Kawasaki H2 SX – motosikal supercharge untuk jelajah

Kawasaki H2 SX – motosikal supercharge untuk jelajah

Tiga tahun selepas Kawasaki memperkenalkan motosikal supercharge H2 mereka, kini syarikat dari Jepun tersebut memperkenalkan sebuah lagi motosikal yang menggunakan asas sama, tetapi untuk kegunaan jelajah iaitu H2 SX. Ia bakal ditawarkan kepada pasaran dalam dua pilihan iaitu model asas H2 SX dan model yang lebih lengkap H2 SX SE.

Walaupun masih menggunakan enjin supercharge empat silinder 998 cc sama seperti H2, ia dijadikan lebih lembut dengan penggunaan unit supercharger yang baru, dan kuasa kini menjadi 200 PS pada 11,000 rpm dan 137.3 Nm tork pada 9,500 rpm. Sebagai perbandingan dengan H2, enjin pada H2 SX ini kurang 5 PS tetapi tork adalah lebih 4.2 Nm.

Bukan sekadar untuk penyampaian kuasa, larasan ini juga dilakukan supaya H2 SX dapat memberikan penggunaan bahan api yang baik, dan ia dikatakan boleh menyamai Versys 1000 dan Z1000SX. Tangki bahan api yang disediakan oleh H2 SX adalah berkapasiti 19 liter.

Untuk membezakan H2 SX dan H2 SX SE dari luar, anda boleh melihat kepada warnanya kerana H2 SX ditawarkan hanya dalam warna hitam, manakala H2 SX SE datang dalam warna hijau yang lebih terang. Selain daripada itu, terdapat juga kelengkapan tambahan lain pada H2 SX SE seperti lampu membelok yang terdapat pada panel tepi dan panel instrumen gabungan analog dan skrin TFT berwarna.

Secara standard sahaja, H2 SX sudah didatangkan dengan unit pengira inertia (IMU), yang sekaligus dapat mengaktifkan KTRC (termasuk traction control dan wheel lift control), KIBS (termasuk pitching control dan corner braking control) dan
Kawasaki Engine Brake Control, tetapi bagi mode SE, ia mendapat tambahan KLCM (launch control).

Suspensi yang dipasang pada H2 SX bukanlah unit yang boleh dikawal secara elektronik, tetapi masih lagi boleh dilaras iaitu fork 43 mm di hadapan dan penyerap gas tunggal di belakang. Brek pula adalah unit cakera berkembar 320 mm dengan angkup monobloc empat piston di hadapan dan cakera 250 mm tunggal serta angkup dua piston di belakang.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required