Kenapa kadar cukai jalan yang dikenakan di Sabah dan Sarawak lebih rendah berbanding di Semenanjung?

SabahRoad_2

Mungkin ramai yang pernah mendengar dan sudah mengetahui bahawa terdapat perbezaan kadar cukai jalan yang dikenakan bagi kenderaan-kenderaan di Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Namun, mungkin ramai lagi di antara kita yang masih belum jelas tentang perkara ini.

Sebetulnya, terdapat beberapa zon yang berbeza dengan kadar cukai jalan yang juga berlainan, jika kita merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Zon yang pertama ialah Semananjung, diikuti oleh Pulau Pangkor/Pulau Langkawi, kemudian Sabah/Sarawak dan terakhir, Pulau Labuan.

Untuk artikel ini, kita akan memberi tumpuan hanya terhadap kenderaan-kenderaan penumpang sahaja (motosikal dan kenderaan perdagangan pula mempunyai kadar tersendiri) yang didaftarkan atas nama pemilik persendirian dan perbezaan kadar cukai jalan antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkaitan hal ini.

Bagi jenis kenderaan penumpang sebagai kategori untuk tujuan cukai jalan, JPJ mengkelaskannya hanya kepada dua kelompok; kenderaan “Saloon” dan “Bukan Saloon”. Bagi kelas Saloon, ia merujuk kepada kereta biasa, misalnya kereta sedan, hatchback, wagon, coupe dan sebagainya. Kelas Bukan Saloon pula merangkumi kenderaan lain seperti trak pikap, MPV dan SUV.

the-new-triton-with-mivec-turbo-diesel-engine-will-be-participating-in-the-borneo-safari-2016

Daripada kategori yang berbeza ini, kadar cukai jalan kemudiannya ditentukan pula oleh kapasiti atau sesaran enjin. Bagaimana kadar cukai jalan ini ditentukan? Formula terkini yang digunakan oleh JPJ (Pindaan selepas Bajet 2009) adalah seperti berikut; kelas kenderaan dengan enjin 1,600 cc ke bawah dan 1,600 cc ke atas.

Bagi kenderaan Saloon 1,600 cc ke bawah, ia dipecahkan pula kepada empat kelompok dengan kadar berlainan dengan kadar cukai jalan yang tetap; 1,000 cc ke bawah (RM20), 1,001 cc hingga 1,200 cc (RM55), 1,201 cc hingga 1,400 cc (RM70) dan 1,401 cc hingga 1,600 cc (RM90).

Sementara bagi kenderaan Saloon 1,600 cc ke atas pula, ia terdiri daripada lima kelompok berasingan, dengan melibatkan dua elemen kadar; iaitu kadar asas serta kadar tambahan (yang disebutkan sebagai kadar progresif) bagi setiap kenaikan cc yang terlibat.

Enjin 1,601 cc hingga 1,800 cc dikenakan kadar asas RM200 dengan kadar progresif RM0.40 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1,600 cc. Kenderaan 1,801 cc hingga 2,000 cc pula dengan kadar asas RM280 dengan kadar progresif RM0.50 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1,800 cc.

Seterusnya ini diikuti oleh kapasiti 2,001 cc hingga 2,500 cc (kadar asas RM380 dan kadar progresif RM1 bagi setiap perbezaan cc berbanding 2,000 cc); 2,501 cc hingga 3,000 cc (kadar asas RM880 dan kadar progresif RM2.50 bagi setiap perbezaan cc berbanding 2,500 cc) dan terakhir, 3,000 cc ke atas (kadar asas RM2,130 dan kadar progresif RM4.50 bagi setiap perbezaan cc berbanding 3,000 cc). Yang disebutkan ini adalah kadar bagi Semananjung.

road-tax-sabah-sarawak-bm-850x416

Sebagai perbandingan, kita lihat pula beberapa contoh terpilih bagi kadar yang dikenakan untuk kenderaan penumpang Saloon di Sabah. Bagi empat kelompok kenderaan Saloon 1,600 cc ke bawah adalah seperti berikut; 1,000 cc ke bawah (RM20), 1,001 cc hingga 1,200 cc (RM44), 1,201 cc hingga 1,400 cc (RM56) dan 1,401 cc hingga 1,600 cc (RM72).

Enjin 1,601 cc hingga 1,800 cc dikenakan kadar asas RM160 dengan kadar progresif RM0.32 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1,600 cc. Kenderaan 1,801 cc hingga 2,000 cc pula dengan kadar asas RM224 dengan kadar progresif RM0.25 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1,800 cc.

