Ford Ranger 2.2 XLT AT-02

Sepanjang September 2016 ini, Ford Malaysia menganjurkan kempen ‘Ford Truck Month’ dengan tawaran hebat untuk para pelanggan di negara ini bagi memiliki sebuah trak pikap Ford Ranger baharu.

Mulai sekarang hingga 30 September, para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun daripada Sime Darby Auto Connexion (SDAC) atau memilih rebat tunai untuk semua model Ford Ranger XLT di mana-mana bilik pameran Ford di seluruh negara.

“Kami berbesar hati untuk meraikan warisan Ford Ranger ‘Built Ford Tough’ sepanjang kempen ‘Truck Month’ ini dengan tawaran-tawaran eksklusif. Sekali gus menjadikan inilah masa terbaik untuk pelanggan di Malaysia berasa bangga menjadi pemilik sebuah Ford Ranger baharu,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ford Ranger telah menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen trak pikap dengan gabungan kemampuan lasak, keselamatan, hasil pertukangan dan teknologi termaju. Ia menawarkan penyelesaian ke atas apa jua cabaran yang dihadapi pada setiap hari.

Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 235 mm, Ranger merupakan salah sebuah trak pikap yang paling lasak dan berkeupayaan untuk melalui persekitaran paling mencabar, suhu ekstrem serta laluan berbahaya.

Ford telah memanfaatkan keupayaan kejuruteraan global dan teknologi-teknologi keselamatan termajunya untuk menawarkan tahap perlindungan penumpang yang tiada tandingannya kepada Ford Ranger baharu. Daripada struktur badan yang dipasang dengan palang perlindungan impak sisi, dan dilengkapi dengan ABS dan EBD.

Selain itu, ia turut menawarkan prestasi terbaik dari segi keselamatan aktif serta pasif. Semua itu membantu Ranger untuk memperoleh rating keselamatan paling tinggi dalam kalangan trak pikap yang diuji oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Ranger XLT kini juga hadir bersama kamera pandang belakang sebagai satu ciri standard. Ia membantu memberikan pemandu pandangan bahagian belakang kenderaan yang lebih jelas, terutama ketika hendak memarkir. Imej kamera pandang belakang itu dipaparkan pada skrin SYNC Ford bersaiz 4.2-inci yang turut berfungsi bersama ciri Rear Park Assist, alat pengesan parkir yang membantu pemandu memarkir kenderaan dengan lebih yakin.