Awal tahun ini menyaksikan kenaikan harga bagi model-model di bawah jenama Honda, Toyota, Lexus, Kia, Peugeot, Citroen dan Audi. Malah Proton juga telah mengumumkan kemungkinan bakal mengambil langkah yang sama selepas Tahun Baru Cina ini. Namun, bagi Perodua, buat masa ini mereka masih belum ada perancangan untuk mengikuti jejak langkah yang sama.
Menurut Presiden dan CEO Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh, syarikatnya akan cuba bertahan untuk mengekalkan harga sedia ada selama yang termampu. Walau bagaimana pun, beliau turut berkata, kenaikan harga mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya situasi pertukaran mata wang asing semakin parah.
“Kami akan terus memantau sehingga ia memberikan kesan yang tidak dapat dielakkan, selepas itu, kami akan mengkaji semula (kenaikan harga). Setakat ini, belum ada perancangan mengenainya,” ujarnya ketika ditemui dalam sesi reviu prestasi tahunan syarikat semalam.
Selain harga dan kos, beliau terus menyebut sebab apa Perodua wujud. “Kami sentiasa kembali ke dasar, bahawa objektif penubuhan Perodua adalah untuk menyediakan kenderaan-kenderaan berkualiti dan mampu milik. Sama ada kami menaikkan harga atau tidak, ia bergantung kepada banyak faktor. Kami sangat sensitif mengenainya,” beliau menambah.
Aminar juga mendedahkan bahawa pengguna sekarang semakin memilih untuk memiliki kelainan bagi model Perodua. Meskipun begitu, Perodua menjangka permintaan untuk kereta-keretanya menjadi lebih kukuh pada tahun ini dan telah mensasarkan sebanyak 216,000 unit pada tahun ini.
Perodua telah mencatatkan rekod jualan sebanyak 213,300 unit pada tahun lalu dengan penguasaan pasaran sebanyak 32%, menjadikannya sebagai pendahulu pasaran automotif Malaysia sejak sedekad yang lalu.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Bagus bagi Perodua untuk kekalkan harga semasa di saat keadaan eknomi sekarang. Dengan kuasa membeli pengguna yang tidak menentu pada tahun 2016 ini, adalah satu tindakan yang baik daripada Perodua. Ia juga dapat membantu Perodua mengekalkan status kereta plihan no.1 rakyat Malaysia. Peningkatan jualan kereta Honda patut turut dinilai oleh pihak Perodua kerana rakyat Malaysia uga menimbang aspek lain uga selain faktor mampu milik.
P/S: Bercita-cita ingin menadi salh seorang penulis artikel bagi blog ‘Paultan.org’