Lexus IS 500 F Sport Performance Launch Edition 2022 dapat warna kelabu eksklusif, roda BBS – 500 unit saja

Lexus IS 500 F Sport Performance Launch Edition 2022 dapat warna kelabu eksklusif, roda BBS – 500 unit saja

Bulan lalu, Lexus telah memperkenalkan model IS 500 F Sport Performance. Tapi kali ini ada model dengan pertambahan nama di belakangnya, yang juga menarik untuk dipertaruhkan di pasaran iaitu versi Launch Edition.

Lexus IS 500 F Sport Performance Launch Edition 2022 diberikan beberapa ciri eksklusif untuk membezakannya dengan model sedia ada. Paling ketara, ia menerima kemasan warna eksklusif Incognito atau pun kelabu yang lebih menawan, yang pertama kali digunakan oleh Lexus. Selain itu, ia turut dipadankan dengan roda aloi yang lebih ringan BBS hitam pekat 19-inci iaitu ciri yang sama untuk IS F Sport Dynamic Handling Package, menggantikan kelengkapan Enkei pada barisan IS 500.

Di dalamnya, Launch Edition menerima Ultrasuede upholstery berwarna hitam dan kelabu, dengan kemasan kayuan kelabu perak pada roda stereng, bersama pemula animasi untuk paparan instrumen dan juga logo siri pada konsol tengah untuk memaparkan eksklusiviti kereta tersebut. Hanya 500 unit sahaja yang akan dikeluarkan, dan seperti IS 500 “biasa”, ia hanya ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Secara mekanikalnya, Launch Edition ini memiliki persamaan dengan IS 500. Ini termasuklah dalam padanan enjin yang sama iaitu unit 2UR-GSE 5.0 liter naturally-aspirated V8 dari model LC 500, yang mampu menghamburkan hingga 472 hp pada 7,100 rpm dan tork 536 Nm pada 4,800 rpm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan, yang membolehkan kereta ini dipecut dari sifar ke 96 km/j dalam 4.5 saat.

IS 500 juga diberikan ciri standard termasuk peredam adaptif dan Torsen limited-slip differential. Selain itu, ia juga ditampilkan dengan peredam prestasi Yamaha yang mampu menyerap getaran casis yang tidak diperlukan, serta brek besar dan menaiktaraf penyejukan. IS 500 dan Launch Edition dikhabarkan akan tiba di pasaran USA pada musim luruh ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required