Dua pemandu Mitsubishi Lancer Evo X dipenjara kerana memandu dengan kelajuan 180 km/j di S’pura

Dua pemandu Mitsubishi Lancer Evo X dipenjara kerana memandu dengan kelajuan 180 km/j di S’pura

2015 Lancer Evolution Final Edition

Sebelum kita pergi lebih jauh, ingin penulis nyatakan dahulu bahawa perkara ini berlaku di negara jiran iaitu Singapura. Semalam, dua orang pemilik Mitsubishi Lancer Evolution X telah disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama dua minggu serta dilarang untuk memandu selama empat tahun, lapor Channel News Asia.

Ng Chee Yong, 27 tahun dan Allan Chia Chee Shin, 39 tahun di dakwa “bermain” antara satu sama lain masing-masing dengan Lancer Evo X berwarna kelabu dan hitam “ketika menuju ke destinasi yang ditetapkan” di East Coast Park pada 13 Oktober tahun lalu. Dalam “perjalanan” berkenaan, kedua-duanya memotong banyak kenderaan lain serta kerap bertukar-tukar lorong.

Selepas tengah malam 14 Oktober, seorang anggota polis telah mengesan kedua-dua Evo X tersebut dipandu laju menggunakan alat pengesan had laju – Chia merekodkan 178 km/j, manakala Ng pula 184 km/j – dalam kawasan dengan had laju hanya 90 km/j. Aksi kedua-dua pemandu tersebut juga telah terakam dalam dashcam yang berada pada kereta Chia.

Pada malam berkenaan, Chia dan Ng telah serta merta ditahan oleh polis kerana melakukan kesalahan tersebut. Kedua-duanya disabitkan bersalah kerana memandu secara melulu. Menurut undang-undang republik itu, kesalahan sedemikian boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara selama setahun atau denda sehingga SG$5,000 (RM15k), atau kedua-duanya sekali.

Boleh tahan keras hukuman yang dikenakan kan? Jadi tak hairanlah mengapa selepas menyeberang tambak, orang-orang Johor Bahru tahulah bagaimana gelagat kereta-kereta dengan nombor pendaftaran negara berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • kete power, mau test power

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • yang bahaya nya bila masuk Malaysia diorg siap tukar no pendaftaran Malaysia, bila speedtrap kena no pendaftaran tersebut. Bila nk masuk Singapura diorg isi minyak penuh dan tukar balik no Sing seperti yg tular baru ni

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Pickle rick on May 25, 2019 at 3:58 pm

    Eh..nama dia ‘chee shin’ patut la..dalam cantonese maksudnya GILA

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required