JPJ ketatkan kawalan terhadap kenderaan klon

JPJ_Roadblock1

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengumumkan bakal melaksanakan Op Tahun Baru Cina (TBC) selain terus mengesan dan menyita kenderaan klon di negeri berkeaan. Menurut laporan yang disiarkan oleh Bernama, sebanyak 98 kenderaan klon di negeri ini telah disita sepanjang tahun lepas hingga Januari tahun ini.

Pengarahnya Mohd Rusdi Mohd Darus berkata kesemua kenderaan terbabit dikesan menerusi operasi kenderaan klon yang dilakukan anggota penguat kuasa JPJ di seluruh negeri.

“Daripada 98 kenderaan, 17 disita di Johor Baharu, Kluang (48), Muar (17), Segamat (enam), Mersing (lima), Batu Pahat (tiga) manakala Pontian (dua),” katanya.

Mohd Rusdi berkata kenderaan yang disyaki klon ditahan di lokasi yang dikenal pasti dan menjalani pemeriksaan sebelum dibawa balik ke pejabat JPJ berhampiran sekiranya nombor casis dan nombor pendaftarannya tidak sama sebagai mana dalam sistem mySikap JPJ.

Katanya, JPJ Johor akan mempertingkat operasi terhadap kenderaan klon secara berterusan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya ditawarkan kenderaan pada harga murah kerana dikhuatiri ia adalah kenderaan klon.

Beliau turut berkata Op Tahun Baru Cina ini akan menumpukan penguatkuasaan kepada pemandu bas ekspres dan penunggang motosikal kerana kumpulan itu merupakan penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya. Manakala Op Khas Motosikal pada tarikh yang sudah dikenal pasti juga akan dilakukan dengan tumpuan terhadap penunggang dan pembonceng.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required