Enjin Qoros Qamfree berfungsi tanpa aci sesondol, tampil teknologi PHEV Freevalve dari Koenigsegg

Qoros-Qamfree-engine-01_BM

Syarikat subsidiary Koenigsegg, Freevalve AB telah mengumumkan kerjasama mereka bersama pembuat automotif dari China iaitu Qoros Auto. Hasil kerjasama dari kedua-dua pihak ini telah membawa kepada pembangunan seterusnya teknologi Penggerak Pneumatik Hidraulik Elekrik (Pneumatic Hydraulic Electric Actuator – PHEV) Freevalve dan enjin “Qamfree” untuk Qoros.

Enjin berkenaan yang kini dipamerkan di Beijing Auto Show 2016 yang sedang berlangsung, berfungsi tanpa menggunakan aci sesondol (camshaft) dan komponen lain yang berkaitan seperti tali/rantai pemasa (timing belt/timing chain) dan takal aci sesondol (cam pulley). Komponen-komponen tersebut digantikan dengan teknologi PHEV, yang membolehkan setiap bukaan injap kemasukan (intake valve) dan bukaan injap ekzos (exhaust valve) dikawal sepenuhnya oleh sistem pengurusan enjin dan digerakkan dengan komponen sistem pneumatik, hidraulik dan elektrik pada bahagian atas injap-injap tersebut, pada setiap lejang semasa enjin tersebut beroperasi.

Dengan kata mudah, Koenigsegg membayangkan sistem ini dengan: “Cuba anda bayangkan anda bermain piano dengan kedua-dua tangan diikat pada kayu penyapu. Muzik yang dihasilkan tentunya tidak bagus bukan?. Anggap piano tersebut sebagai enjin kereta dan kayu penyapu tersebut sebagai aci sesondol konvensional. Kehadiran teknologi Freevalve ini digambarkan sebagai membuka tangan anda tadi dari kayu penyapu, dan terus bermain piano menggunakan jari-jemari anda sendiri.”

Selain dari dapat mengawal sepenuhnya bukaan injap kemasukan dan injap ekzos enjin dengan lebih tepat, teknologi ini juga menawarkan faedah jangka masa panjang yang lain, khususnya untuk Qoros. Pada masa hadapan, teknologi ini akan membolehkan Qoros membina enjin yang lebih kecil, ringan, lebih berkuasa tetapi dengan kecekapan bahan api yang lebih tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan pencemaran alam sekitar.

“Kami gembira dan bangga kerana telah dipertemukan dengan rakan kongsi dalam industri seperti Qoros Auto yang dapat melengkapkan peralihan teknologi PHEV Freevalve dari konsep yang berfungsi kepada aplikasi pada produksi kenderaan penumpuang,” kata CEO Freevalve, Urban Carlsson di Beijing.

“Kami percaya satu hari nanti dalam masa terdekat, kehadiran teknologi PHEV Freevalve akan menyaksikan peralihan yang besar, atau lebih besar dari peralihan sistem karburator kepada sistem pancitan bahan api terus,” tambah Christian von Koenigsegg, pemilik dan CEO Koenigsegg serta Pengerusi lembaga pengarah di Freevalve.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • kW & N/m on Apr 28, 2016 at 9:54 am

    Dari mechanical camshaft kemudian variable valve timing and lift dan sekarang terus kepada PHEV..

    Banyak juga weight reduction untuk PHEV system.. Boleh tune valve duration and lift secara elektronik.. Camshaft, campulley, timing belt and chain tiada..

    Carbon fibre engine block
    PHEV system
    Polymer material for air intake

    Lepas ni apa lagi untuk mengoptimumkan kuasa dan berat untuk IC enjin ni?

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
    • Technology ni byk guna dlm f1 ngn motogp die panggil pneumatic valve skrg da stat masuk dlm production car dah

      Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
      • Sebenarnya dalam F1 dan MotoGP pakai pneumatic valve SPRING. Bahagian pneumatic tu hanya bertindak sebagai spring sahaja. Dorang masih menggunakan camshaft sebagai pembuka dan penutup valve. Peraturan tidak melarang mereka menggunakan camless engine, tapi satu peraturan menyatakan “5.7.2 Variable valve timing and variable valve lift profile systems are not permitted.” Jadi kelebihan camless engine di sana tidak dapat digunakan, jadi buat apa nak develop mahal2 tapi kelebihan teknologi tu tak dibenarkan?

        Lain kalau Ducati, tak ada valve spring. DOrang gunakan camshaft untuk buka dan tutup valve, jadi tak perlu ada spring yang boleh membuatkan susahnya untuk valve tu terbuka supaya dia boleh tertutup semula. Teknologi dorang dipanggil Desmodromic valve.

        Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  • Hasmadi Hadi on Apr 28, 2016 at 12:11 pm

    After this we can hear unlimited vtec lifter stage

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Less friction.. Kuasa optimum.. Tpi still kne fikir pasal maintainance..

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 1
    • Bagaimana jika berlaku kegagalan sistem elektronik ada jarak valve dan piston selamat atau ada hydraulic valve

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • airilizlan on Apr 28, 2016 at 10:09 pm

    Higher maintenance, in case single actuator rosak, kne lift engine, bukak engine and troubleshoot actuator tu. Unless klu actuators diorg letak as single module, external, and senang nak access. Full design of engine tu.

    Ringan, less mechanical hardwares.

    Still, kne tgu mature dlu tech ni dlm consumer market. Which might take very long, drpd track records of vti, supercharge, etc.

    Just my opinion.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • And Proton spent RM600 million developing soon to be obsolete engine!!!

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 6
 

Add a comment

required

required