Acura TLX 2021 – banyak naik taraf bahagian prestasi

Acura TLX 2021 – banyak naik taraf bahagian prestasi

Model sedan utama keluaran Acura, iaitu TLX kini diberikan pembaharuan menyeluruh. Sebelum ini hanya menggunakan casis yang diambil terus daripada Honda, untuk TLX baru, Acura menggunakan platform sedan sports tersendiri untuk menghasilkan rupa yang lebih premium dan rasa pemanduan unik.

Model ini masih lagi menggunakan pacuan dua roda hadapan secara standard, berserta kedudukan enjin melintang, tetapi pelanggan juga masih mempunyai pilihan sistem pacuan Super Handling All-Wheel Drive (SH-AWD) yang mempunyai agihan kuasa boleh ubah sehingga 70% ke roda belakang.

Selain daripada itu, Acura juga memberitahu bahawa struktur badan TLX adalah yang paling tegar bagi model ‘biasa’ Acura, dan hanya NSX sahaja yang boleh mengatasinya. Model ini juga membawa kembali penggunaan suspensi hadapan double wishbone, yang mana sebelum ini digunakan untuk model prestasi Acura (dan Honda) seperti Integra dan NSX.

Acura TLX 2021 – banyak naik taraf bahagian prestasi

Penggunaan platform baru juga membuatkan seluruh badan perlu direka semula. Ia sekarang 56 mm lebih lebar, 15 mm lebih rendah dan jarak roda 94 mm lebih panjang. Bahagian bonet hadapan juga jelas lebih panjang dengan ukuran dari papan pemuka ke gandar pemacu hadapan meningkat 198 mm.

Pada aspek rekaan, TLX menyamai Type S Concept yang pernah ditunjuk tahun lalu, dan ia disediakan dengan varian A-Spec yang mempunyai lampu lebih smoked, kemasan hitam pada bawah bampar dan spoiler atas but serta rim 19 inci. Varian biasa akan menggunakan rim 18 inci.

Keadaan di dalam juga diubah sepenuhnya dengan rekaan papan pemuka yang tinggi dan jelas membahagikan ruang antara pemandu dan penumpang, sementara kemasannya pula boleh dipilih sama ada jenis kayu, aluminium atau kulit Milano.

Acura TLX 2021 – banyak naik taraf bahagian prestasi

Di bahagian tengah papan pemuka terdapat skrin paparan infotainmen 10.2 inci dan ia boleh dikawal menggunakan RDX True Touchpad Interface yang berada dekat dengan perehat tangan. Versi terbaru sistem ini boleh menerima input tulisan tangan serta beberapa peningkatan lain. Panel instrumen tujuh inci berserta sambungan AcuraLink diberikan standard manakala head-up display 10.5 inci dan sistem bunyi ELS Premium 3D disediakan sebagai pilihan tambahan.

Di sebalik badannya, 56% struktur TLC menggunakan bahan serba ringan seperti aluminium dan besi yang diperkuat – lebih banyak berbanding sedan Acura lain – dan dikatakan dapat memberi peningkatan ketegaran kilas sebanyak 50% dan mencecah 100% pada bahagian di mana suspensi dan badan bertemu.

Ketegaran ini juga dibantu oleh rekaan terowong tengah baru, penyokong strut tower, pendakap bawah lantai di hadapan dan belakang, penguat bulkhead dan tapak strut tower aluminium. Pembahagian berat antara depan dan belakang juga diperelok hasil penggunaan bahan-bahan ini serta bateri yang diletakkan di belakang.

Dengan adanya suspensi double wishbone di hadapan, pengendalian kenderaan dikatakan lebih tepat dan mencengkam sementara di belakang masih lagi menggunakan tetapan multilink seperti sebelum ini. TLX juga dilengkapi dengan nisbah kuasa stereng boleh ubah, servo elektrik brake-by-wire dari NSX serta pilihan suspensi adaptif yang boleh diubah melalui mod Comfort, Normal, Sport dan Individual yang disediakan.

Bagi pilihan enjin, unit NA sebelum ini telah diganti dengan dua pilihan turbo. Yang pertama, untuk model asas adalah unit empat silinder 2.0 liter berkuasa 272 hp dan 380 Nm (+66 hp dan +133 Nm berbanding unit 2.4 liter sebelum ini) yang dipadankan bersama kotak gear automatik 10 kelajuan baru yang mempunyai nisbah lebih luas serta penurunan gear yang lebih cepat.

Satu lagi enjin adalah unit V6 3.0 liter yang disediakan untuk varian prestasi Type S. Ia datang standard dengan SH-AWD, transmisi yang ditala khas serta brek Brembo empat piston berserta cakera yang lebih besar di hadapan. Penampilannya juga dijadikan lebih agresif dengan penggunaan bampar yang mempunyai bukaan udara lebih besar, rim 20 inci serta empat muncung ekzos.

Semua varian TLX datang standard dengan pakej bantuan pemandu AcuraWatch dan antara teknologi yang ditambah adalah pengenalan tanda jalan, pemerhati kesedaran pemandu serta Traffic Jam Assist yang boleh berfugsi bersama adaptive cruise control.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required