengan kapasiti mengecas 50 kW bateri boleh sampai ke tahap 80% penuh dalam masa hanya 42 minit. Selain itu, i3 juga menerima pilihan kemasan baru bagi bahagian dalamannya – antara Loft dan Suite.

    Selepas ini, BMW akan memperkenalkan pula pakej sport yang terdiri daripada lengkung tayar hitam, suspensi sport dengan penyerap hentak, spring dan penstabil yang khusus, suspensi yang lebih rendah (-10 mm) dan rim aloi 20-inci.

     
     
  • Suzuki Katana generasi baru akhirnya didedahkan

    Suzuki Katana generasi baru akhirnya didedahkan

    Selepas beberapa video teaser sebelum ini, akhirnya Suzuki telah menunjukkan Katana generasi baru kepada orang ramai di pameran INTERMOT 2018. Seperti yang boleh dilihat, rekaan motosikal ini memang mempunyai banyak inspirasi daripada Katana model lama tahun 80-an, tetapi di sebaliknya semua adalah moden.

    Setakat ini, model baru ini cuma dipanggil sebagai Katana dan ia tidak diberitahu bila akan berada di pasaran dan berapakah harganya. Walaupun begitu, informasi teknikalnya telah didedahkan, termasuk enjin yang diambil daripada GSX-R1000 – unit empat silinder sebaris DOHC 999 cc dengan kuasa 150 hp dan transmisi enam kelajuan.

    Kerangka pula diambil daripada model naked GSX-S1000, yang melibatkan kerangka aluminium jenis twin-spar, lengan ayun daripada GSX-R, suspensi USD di hadapan, monoshock di belakang, set brek cakera Brembo berkembar di hadapan dan satu di belakang, serta berat keseluruhan 215 kg.

    Sebagai sebuah model yang membawa nama ikonik, tumpuan lebih banyak diberikan kepada rekaan Katana baru ini, dan untuk memahami di mana garisan badan yang melambangkan pedang tradisional Jepun (Katana) pada motosikal ini, anda boleh melihat video di bawah. Panjang keseluruhan motosikal ini adalah 2,125 mm manakala tinggi tempat duduk pula adalah 825 mm.

    Seperti yang boleh dilihat dalam gambar, Katana baru ini menawarkan posisi tunggangan yang lebih tegak kerana bahagian pemegangnya lebih tinggi berbanding motosikal sports, dan ia datang dengan tangki bahan api berkapasiti 12 liter, rim 17 inci (tayar 120/70 di depan dan 190/50 di belakang), lampu hadapan jenis LED dan penghadang lumpur tayar belakang yang terletak rendah di bawah.

     
     
  • Mazda sahkan enjin rotary akan muncul semula – sebagai enjin penambah jarak untuk sistem hibrid

    Mazda sahkan enjin rotary akan muncul semula – sebagai enjin penambah jarak untuk sistem hibrid

    Jika sebelum ini hanyalah cakap-cakap dalam industri, kali ini Mazda telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka akan membawa semula enjin wankel rotary dalam pasaran, tetapi sebagai enjin penambah jarak atau range extender. Ini merupakan sebahagian dari strategi dan perhubungan Mazda, yang diasaskan dari visi jangka masa panjang ‘Sustainable Zoom-Zoom 2030’.

    Sebagai enjin penambah jarak, enjin wankel rotary berkenaan tidak akan dihubungkan kepada kotak gear dan juga gandar, tetapi ia hanya akan berfungsi untuk mengecas bateri sistem elektrik, seperti ‘generator pasar malam’. Kereta tersebut akan digerakkan oleh motor elektrik sepenuhnya yang bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan bahan api, malah akan menghasilkan tork yang lebih besar. Sistem yang hampir sama telah pun diproduksi Nissan, namun ia menggunakan enjin omboh konvensional pada Nissan Note e-Power.

    Mazda percaya enjin pembakaran dalaman (ICE) akan kekal sebagai pilihan majoriti bagi menggerakkan kereta-kereta baharu dalam tahun-tahun mendatang, tetapi dengan teknologi elektrik yang semakin ringan, ia bukan sahaja akan memperhalusi ICE malah turut akan mengurangkan pencemaran karbon dioksida.

    Menerusi ideologi ini, Mazda menjangkakan unit janakuasa yang dilengkapi teknologi elektrik akan dibekalkan pada 95% kereta yang dibuat, manakala 5% lagi adalah kenderaan yang hanya dijana oleh kuasa elektrik dari bateri (BEV). Oleh itu, dua kenderaan yang akan dibekalkan bateri akan dibangunkan, di mana salah satunya adalah model yang dijana hanya menggunakan pek bateri.

