Tun Mahathir beri bayangan Proton tidak akan membina enjin diesel pada masa akan datang

Proton-GDI-TGDI-Press-Conference-1

Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi bayangan bahawa pengeluar kenderaan nasional ini tidak akan membina penjana kuasa diesel pada masa akan datang, seperti Eropah, yang turut sedang mempertimbangkan teknologi ini selepas berlakunya skandal “dieselgate” oleh Volkswagen.

Ketika ditanya berhubung perkara ini, bekas Perdana Menteri ini menjawab, “Diesel merupakan enjin yang digemari di Eropah, tetapi kini mereka mempunyao pendapat yang berbeza. Anda tahu apa yang telah terjadi dengan rekod prestasi enjin diesel baru-baru ini. Jadi sekarang, mereka perlu berfikir kembali adakah baik mempunyai enjin diesel atau pun petrol.”

exhaust-smoke-a1

Kenyataan itu mungkin merujuk pada kontroversi Volkswagen, di mana Wolfsburg dikatakan ‘menipu’ penggubal undang-undang bukan setakat sekali, tetapi dua kali. Di Amerika Syarikat, terdapat pendedahan bahawa syarikat terbabit telah memasang ‘satu peranti khas’ di dalam kereta dieselnya, untuk memanipulasi sistem kawalan emisi yang dikendalikan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).

Walau pun model diesel memiliki prestasi enjin dan penjimatan bahan api yang lebih baik untuk pemanduan setiap hari tetapi ia turut mampu menghasilkan 40 kali ganda gas pencemaran oksida nitrogen (NOx).

Walau pun Volkswagen mengakui kontroversi tersebut, di mana sekumpulan jurutera telah menjalankan ujian dalaman terdapat penggunaan bahan api dan emisi karbon dioksida, namun ia menemui kesalahan tersebut sememangnya berada pada tahap serius. Mungkin disebabkan hal sebeginilah Proton enggan membina enjin diesel.

Proton-Iriz-EV-2

Walau bagaimana pun, Proton turut sedang membangunkan kenderaan elektrik (EV) dengan model prototaipnya menggunakan Iriz.

Sebelum ini iaitu pada tahun 2014, Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata, Proton sedang mencari sumber enjin diesel daripada syarikat luar, namun sehingga kini tiada sebarang perkhabaran mengenainya.

“Percaya pada saya, enjin petrol akan mampu digunakan untuk tempoh yang lama, cukup lama. Walau pun bukan di Eropah, tapi sekurang-kurangnya di Asia,” ujar Tun Mahathir.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • kendrix lamazz on Jan 20, 2016 at 4:19 pm

    Kalau kita tengok, Japanese brands pun ada yang langsung tak ada enjin disel sebab enjin disel ni bukannya popular sangat di luar Europe,
    Cuma bila European brands dah ada advantage enjin diesel, they want to make sure the car is popular lah, itu yang they push hard in the US, sampai sanggup menipu

    Saya rasa lebih elok Proton fokus pada enjin petrol sebab bila dah guna direct injection dan high compression miller cycle, fuel efficiency petrol dah dekat nak sama dengan disel dan tak ada banyak asap

    kalau pun nak build diesel engine, biarkan technology diesel develop for another 10 tahun, bila the technology path dah clear baru kita join in,

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required