Diikuti pula oleh kapasiti enjin 2,001 cc hingga 2,500 cc (kadar asas RM274 dan kadar progresif RM0.50 bagi setiap perbezaan cc berbanding 2,000 cc); 2,501 cc hingga 3,000 cc (kadar asas RM524 dan kadar progresif RM1 bagi setiap perbezaan cc berbanding 2,500 cc) dan terakhir, 3,000 cc ke atas (kadar asas RM1,024 dan kadar progresif RM1.35 bagi setiap perbezaan cc berbanding 3,000 cc).

Bagi kes di Sabah juga, kadar cukai kenderaan Bukan Saloon yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding kenderaan Saloonnya (rujuk rajah di bawah). Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci, anda boleh merujuk senarai kadar lengkap yang disediakan oleh JPJ.

Cukai jalan bagi kenderaan Bukan Saloon di Sabah.

Cukai jalan bagi kenderaan Bukan Saloon di Sabah.

Namun, jika anda mahu cara yang lebih ringkas dan cepat untuk mengira dan membezakan kadar cukai jalan ini, Carbase.my ada menyediakan aplikasi mudah berdasarkan formula semasa yang sama seperti digunakan oleh JPJ.

Untuk mendapatkan gambaran tentang kadar bagi kenderaan Bukan Saloon, kita ambil contoh sebuah kenderaan dengan kapasiti 3,500 cc; di Semenanjung, cukai yang dikenakan ialah RM2,440. Kenderaan yang sama di Sabah pula akan dikenakan kadar RM1,503 sahaja.

Berbalik kepada pertanyaan awal tadi, apa yang menyebabkan perbezaan yang agak ketara ini? Menurut Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib, ada dua faktor utama yang menyumbang kepada perkara itu; “Keadaan geografi di sana, jarak perjalanan serta tahap kemudahan dan prasana jalan raya yang disediakan (oleh kerajaan) adalah sangat berbeza.”

“Perjalanan juga mengambil masa yang lebih lama, walaupun jaraknya tidaklah jauh mana. Sebab apa? Misalnya di kawasan luar bandar, pengguna perlu lalu permukaan laluan yang tidak rata, jalan sempit yang perlu ikut giliran kalau nak lalu dan ada tempat-tempat yang memerlukan pengguna naik ferry untuk seberang sungai.

“Dalam keadaan ini, boleh pandu Kancil? Boleh, tapi hanya di kawasan bandar. Jadi, mereka perlukan kenderaan pacuan empat roda misalnya, yang jauh lebih mahal berbanding Kancil. Dan struktur cukai jalan ini antaranya bertujuan untuk timbal balik (compensate) segala kekurangan yang ada itu,” ujarnya.

datuk-mohamad-dalib-jpj-bm-2

Faktor geografi ini juga menjadikan keperluan pengguna di Sabah dan Sarawak sangat berbeza; mereka memerlukan kenderaan dengan kapasiti enjin yang lebih besar, untuk mendapatkan kuasa yang sesuai dengan laluan dan penggunaan seharian. Di sebabkan ini jugalah, kenderaan pacuan empat roda dan trak pikap menjadi pilihan kebanyakan pengguna di sana.

Adakah keadaan ini akan kekal selamanya? “Jika sampai masanya nanti bahawa kemudahan dan rangkaian (jalan raya atau lebuhraya) di sana sudah dapat mencapai tahap seperti yang dinikmati oleh pengguna di Semenangjung, tidak mustahil kadar berkenaan akan dinilai semula nanti. Bagaimanapun, setakat ini ia akan kekal sebagaimana sedia ada,” jelas beliau.

Bagaimana pula dengan kenderaan yang didaftarkan di sana, dengan kadar cukai jalan di sana, tetapi digunakan di Semenanjung. “Tak ada masalah, sekiranya tak berlaku apa-apa. Tapi sekiranya terlibat dalam kemalangan, ada kemungkinan insurans tak akan tanggung kos dan tak boleh nak tuntut apa-apa,” tambah beliau.

