VIDEO: Aksi ngeri kereta lawan arus di Taiping

Sebuah kereta model Nissan Sentra dikesan melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Taiping, Perak, baru-baru ini. Rakaman video ini telah dimuat naik oleh Chuah Cheah Choon menerusi Facebook semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi 29 saat tersebut, pada saat ke-16, kelihatan Nissan Sentra terbabit dipandu laju dari lorong kanan arah bertentangan, sehinggakan sebuah BMW yang berada di lorong kiri hampir tersasar ke lorong kecemasan. Malah kereta perakam video tersebut juga terpaksa menukar laluan ke lorong kiri secara mendadak bagi mengelakkan pertembungan berlaku.

Pada tiga saat terakhir video berkenaan, kelihatan seorang polis trafik dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi peronda merentasi laluan bertentangan di lorong kecemasan. Dipercayai mahu mengejar Nissan Sentra tersebut.

Sehingga kini, tiada laporan lanjut mengenai insiden tersebut dan tidak diketahui, bagaimana pemandu Nissan Sentra itu boleh tersasar laluan, sama ada tanpa tersengaja atau ada sebab tertentu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required