Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium di M’sia – bawah RM500k

Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium di M’sia – bawah RM500k

Jaguar Land Rover Malaysia telah mempertontonkan awal varian terbaru bagi Jaguar F-Pace iaitu 2.0 liter, empat silinder Ingenium petrol AWD. Sebelum ini, SUV pertama Jaguar ini dipasarkan di Malaysia dalam satu varian 3.0 liter V6 petrol sahaja, dan kini varian 2.0 liter ini menjadi varian permulaan.

Ia dikuasakan oleh enjin Ingenium petrol empat silinder turbo yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 250 PS dan 365 Nm tork dan jumlah ini adalah kurang 90 PS dan 85 Nm berbanding model V6 supercharged tadi. Enjin 2.0 liter ini membolehkan F-Pace memecut 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat, manakala satu lagi varian berkuasa 300 PS – tidak diberitahu bila tiba di Malaysia – boleh melakukannya dalam masa 6.0 saat.

Transmisi yang digunakan pada F-Pace 2.0 liter pula adalah unit 8HP45 automatik lapan kelajuan yang lebih ringan dan lebih kompak berbanding unit 8HP70 yang digunakan pada model V6 supercharged. Pada transmisi ini, terdapat torque converter yang mempunyai penyerap yang boleh mengurangkan gegaran semasa di kadar rpm rendah.

Turut disediakan untuk F-Pace 2.0 liter ini adalah kit luaran Black Pack (harga masih belum disahkan). Melaluinya, pembeli akan menerima kemasan tambahan berwarna hitam pada keliling gril, bahagian bawah bampar dan bukaan udara di tepi. Rim masih lagi menggunakan unit 20 inci lima cabang.

Untuk kelengkapannya, F-Pace 2.0 datang dengan sistem hiburan dan informasi InControl Touch Pro, sistem bunyi Meridian 380-watt dan kamera keliling. Turut diberi secara standard adalah lampu utama LED, lampu siang ‘J-Blade’ LED, pintu but yang boleh dibuka melalui gerakan tanpa sentuh, bumbung panoramik serta adaptive cruise control dengan Queue Assist. Senarai kelengkapan penuh hanya akan diketahui apabila ia dilancarkan nanti, tetapi harganya dikata akan berada bawah RM500,000.

GALERI: Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium R-Sport


GALERI: Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium R-Sport Black Pack

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required