Untuk mengelakkan masalah ini, caranya sama seperti situasi warna pelekat body-wrap yang dipaparkan sebelum ini; isytiharkan kenderaan berkenaan kepada JPJ dan maklumkan bahawa ia kini akan digunakan di Semenanjung.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Stenly on Apr 19, 2017 at 9:08 pm

    Maafkan saya, mohon jawapan, saya memiliki kereta berkuasa 1600cc dan berpendaftaran semanjung malaysia, cukai jalan yg perlu saya bayar ialah rm90, sekiranya saya kembali ke sarawak dan perlu membawa ke sarawak, dan juga saya mengisytiharkan kenderaan saya pada JPJ.. adakah kadar cukai jalan tetap sama rm90 atau ditukar mengikut kadar cukai jalan di sarawak…?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Awang on Jan 02, 2018 at 3:30 pm

      Mengikut kadar cukai jalan di sarawak ketika memperbaharui cukai jalan. Biasanya kenderaan perlu d bawa ke puspakom utk pengesahan.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • mazlan on May 17, 2017 at 5:45 am

    ditukar mengikut kadar cukai jalan di sarawak RM 72

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Adika on Jan 02, 2018 at 3:27 pm

    Maafkan saya ingin bertanya kenapa factor geografi shj yg diambil kira utk menentang kasar cukai jalan tersebut? Benarkah teruk sangatkah keadaan jalan di Sabah Sarawak? Berapa banyakkah keadaan jalan yg benar2 teruk di sabah Sarawak? Adakah kerajaan bersikap berdiam diri semata2 dari memperbaiki mutu jalan tersebut? Berbalik kepada keadaan jalan di Semenanjung pula, adakah keadaan mutu jalan di Semenanjung benar2 berkualiti yg melayakkan mereka dikenakan kasar cukai jalan seperti sekarang? Berapa terukkah jalan yg berlubang, merekah, tanah runtuh dsb yg apabila aduan dibuat maka lagu Bangau oh Bangau akan timbul? Lihat pula keadaan kesesakan jalan yg x pernah selesai di Semenanjung adakah keadaan ini juga melayakkan penduduk Semenanjung membayar kadar yg lebih tinggi dari cukai jalan Sabah Sarawak? Akhir sekali dgn kebanjiran Tol di seluruh Semenanjung, adakah itu juga faktor geografi yg menyebabkan pemilik kereta Semenanjung perlu membayar lebih? Sudahlah cukai jalan terpaksa dibayar tinggi, jalan rosak sampai terpaksa NGO yg baiki, keluar shj dr rumah kena tol, mana faktor geografinya? Diharapkan kami akan menerima jawapan yg betul, bukannya lagu Bangau oh Bangau lg.

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 15
    • no name on Jan 02, 2018 at 4:22 pm

      Tukar bangau tu.

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
      • Mukakaudiat on Jan 02, 2018 at 8:08 pm

        Nak tau teruk atau tak, turun sabah&sarawak. Lihat sendiri. Nak tau sangat samada org sarawak masih tinggal atas pokok kan?

        Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 2
    • Missy on Jan 02, 2018 at 8:20 pm

      Kan kerajaan tgh buat highway pan borneo tanpa tol kat sana?x tau eh?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 7
      • Ello sabah kan byk penempatan di luar bandar. Pan borneo hanya main highway bukannya menghubungkan beribu2 jalan2 msk penempatan2 ini. Bandar2 di sabah sangat kecil tp jalan raya byk lubang, pa lagi kalau luar bandar. Ko kena dtg tgk sndri bawala kancil jalan2. Haha. sprti yg dicakapla kan keadaan geografi sabah lain dan perlukan 4wd utk travel.

        Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
    • Ketambit Emas on Jan 03, 2018 at 12:13 am

      Dtg dan try drive sekali sahaja.. Kota Kinabalu ke Sandakan.. Sila cuba baru cakap.. Kalau sepanjang jalan kau tidak sumpah seranah keadaan jalan tu, respect la.

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • Br bayar roadtax dgn tol dh bising. Mai la pindah sarawak dlu. Sembang kencang dtg bwak kereta kt cni pun xpernah lg. Msih jgak nk bndingkan klbihan d sna dgn yg d cni. Sruh byr skit dh melenting. Nk free naik basikal la

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Max Jr on Jan 02, 2018 at 5:26 pm

    Admin..tolong huraikan sedikit mengenai Green Engine dgn Non Green Engine. Apa beza dia? Beza dari segi cukai jalan adalah sangat ketara. Terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • zulfadli on Dec 10, 2018 at 4:29 pm

      green engine dgn non green ni mrujuk kpada knderaan yg guna diesel..kjaan hny akn guna tahun kenderaan trsbut utk merujuk kpd green atau tidak,knderaan lama slalunya akan jatuh ke ktgori non green..yakin je ak ckp kn