    Model yang akan menggabungkan enjin pembakaran dalaman dan juga teknologi elektrik adalah salah satu model yang disebutkan tadi. Mazda memilih enjin rotary sebagai enjin penambah jarak berbanding enjin omboh konvensional adalah kerana ia lebih kecil, lebih ringan dan juga lebih senyap. Menurut Mazda, enjin rotary mempunyai saiz yang lebih kompak namun menghasilkan kuasa yang lebih besar menjadikan ia sebagai solusi yang ideal, serta turut boleh beroperasi dengan gas LPG.

    Seperti namanya, enjin penambah jarak ini bakal memberikan jumlah perjalanan yang lebih jauh walaupun tanpa fasiliti pengecas. BMW i3 adalah contoh model BEV yang ditawarkan sama ada dengan atau tanpa enjin penambah jarak.

    Berdasarkan konsep “penjana-ke-roda” (well-to-wheel), Mazda mensasarkan 90% pengurangan pencemaran karbon dioksida dari tahap pada tahun 2010 menjelang 2050 nanti, dan usaha-usaha dalam teknologi elektrik ini akan memastikan ia akan dapat dicapai.

    Bagi teknologi-teknologi hubungan pula, Mazda “mensasarkan untuk menginspirasikan orang ramai dan memperkayakan masyarakat” dengan memanfaatkan kerjasamanya dengan Toyota untuk pembangunan akan datang. “Trend baharu dan teknologi dalam hubungan, autonomi, perkongsian dan elektrifikasi akan menawarkan kemungkinan baharu bagi menghasilkan kereta yang lebih menarik,” kata wakil pengarah, presiden dan CEO Mazda Akira Marumoto.

    “Dengan menggunakan teknologi baharu berdasarkan falsafah pembangunan berpaksikan manusia kami yang unik, Mazda akan, dalam semangat ‘tidak berhenti untuk mencabar,’ akan terus mengejar keseronokan memandu dan usaha bagi mencipta hubungan emosional dengan pelanggan yang akan bersaing dengan jenama paling kuat di dunia,” tambahnya lagi.

     
     
  • Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak mampu siap ikut jadual – pakej pertama dijangka dirasmikan awal 2019

    Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak mampu siap ikut jadual – pakej pertama dijangka dirasmikan awal 2019

    Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak mampu siap mengikut jadual iaitu dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut Kementerian Kerja Raya, walaupun berlaku sedikit kelewatan di beberapa kawasan dari Telok Melano ke Miri, namun ia diyakini dapat diatasi oleh Rakan Penyampai Projek (PDP), Lebuhraya Borneo Utara (LBU) Sdn Bhd.

    Menurut menterinya, Baru Bian, keyakinan itu berdasarkan tinjauannya yang mendapati pelaksanaan projek itu berjalan lancar termasuk pakej pertama menghubungkan Sematan ke Telok Melano sepanjang 33 Kilometer dijangka siap hujung tahun ini, laporan Berita Harian.

    Projek Sematan-Telok Melano yang kini sudah lebih 80% siap dan dijangka dibuka secara rasmi kepada laluan kenderaan awam pada Januari 2019.

    “Hasil tinjauan sepanjang laluan projek itu, diakui memang ada berlaku sedikit kelewatan dengan dengan bulatan bertingkat di Serian mengalami kelewatan kira-kira 6% manakala di beberapa tempat lain di belakang jadual antara satu hingga 2% sahaja,” katanya.

    Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786 Kilometer dilaksanakan dalam 11 pakej dengan lebih 100 jambatan dibina sepanjang laluan berkenaan.

     
     
  • Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton 2018 tamat – 6 peserta menang tunai, lawatan ke Geely di China

    Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton 2018 tamat – 6 peserta menang tunai, lawatan ke Geely di China

    Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton 2018 melabuhkan tirainya hari ini, dengan diakhiri majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam. Pertandingan ini disertai oleh 189 kakitangan servis selepas jualan Proton dari pengedar bertauliahnya di seluruh negara. Manakala ketika peringkat akhir tamat menyaksikan enam daripada mereka menduduki tangga teratas, menerima sejumlah hadiah bernilai RM50,000 termasuk lawatan ke Ibu Pejabat Geely Holdings di China.

    Pertandingan Servis Selepas Jualan PROTON ini merupakan platform untuk kakitangan selepas jualan mempamerkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Sasaran jenama automotif nasional berkenaan menerusi pertandingan ini adalah untuk meningkatkan lagi mutu servis selepas jualannya, bagi diangkat ke tahap yang sama dengan standard global.

    Untuk pusingan pra-kelayakan, peserta diberi tugas membaikpulih enjin, di mana mereka dikehendaki untuk membuka dan memasang semula enjin VVT Proton dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut prosedur yang betul. Manakala pada pertandingan akhir, mereka perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu, rombak rawat enjin Campro serta membaikpulih sistem pengurusan enjin dan sistem elektrikal badan kereta.

