Proton sedang membangunkan enjin baharu dengan teknologi GDi dan TGDi – 4 siri baharu, 6 varian

Proton-new-engine-first-firing

Bagi membuktikan kesungguhannya di dalam industri automotif, Proton sedang membangunkan barisan enjin baharu. Projek membangunkan enjin baharu ini telah mula berlangsung sejak Mac tahun lalu dan bekerjasama dengan Ricardo dan Lotus. Proses pembangunan enjin baharu ini dijalankan di United Kingdom (UK).

Menurut Datuk Abdul Harith Abdullah, CEO Proton, sebanyak empat siri enjin baharu iaitu dua daripadanya enjin dua-silinder, 1.0 liter dan 1.2 liter serta enjin empat-silinder bagi kapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter.

Empat siri enjin baharu ini merangkumi enam varian enjin yang diklasifikasikan sebagai 1.0L tiga-silinder VVT (Pemasaan injap boleh laras), 1.2L tiga-silinder VVT, 1.3L empat-silinder GDI (pancitan bahan api secara terus), 1.5L empat-silinder, 1.3L empat-silinder TGDI (pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo) dan 1.5L empat-silinder TGDI.

Proton-new-engine-tests-2

Datuk Harith turut berkata, bagi enjin 1.5 liter iaitu mampu menghasilkan kuasa sehingga 180 hp dan puncak tork 250 Nm.

“Ia merupakan enjin yang sangat bagus. Bukan setakat daripada segi prestasi yang lebih memberangsangkan, malah ia juga bakal memberikan penjimatan bahan api yang lebih optimum iaitu 25% lebih bagus berbanding enjin yang digunakan pada model Proton sedia ada. Malah enjin ini juga 20% lebih baik dari segi prestasinya.”

“Enjin ini akan diuji bagi jarak perbatuan merangkumi 4.8 juta km. Ia dijangka bakal dibawa pulang ke Malaysia pada September ini. Manakala aplikasi pertama enjin ini dijangka pada akhir tahun 2017,” ujar Datuk Harith.

Proton mempunyai alasan sendiri mengapa UK menjadi pilihan untuk membangunkan enjin baharu ini. Di mana menurut Datuk Harith, kedua-dua pihak berkenaan mempunyai teknologi ini telah memahami konsep enjin yang Proton kehendaki termasuklah berhubung dengan enjin NE01 iaitu enjin hasil kerjasama antara Proton dengan Petronas. Malah teknologi GDi dan TGDi ini turut dikongsikan antara Petronas dan Ricardo.

Sambung Datuk Harith lagi, “Enjin ini juga menepati piawaian standard emisi bagi seluruh dunia. Malah menepati EURO6C yang bakal digunakan menjelang tahun 2020.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • pontiac on Jan 18, 2016 at 5:57 pm

    bagus izwaashura!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Ken Ching on Jan 19, 2016 at 9:19 am

    Saya sangat gembira jika proton mampu memcipta sebuah kereta sekuarang-kurangnya sama tahap dengan Golf GTi dari sedin kuasa dan tujahan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • clutch_plate on Jan 19, 2016 at 9:43 am

    Better late than never.. go PROTON! Make us proud this time!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • 180 hp 250 mn tu dah sama power dengan ecoboots 1.5 pertol.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Pastikan sebuah kereta yang tidak memeningkan kepala penmbeli ye. Tak mau ada masalah untuk sekurang2nya 7 tahun baik yg masalah besar apatah lagi kecik2 yg pasti akan sgt menjengkelkan….Free mind cheap maintenance

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required