Kenaikan tambang pengangkutan awam tidak halang orang ramai menggunakannya – Syed Hamid

Syed-Hamid-Albar

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, walau pun kenaikan tambang pengangkutan awam dilaksanakan baru-baru ini, namun ia masih menjadi pilihan orang ramai untuk terus menggunakan perkhidmatan ini.

Memetik laporan The Sun Daily, Syed Hamid berkata, diskaun turut diberikan kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU), bagi membantu mereka mengurangkan beban akibat kenaikan tambang pengangkutan awam ini. Baru-baru ini, Prasarana dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah mengumumkan semakan struktur tambang bagi perkhidmatan masing-masing.

“Jika diikutkan jumlah penumpang, ternyata ia tidak memberikan sebarang kesan. Malah menerusi angka yang kami peroleh, jumlah penumpang terus meningkat dan ini menunjukkan perkembangan yang positif,” ujarnya.

Beliau turut menambah, kerajaan akan terus menyalurkan bantuan sehingga RM250 juta setahun bagi kos pengendalian sistem rel di Malaysia.

Syed Hamid turut menegaskan adalah tidak munasabah untuk menyemak tambang pengangkutan awak berdasarkan harga minyak dunia yang tidak menentu dan menurun sejak kebelakangan ini. “Kita tidak boleh meramalkannya, ada kos-kos lain yang perlu diambil kira. Saya rasa ini bukan satu isu,” katanya. Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Tolong faham perbezaan antara ‘menghalang’ dan ‘membebankan’.

    Memangla takde yang ‘terhalang’ daripada menggunakan pengangkutan awam. Tapi kalau dah itu je yang dorg mampu? Nak tanak sah2 kena guna jugak.

    Dah la nak guna uber tak bagi.

    Cilapoi betul

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required