Benelli 302R dan TnT135 muncul di Sepang – dijangka akan dilancar di Malaysia pada bulan November ini

benelli-302r-bm-1

Benelli, melalui pengedarnya di Malaysia, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd mempunyai sesuatu yang istimewa buat penggemar motosikal di Malaysia – mereka akan memperkenalkan dua model baru pada bulan November ini iaitu 302R dan TnT135. Menambahkan lagi kehangatannya, dua model ini dibawa ke Litar Sepang untuk tontonan pengunjung MotoGP hujung minggu lalu.

Benelli 302R adalah sebuah motosikal yang menggunakan enjin dua silinder selari 298.8 cc DOHC berpenyejukan cecair bersama sistem suntikan bahan api dan ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 38.1 hp pada 12,000 rpm dan 28.4 Nm tork pada 9,000 rpm.

Kuasa ini disampaikan ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan dan set sprocket 14/40. Rim yang digunakan adalah bersaiz 17 inci manakala kuasa brek (tanpa ABS) pula datang daripada unit cakera berkembar saiz 260 mm di hadapan dan cakera tunggal 240 mm di belakang.

Pada bahagian suspensi, fork hadapan jenis terbalik menjalankan tugas sementara di bahagian belakang pula adalah unit monoshock tunggal dengan jarak pergerakan 50 mm bersama pelarasan pra beban spring. Tempat duduk Benelli 302R berketinggian 780 mm dan tangki minyaknya berkapasiti 14 liter. Secara keseluruhan, ia mempunyai berat 190 kg.

benelli-tnt135-bm-1

Benelli TnT135 pula adalah sebuah motosikal bersaiz kecil, menggunakan enjin 134.7 cc berkuasa 12.6 hp/ 10.8 Nm, dan ia disasarkan untuk menjadi saingan kepada model seperti Kawasaki Z125 Pro dan Honda MSX125F (Grom). Selain pengguna yang lebih muda, motosikal ini juga pastinya memberi lebih keseronokan untuk tunggangan dalam bandar.

Enjin yang digunakan pada TnT135 mempunyai sistem suntikan bahan api dan padanan transmisi yang digunakan adalah unit lima kelajuan. Bahagian rimnya menggunakan saiz 14 inci dan sistem hentakan pula menggunakan fork terbalik di hadapan dan monoshock tunggal di belakang.

Gaya badan motosikal ini, terutamanya dari belakang melihatkan persamaan seperti model Brutale oleh MV Agusta, berserta muncung ekzos berpotongan tajam. Secara keseluruhannya ia mempunyai berat 116 kg dan tangki minyaknya berkapasiti 7.2 liter.

Buat masa ini, masih belum ada harga yang dikeluarkan oleh Benelli Keeway untuk dua motosikal ini tetapi apa yang diberitahu, ia akan berada bawah daripada pesaingnya apabila dilancarkan November nanti. Benelli TnT25 dijual pada harga RM12,990, manakala TnT300 pula adalah RM19,900. Pesaing TnT135 iaitu Kawasaki Z125 Pro dijual pada harga RM10,435 manakala Honda Grom pula masih belum dilancarkan di Malaysia.

GALERI: Benelli 302R

GALERI: Benelli TnT135

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required