Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition – 10 unit model inspirasi daripada kumpulan jet aerobatik

Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition – 10 unit model inspirasi daripada kumpulan jet aerobatik

Red Arrows adalah satu pasukan kapal terbang akrobatik yang cukup terkenal dalam dunia penerbangan, dan Q by Aston Martin telah mengeluarkan sebuah model khas, Vanquish S Red Arrows Edition untuk peminatnya. Hanya 10 unit kenderaan ini akan dihasilkan, dan selain menggunakan warna merah ‘Eclat‘, setiap satunya juga mempunyai rekaan dan grafik unik, serta bahagian dalam buatan tangan.

Antara perincian lain pada kenderaan ini adalah garisan putih yang berada di keliling gril hadapan, side skirt, dari salur udara di fender hingga ke tepi pintu dan pada diffuser belakang. Bumbungnya pula menggunakan panel gentian karbon terdedah, dengan corak yang meniru rekaan kanopi jet. Melengkapkan penampilannya adalah bendera Union Jack di bucu skirting hadapan dan ekzos titanium.

Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition – 10 unit model inspirasi daripada kumpulan jet aerobatik

Pada bahagian dalam, lagi perincian yang diinspirasi daripada Red Arrows dan RAF digunakan, seperti warna hijau Pinewood yang menyerupai sut penerbangan klasik serta fabrik tempat duduk lantunan Martin Baker, serta tali pinggang jalinan yang juga berwarna hijau. Tanda unik sembilan kapal terbang Red Arrows turut disulam pada bahagian belakang tempat duduk, bersama plet unik. Plet tersebut nantinya akan ditandatangani oleh juruterbang Red Arrows.

Tidak habis di situ, bahagian stereng turut menggunakan rekaan One-77 dan dipadankan dengan suis di tengah seperti panel instrumen kapal terbang. Pada bahagian kemasan pintu pula terdapat sulaman grafik ‘Vixen Break’, iaitu formasi dengan tekanan G tinggi bagi sembilan kapal terbang.

Setiap pemilik kereta coupe V12 edisi terhad ini akan menerima aksesori khas yang termasuk topi keledar lumba, sut lumba, jaket bomber, set beg Vanquish S serta model skala 1:18 terperinci bagi kereta mereka dan kapal terbang Hawk. Turut diberi adalah kain penutup khas serta Build Book.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required