“Kita tidak akan membangun jika hanya rebadge, kita sepatutnya cuma import kereta” – Tun Mahathir

Salah satu isu yang diajukan kepada Pengerusi Proton adalah mengenai kesediaan jenama ini untuk terus membangunkan model kereta sendiri dengan teknologi sendiri, seperti rangkaian enjin baharu dengan suntikan terus, bukan setakat rebadge model jenama lain.

Ketika ditanya adakah berbaloi untuk mengeluarkan sejumlah kos yang besar untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sendiri, berbanding lebih murah jika hanya rebadge model kereta jenama lain, Tun Mahathir menjawab, “Kita tidak akan maju jika kita hanya menukar logonya sahaja dan melakukannya lagi. Kita harus ingat bahawa ia adalah agenda negara, bukan setakat tentang keuntungan semata-mata.

“Kita mahukan keupayaan dan kepakaran kejuruteraan di negara sendiri. Pembangunan sesebuah model kenderaan menyediakan banyak teknologi kejuruteraan dan buah fikiran. Kita perlu banyak belajar dari mereka.”

Tun Mahathir turut berkata, tiada gunanya jika Proton terus hanya menukar logo, “Itu bukan kereta kita. Jika ya, hanya perlu mengimport kereta dan tidak meletakkan logo kita,” katanya lagi.

Mahathir berkata, tidak ada gunanya jika Proton telah terus hanya menukar lencana di bahagian hadapan dan belakang kereta. “Ia bukan kereta kita. Kita mungkin juga hanya mengimport kereta dan tidak meletakkan lencana kita, “katanya.

Proton_Iriz_Review_-019

Beliau turut menyentuh tentang kerjasama dengan Suzuki, dan bagaimana Proton boleh belajar dari pembuat kereta ke-empat terbesar di Jepun itu. “Mereka mempunyai barisan kereta kecil yang sangat bagus, mereka mempunyai pengetahuan yang baik berkenaan dengan pengurangan kos, mereka mempunyai teknologi yang boleh kita akses. Jadi kita akan dapat banyak belajar dari mereka.

“Mereka telah ke India sebelum orang lain buat, dan mereka telah bekerja dengan Maruti. Kini mereka telah menjual sejuta unit kereta di India. Jadi mereka miliki pengalaman yang kita sangat perlukan.”

Tun Mahathir turut mendakwa, Suzuki mendapati “Malaysia merupakan pasaran yang terlalu kecil buat mereka,” dan sebab itulah mereka keluar dari negara ini. “Mereka tawarkan kerjasama dengan kita. Kenapa harus tolak? Sudah pasti kita boleh belajar dari mereka,” katanya.

Video di atas ada pencerahan lebih lanjut mengenai isu ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required