    “Pertandingan ini merupakan sebahagian dari usaha berterusan Syarikat untuk meningkatkan kemahiran juruteknik bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan dan juga memberi ganjaran kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pemenang akan diberikan peluang untuk melawat ke Ibu Pejabat Geely Holdings dan Institut Penyelidikan Geely di China. Lawatan tersebut akan membuka mata juruteknik tempatan kami kerana mereka dapat melihat keupayaan keseluruhan Geely dari segi reka bentuk sehinggalah ke pembinaan sebuah kereta yang lengkap,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

    Menurut Dr. Li lagi, Proton kini berada di landasan yang betul untuk menambahbaik persepsi pelanggan terhadap jenama.” Dengan pelancaran Proton X70 pada hujung tahun ini, kami perlu memastikan kakitangan servis selepas jualan kami telah dilatih sebaiknya dan mampu mengendalikan model baharu tersebut serta dapat memenuhi permintaan para pelanggan,” katanya.

    “Kualiti produk dan servis adalah sama penting untuk memastikan keperluan pelanggan dipenuhi, oleh itu kami memerlukan perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi untuk mengekalkan pelanggan sedia ada dan pada masa yang sama menarik minat pelanggan baharu. Kami meningkatkan perkhidmatan menerusi pendekatan holistik untuk memastikan pusat cawangan, pekerja dan produk kami mencapai standard yang ditetapkan,” jelas Dr. Li.

     
     
  • Mercedes-Benz B-Class W247 ditunjuk di Paris Motor Show – pilihan enjin petrol atau diesel, transmisi baru

    Mercedes-Benz B-Class W247 ditunjuk di Paris Motor Show – pilihan enjin petrol atau diesel, transmisi baru

    Mercedes-Benz telah pun menunjukkan B-Class W247 baru semasa Paris Motor Show 2018, dan daripada aspek penggayaan, ia masih tidak lari terlalu jauh daripada model W246 sebelum ini. Walaupun begitu, bumbung model ini adalah lebih rendah, dan bersama dengan muka hadapan yang lebih kecil, ia membantu menjadikannya lebih aerodinamik dengan kadar rintangan angin cuma 0.24 Cd (sebelum ini 0.25).

    Pada bahagian hadapan, lampu utama model ini nampak lebih tajam berbanding model A-Class, tetapi penjurunya pula lebih membulat, dan di tengah terdapat gril heksagon yang direka semula. Bagi model asas, ia datang dengan lampu utama H7, tetapi boleh dinaik taraf dengan lampu jenis LED ataupun Multibeam LED. Sudah tentu, bagi model AMG Line, penampilannya lebih agresif dengan perbezaan pada bampar, lip hadapan dan gril.

    Pergi ke bahagian belakang, lampunya yang terbahagi kepada dua bahagian adalah lebih nipis berbanding W246 dan menampilkan pencahayaan berbentuk C di dalamnya. Penutup but belakang juga lebih berlekuk untuk menonjolkan lagi lampu tersebut, dan tempat nombor plet adalah lebih kemas. Selain daripada itu, terdapat pemantul cahaya pada penjuru bampar dan kemasan hitam berhampiran spoiler.

    Mercedes-Benz B-Class W247 ditunjuk di Paris Motor Show – pilihan enjin petrol atau diesel, transmisi baru

    Masuk pula ke dalam, perubahannya lebih jelas berbanding model sebelum ini. Paling menjadi tumpuan adalah skrin Mercedes-Benz User Experience (MBUX) di tengah papan pemuka, seperti A-Class. Ia menggunakan dua skrin yang memaparkan panel isntrumen dan bersambung dengan skrin yang menunjukkan sistem infotainmen. Pembeli juga boleh memilih kombinasi skrin yang berbeza – dua skrin tujuh inci, satu skrin tujuh inci bersama 10.25 inci, dan paling tinggi, skrin 10.25 inci.

    Kawalan operasi sistem MBUX ini boleh dilakukan sama ada menggunakan skrin sesentuh yang terdapat di tengah, butang kawalan pada stereng, pad sesentuh pada konsol tengah ataupun menggunakan kawalan suara (Hey Mercedes). Turut disediakan sebagai pilihan tambahan adalah paparan head-up display.

    Walaupun sistem MBUX ini diambil terus daripada A-Class, bentuk papan pemuka B-Class ini masih lagi menggunakan rekaan tersendiri. Ia tidak mempunyai kemasan yang bersambung sepanjang papan pemuka tersebut, sebaliknya ia berlekuk dan terasing dengan kemasan di bahagian hadapan penumpang. Selain daripada itu, rekaan corong pendingin hawa, pengawal suhu dan konsol tengah adalah sama seperti A-Class tetapi dalam B-Class ini, kedudukannya 90 mm lebih tinggi.

