Baru-baru ini kerajaan mengumumkan akan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Banyak pihak mengemukakan rasa tidak puas hati dengan keputusan ini, termasuklah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menghantar memorandum bantahan.
Semalam Perodua turut menyatakan pendirian bahawa syarikat tersebut tidak akan mengubah polisi berhubung penggajian sepenuhnya pekerja tempatan, dan tidak akan mengambil pekerja asing, memetik laporan Bernama.
Menurut dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, kemasukan pekerja asing dengan andaian kadar pembayaran gaji lebih rendah tidak akan mempengaruhi polisi ‘No to foreign workers’ (Tidak Mengambil Pekerja Asing) yang diperkenalkan sejak awal penubuhan syarikat automotif itu.
“Perodua ada polisi tidak menggaji pekerja asing melainkan orang Jepun yang diambil bekerja sebagai jurutera atas kapasiti rakan perniagaan,” katanya.
Setakat ini Perodua mempunyai 10,500 tenaga kerja yang kesemuanya warga tempatan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.