SPYSHOT: Proton Persona 2016 diuji dengan penyamaran yang lebih ringan – serlah rupa sebenar

Proton Persona 2016 sekali lagi dijumpai sedang diuji diatas jalan raya Malaysia, kali ini oleh pembaca Pdud Kronos dan kemudian menghantar gambar tersebut kepada kami. Sedan segmen-B yang diasaskan dari Proton Iriz tersebut dilihat tampil dengan penyamaran yang lebih ringan. Ini membolehkan rupa paras sebenar kereta ini dilihat dengan lebih jelas.

Rekaan lampu hadapan jelas kelihatan. Berbanding dengan Iriz, lampu Persona ini direka dengan lebih nipis, diserasikan dengan gril hadapan. Rekaan signatur “Sayap Proton” yang ditampilkan pada gril krom bahagian atas menghubungkan kedua-dua lampu hadapan turut jelas kelihatan dalam gambar ini. Rekaan tersebut seiras dengan lakaran imaginasi pakar perisian Photoshop Theophilus Chin dan pemenang Pertandingan Rekaan Proton 2014 Pow Ying Hern

Bampar hadapan yang direka dengan gril bahagian bawah menonjolkan rekaan seiras Iriz, tetapi lampu kabus pada Persona ini berbentuk bulat berbanding Iriz yang berbentuk tiga segi. Pada bahagian sisi, kereta ini kelihatan seiras dengan Iriz, cuma dibezakan pada bahagian tiang-C.

Lakaran Proton Persona 2016, oleh Theophilus Chin (atas) dan Pow Ying Hern (bawah)

Perbezaan terbesar tentulah pada bahagian belakang kereta ini yang direka sebagai sedan berbanding Iriz sebagai sebuah hatchback. Imej yang dihantar ini menunjukkan dengan jelas lampu belakang yang berbentuk badam. Penutup but belakang menampilkan trim melintang yang menghubungkan kedua belah lampu belakang – seiras dengan lakaran milik Pow.

Berdasarkan dimensi Iriz yang 75 mm lebih tinggi dari Honda City dan Toyota Vios, Persona kelihatan lebih tinggi dari pesaing terdekatnya. Ini merupakan penyebab mengapa Persona ini nampak sedikit ‘pelik’ berbanding sedan segmen-B yang lain.

Persona serba baharu ini dikhabarkan akan muncul selepas pelancaran Proton Perdana 2016 tetapi sebelum kemunculan Proton Saga serba baharu. Enjin 1.3 liter VVT dan 1.6 VVT dijangka akan menjana kereta ini sama seperti Iriz semasa pelancarannya nanti. Kereta ini juga mungkin akan dikuasakan dengan enjin baharu 1.3 liter dan 1.6 liter pancitan bahan api terus (GDI/TGDI) Proton apabila program pembinaan enjin tersebut lengkap dan mula memasuki produksi penghujung 2017.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • skatax on Mar 02, 2016 at 8:17 pm

    Lampu belakang nampak menyakinkan, tapi rupa badan yang tinggi ditambah pula dengan tayar kontot, menjadikan kereta ini nampak janggal. Ingat Suzuki SX4 sedan? Eeww.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
  • Ah Chong on Mar 03, 2016 at 3:52 pm

    Cantik dah kereta ni. cuma gearbox automatic cvt kalau guna punch powertrain jugak masih tiada makna.. Come on proton.. jatco cvt please.. or go for japanese Honda/Nissan CVT..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Malaysian on Mar 17, 2016 at 1:19 pm

    Reading comments. Eating popcorn. Bashing. Praising. More popcorn…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required