Ford rancang kurangkan 10% tenaga kerja bagi tingkatkan keuntungan dan saham – laporan

Ford rancang kurangkan 10% tenaga kerja bagi tingkatkan keuntungan dan saham – laporan

Ford merancang untuk mengurangkan tenaga kerja sebanyak 10% di seluruh dunia bagi melonjakkan keuntungan dan meningkatkan harga saham, di mana dalam tempoh lima tahun ini ia mencatatkan jumlah yang rendah, laporan CNBC menyebut pengurangan tenaga kerja ini juga akan melibatkan pekerja di Amerika Utara dan Asia, menurut maklumat yang diperoleh dari sumber.

Walau bagaimana pun, di Amerika Utara, ia tidak melibatkan jumlah pengurangan tenaga kerja yang besar bagi memenuhi permintaan penghasilan kenderaan di kawasan berkenaan. Di seluruh dunia, syarikat tersebut menggajikan seramai 200,000 pekerja, di mana ia mungkin melibatkan 20,000 orang dalam pengurangan tenaga kerja ini.

Ford, menerusi kenyataan rasminya, walau bagaimana pun tidak mengesahkan tentang pengurangan tenaga kerja ini. Sebaliknya berkata, “Kami akan terus fokus terhadap tiga keutamaan strategik yang akan membina nilai dan memacu pertumbuhan, termasuk memperkukuhkan lagi cabang perniagaan utama kami, serta membuat pelaburan secara agresif tetapi dalam keadaan berhati-hati.”

Ford rancang kurangkan 10% tenaga kerja bagi tingkatkan keuntungan dan saham – laporan

“Pengurangan kos dan mengekalkan kecekapan sebaik mungkin adalah sebahagian dari usaha ini. Walau bagaimana pun, kami belum mengumumkan sebarang tindakan, sehingga itu tiada ulasan mengenai spekulasi yang timbul,” ujar kenyataan itu lagi.

Laporan tersebut turut menyebut, tidak seperti pengurangan kerja pada masa lalu, kali ini ia melibat pemotongan kos semasa Ford – di mana pada 2016, syarikat ini mencatatkan tahun kedua paling menguntungkan. Bagaimana pun, Ford juga telah banyak melakukan pelaburan dalam teknologi akan datang termasuk pemanduan sendiri, kenderaan elektrik dan juga penyelesaian mobiliti; dengan itu keuntungan masa akan datang mungkin akan terjejas.

“Kami juga kecewa dengan rekod harga saham. Seluruh keluarga Ford mahukan saham terus meningkat,” ujar pengerusi Ford Bill Ford sewaktu mesyuarat tahunan syarikat yang berlangsung minggu lalu ketika beliau ditanya mengenai harga pasaran saham syarikat. Sejak CEO Mark Fields mengambil alih pada Julai 2014, saham Ford dilihat menyusut sebanyak 36%.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required