Geely peroleh 7.6% saham Aston Martin Lagonda

Geely peroleh 7.6% saham Aston Martin Lagonda

Gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group mengumumkan bahawa ia kini telah memperolehi sejumlah 7.6% kepentingan dalam syarikat pembuat kereta sport dari British, Aston Martin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu, CEO Geely Holding Group Daniel Donghui Li menyatakan bahawa dengan rekod prestasi dan penawaran teknologi Geely yang mantap akan dapat menyumbang kepada kejayaan masa depan Aston Martin.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelaburan kami di Aston Martin, dan berharap untuk meneroka peluang berpotensi untuk melibatkan diri dan bekerjasama dengan jenama itu kerana ia terus melaksanakan strateginya untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang, mampan dan peningkatan keuntungan,” kata Li.

Walau bagaimanapun, Geely bukanlah pemegang saham terbesar dalam Aston Martin Lagonda. Tiga bulan sebelum itu, Public Investment Fund (PIF) dari Arab Saudi telah memperolehi saham sebanyak 16.7% dalam syarikat pegeluar kereta yang kini dibebani hutang tinggi tersebut.

Ini membolehkan PIF menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Aston Martin Lagonda selepas Yew Tree Consortium milik Lawrence Stroll yang memegang saham sebanyak 18.3%. Satu lagi pemegang saham penting ialah Mercedes-Benz, yang kini mempunyai 9.7% kepentingan dalam Aston Martin selepas peningkatan modal dibuat pada bulan Julai.

Geely masih belum mengumumkan berapa ramai wakilnya akan berada dalam lembaga pentadbiran Aston Martin selepas pembelian saham berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required