Arch Motorcycles KRGT-1S guna enjin V-twin 2,032 cc

Arch Motorcycles KRGT-1S guna enjin V-twin 2,032 cc

Syarikat pengeluar motosikal kustom milik Keanu Reeves dan Gard Hollinger, iaitu Arch Motorcycles mula masuk ke dalam industri pada tahun 2015 dengan penawaran model KRGT-1. Kini, syarikat itu memperkenalkan sebuah model baru yang merupakan evolusi kepada model tersebut iaitu KRGT-1S.

Ini adalah motosikal produksi pertama syarikat itu yang menggunakan lengan ayun tunggal, bersama pelbagai lagi inovasi baru seperti plet penutup tangki minyak yang naik ke atas, tangki gabungan gentian karbon dan aluminium, rim BST gentian karbon dan ekzos yang terpacak ke atas (sekitar 45 darjah).

Enjin yang digunakan pada model ini masih lagi sama seperti KRGT-1, iaitu unit V-Twin Amerika Syarikat berkapasiti 2,032 cc yang boleh menghasilkan 126 hp, 165 Nm tork, dan kuasa disampaikan ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan buatan khas dan sistem rantai.

Kelengkapan lain yang boleh dilihat ada pada motosikal ini adalah termasuk satu tempat duduk, dengan bahagian belakang tertutup seperti cafe racer, panel instrumen digital penuh, lubang udara di tepi tangki minyak, suspensi yang boleh dilaras sepenuhnya di depan dan belakang, dan lampu utama LED.

Harga serta bila motosikal ini akan masuk fasa produksi masih lagi belum diberitahu, tetapi melihat kepada model sebelum ini yang dijual pada harga bermula USD78,000 (RM320,850), orang ramai perlu tahu bahawa motosikal Arch Motorcycles tidak mementingkan harga, tetapi lebih kepada penghargaan rekaan, kejuruteraan serta keunikan tersendiri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required