Ford Ranger 2.2L XLT Edisi Istimewa dilancarkan di Malaysia – unit terhad, kit tambahan, dari RM121k

Ford Ranger 2.2L XLT Edisi Istimewa dilancarkan di Malaysia – unit terhad, kit tambahan, dari RM121k

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah melancarkan Ford Ranger 2.2 XLT Edisi Istimewa, dengan penambahan beberapa ciri berbanding versi biasa 2.2 XLT Automatik yang masih dijual di negara ini.

Harga bermula RM120,888 atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia, iaitu lebih RM4,000 berbanding 2.2 XLT Automatik, dan termasuk dengan waranti tiga-tahun/100,000 km. Model ini ditawarkan dengan warna Arctic White atau Absolute Black, dan SDAC mengesahkan ia hanya didatangkan dengan unit terhad, tanpa mendedahkan jumlah yang sebenarnya.

Di bawah bonetnya, 2.2L XLT Edisi Istimewa ini menampilkan enjin 2.2L TDCi Puma, dengan unit turbodiesel empat-silinder, yang mampu memberikan kuasa sehingga 160 PS pada 3,200 rpm dan tork 385 Nm dari 1,600 hingga 2,600 rpm. Ia dipadankan bersama transmisi autmatik enam-kelajuan, sistem pacuan empat-roda dengan on-the-fly shifting dan electronic-locking rear differential.

Elemen tambahan untuk model edisi terhad ini termasuklah fender flares, pelekat geometrikal dan penutup bahagian belakang, sementara ciri dalaman pula ditambahkan dengan sistem infotainmen skrin sesentuh sembilan-inci. Sistem ini dipertingkatkan berbanding unit utama 4.2-inci pada varian 2.2 XLT Automatik, dan ia turut disokong dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay, termasuk juga beberapa aplikasi lain seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome menerusi sambungan hotspot.

Lain-lain ciri masih sama seperti pada 2.2 XLT Automatik termasuklah lampu utama projektor halogen dengan lampu nyalaan siang, roda 17-inci, bilah pengelap cermin automatik, kamera undur, tempat duduk fabrik, dua beg udara (pemandu dan penumpang hadapan), ESC, ABS, EBD, Kawalan Turun Bukit, Bantuan Naik Bukit, cagak Isofix, Rollover Mitigation, Trailer Sway Control dan Adaptive Load Control.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required