Aveta Ranger 110 masuk pasaran Malaysia – RM3,546

Aveta Ranger 110 masuk pasaran Malaysia – RM3,546

Sebuah model baru mampu milik, Aveta Ranger 110 telah tiba di Malaysia dengan harga jualan tidak termasuk insurans dan cukai jualan RM3,280. Ia kini sudah mula dijual di lebih 70 pengedar Aveta di seluruh negara dan apabila ditambah insurans dan cukai jualan, menjadi RM3,546.

Model ini dipasang oleh Aveta Global Marketing di Setia Alam, dan menjadi model ketiga Aveta, menyertai DY90 dan RX110 yang diperkenalkan sebelum ini pada harga masing-masing RM3,300 dan RM4,608. Ranger 110 digerakkan oleh enjin satu silinder 110 cc berkuasa 7.8 hp dan 9 Nm tork.

Enjin ini masih lagi menggunakan sistem bahan api karburetor dan kemudiannya dipadankan bersama kotak gear empat kelajuan. Untuk menghidupkan enjin, anda boleh menggunakan sama ada pemula elektrik ataupun penendang.

Walaupun tidak disiarkan secara terperinci, kami jangkakan berat Ranger 110 ini berada sekitar 100 kg, dan didatangkan bersama tangki bahan api 3.5 liter. Rim menggunakan unit 17 inci dengan lebar 2.25 inci di hadapan dan 2.5 inci di belakang, sementara brek pula adalah jenis dram di kedua-dua bahagian.

Menurut Aveta, mereka juga sekarang sedang dalam proses menguji beberapa lagi model baru yang akan diperkenalkan kepada pasaran pada tahun 2021. Selain mendapatkan kelulusan daripada pihak yang terlibat, motosikal Aveta juga telah melalui ujian tunggangan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required