    Mercedes-Benz B-Class W247 ditunjuk di Paris Motor Show – pilihan enjin petrol atau diesel, transmisi baru

    Mercedes-Benz juga turut menyatakan bahawa aspek praktikaliti MPV kompak ini mendapat manfaat daripada jarak roda yang lebih panjang iaitu 2,729 mm (+30 mm) serta lebar 1,456 mm (+33 mm). Dalam keadaan standard, tempat duduk belakang boleh dilipat 40:20:40 dan apabila dilungsur ke hadapan sebanyak 14 sm dan penyandar dilaras pada keadaan tertentu, kapasiti tempat barang boleh menjadi antara 455 dan 705 liter. Apabila mahukan lebih lagi ruang, tempat duduk belakang boleh dilipat habis untuk memberi 1,540 liter ruang, dan mulai pertengahan tahun 2019, pilihan penyandar penumpang hadapan yang boleh dilipat akan disediakan supaya pengguna boleh memuatkan barang panjang seperti kayak.

    B-Class baru ini juga boleh didapati dengan tempat duduk kinetik yang menyediakan kelebihan postur ortopedik kerana ia boleh melaras sudut kusyen tempat duduk dan penyandar secara berterusan. Anda juga akan mendapat lampu suasana 64 warna serta 10 tema warna untuk dipilih mengikut mood, bersama servis Mercedes Me yang termasuk khidmat perkongsian kenderaan, fungsi navigasi maju, telematics dan lain-lain.

    Untuk sistem keselamatan dan bantuan pemandu, B-Class kini datang dengan pakej Driving Assistance yang termasuk Active Distance Assist Distronic. Active Brake Assist diberikan secara standard, manakala sistem lain yang ditawarkan adalah seperti Active Emergency Stop Assist dan Active Lane Change Assist.

    Mercedes-Benz B-Class W247 ditunjuk di Paris Motor Show – pilihan enjin petrol atau diesel, transmisi baru

    Di bawah bonet B-Class ini terdapat pilihan enjin sama ada petrol ataupun diesel yang mematuhi peraturan Euro 6d-TEMP. Bagi enjin petrol, ia adalah unit empat silinder turbo 1.33 liter M282 yang digunakan pada varian B 180 dan B 200.

    Pada B 180 kuasanya ditala kepada 134 hp (136 PS) dan 200 Nm, manakala untuk B 200 ia mampu menghasilkan 161 hp (163 PS) dan 250 Nm tork. Kedua-duanya menggunakan transmisi automatik klac berkembar 7G-DCT tujuh kelajuan bersama penapis kotoran.

    Bagi enjin diesel, ia digunakan pada beberapa varian bermula dengan B 180 d, iaitu unit OM608 empat siinder turbo 1.5 liter sama seperti pada A-Class, dengan kuasa 114 hp (116 PS) dan 260 Nm tork. Pada varian B 200 d dan B 220 d pula, ia menggunakan enjin diesel 2.0 liter OM654q dengan kuasa masing-masing 148 hp (150 PS)/320 Nm, dan 188 hp (190 PS)/400 Nm tork.

    Mercedes-Benz B-Class W247 ditunjuk di Paris Motor Show – pilihan enjin petrol atau diesel, transmisi baru

    Untuk transmisi, B 180 d menggunakan unit yang sama seperti varian enjin petrol manakala B 200 d dan B 220 d menggunakan transmisi automatik klac berkembar 8G-DCT lapan kelajuan baru. Beberapa lagi pilihan enjin lain akan diperkenalkan pda masa hadapan, termasuk yang mempunyai sistem pacuan semua roda 4Matic.

    Selain daripada enjin, Mercedes-Benz juga menawarkan beberapa pilihan tetapan casis untuk B-Class baru ini. Pada bahagian hadapan semuanya menggunakan tetapan McPherson dan wishbone aluminium diperkuat, tetapi di belakang, model asas akan menggunakan torsion beam manakala model yang lebih tinggi akan menggunakan gandar sambungan four-link. Turut ditawarkan adalah suspensi lebih rendah untuk keselesaan dan suspensi dengan pelarasan serapan aktif adaptif yang dikawal menggunakan sistem Dynamic Select.

    B-Class baru ini akan mula dijual di Eropah pada 3 Disember ini, dan penyerahan kepada pelanggan dijangka bermula pada bulan Februari 2019. Apabila memasuki pasaran nanti, ia akan bersaing dengan BMW 2 Series Active Tourer, yang telah diberikan facelift awal tahun ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated Apr 18, 2024