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Fairin on Aug 08, 2019 at 3:43 pm

      Green engine warna hijo…manakala non green plk warna lain hehe jgm marah nnti kena jual

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Jalan menghubungi antara bandar x ada highway 3 lane mcm semenanjung, masih single lane dan ada beberapa tempat sahaja yg ada menyediakan dua lane khas untuk memotong. Belum lagi jalan menghubungi antara pekan, antara kampung yg anda xpernah tgk sendiri. Buka peta sabah dan sarawak, google satu persatu bandar/pekan/kampung. Tgk jalan yg menghubungi. Sedikit sebanyak nampak bagaimana jalan raya di sini.. mmg jalan raya disemenanjung jauh lebih baik. Bersyukurlah. Boleh tanya mana2 kawan2 yg jadi cikgu mengajar di pedalaman, bagaimana keadaan jalan menghubungi antara bandar, pekan, kampung. Adakala kereta pacuan 4 roda pun tewas oleh geografinya

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Norhisham.b Mohd Derus on Jan 03, 2018 at 6:46 am

    Bayaran tol juga tidak adil kerana kerap berlaku kesesakan jalan raya apabila musim perayaan.Tol dibina utk memudahkan dan keselesaan pengguna tapi terpaksa pula menghadapi kesukaran apabila musim perayaan dan traffic jam hingga berbelas belas jam utk ke destinasi.Cadangan tol percuma apabila musim perayaan atau discount kerana pehak konsesi mengaut kutipan yg berlipat kali ganda sedangkan gagal mengatasi kesesakan dan memberi perkhidmatan yg baik kpd pembayar tol.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • johari on Jan 03, 2018 at 9:20 am

    datang dolok sabah/sarawak pok… jngn main taip ajak….mbak keta u dr kuching sampei limbang..br boleh sembanggg…..stakat rotax jak…bbrp jak harga ya…mun dibanding dgn tayar pecah dgn rim bengkok…

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  • Suhaimi on Feb 04, 2018 at 1:47 am

    Assalamualaikum…
    Saya bawa kenderaan drp sabah ke kl pada jun tahun lalu. Semalam saya tlh ditahan ketika jpj buat sekatan jalan. Sy dimaklumkan oleh pegawai jpj tersebut bahawa saya x boleh gunakan roadtax sabah tersebut di semenanjung. Pegawai jpj tersebut menyuruh sy bawa roadtax yg saya pakai sekarang ke pejabat jpj terdekat utk tukar kpd roadtax semenanjung, & kena bayar jumlah perbezaan harga roadtax sabah & semenanjung tersebut. Soalan saya, bagaimana prosedur utk tukar roadtax sabah kpd roadtax semenanjung ni? Roadtax sabah ni expired pada jun tahun ni. Saya x sempat nak bertanyakan lebih lanjut kpd pegawai jpj itu kerana hendak cpt menuju ke suatu majlis….

    Sekian, terima kasih…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rustam on Aug 29, 2018 at 12:31 pm

    Admin.. di sini saya mau bertanya. Saya tinggal di sabah. Saya ada kereta invader 2.8cc. 4×2. Pertanyaan saya kenapa rotex 4×4 jauh lebih murah berbanding 4×2. Harga rotek 4×2 setahun rm700. Sedangkan 4×4 cuma 137 setahun dan ada yg lebih renda dari itu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Green engine dan bukan green engine…check balik spec engine

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • nicky on Oct 17, 2022 at 10:33 pm

        mcm mna tau green enjin atau bukan kereta invader tahun 2000 ls space cab sebab dlm geran enjin biasa tapi d kereta mcm green enjin

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Kena tukar ikut nilai kereta dan bukannya cc, sebab zaman sekarang asap kereta moden lebih kurang dari asap kereta dulu. Walaupun cc besar.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ir. Haji Mohamad Dalid on Sep 26, 2019 at 8:17 am

    sistem kadar cukai jalan di MALAYSIA adalah kuno, kadar cukai jalan seharusnya berdasarkan nilai semasa harga kenderaan tersebut bukan kapasiti enjin. cakap bodoh marah, org kaya beli kereta RM500,000 kadar cukai jalan HANYA RM90. Belajar sampai Ir. tp bengap. Indonesia & Thailand lebih maju drp Malaysia dalam urusan percukaian.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • ZUMIRIYAH BT HASSIM on Jun 25, 2022 at 8:41 am

    Saya menggunakan bjak rate keta road tax 1201 kuasa enjin 2.8 mengapa ya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required