Volkswagen jalan semula operasi di beberapa negara

Volkswagen jalan semula operasi di beberapa negara

Volkswagen sebelum ini mengumumkan operasi kilang mereka ditutup sehingga 19 April. Kini dengan tarikh tersebut semakin hampir, syarikat itu mengumumkan operasi akan dimulakan kembali secara berperingkat dari 20 April iaitu untuk dua kilang mereka Slovakia.

Ia kemudiannya akan diikuti pula oleh kilang di Jerman, Portugal, Sepanyol, Rusia dan Amerika Syarikat pada 27 April manakala kilang di Afrika Selatan, Argentina, Brazil dan Mexico akan mula beroperasi pada bulan Mei. Walaupun dengan sambungan operasi ini, Volkswagen masih akan mengambil langkah-langkah perlindungan yang lengkap demi mengutamakan kesihatan pekerja.

Volkswagen jalan semula operasi di beberapa negara

“Kami menyambung semula operasi pengeluaran dan lojistik secara berperingkat dan tersusun. Kesihatan pekerja menjadi keutamaan. Kami menyediakan tempat kerja yang selamat dan perlindungan kesihatan pada tahap tertinggi. Sedar terhadap tanggungjawab, kami akan memastikan momentum ekonomi kembali meningkat dan kereta kami dapat terus dikeluarkan dari kilang dan diserahkan kepada pelanggan,” kata ahli lembaga jenama Volkswagen yang bertanggungjawab untuk pengeluaran dan lojistik, Andreas Tostmann.

Selain kilang pengeluaran kenderaan, kilang komponen yang berada di bawah Volkswagen Group Component di Brunswick dan Kassel juga sudah mula beroperasi dari 6 April, dan diikuti oleh kilang di Salzgitter, Chemnitz, Hanover dan Poland pada 14 April untuk menyokong pembekalan komponen kepada kilang mereka di China.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required