Bagi kesinambungan pembangunan sistem pemanduan automatik, Google ingin memastikan sistem mereka lebih ke hadapan dan dapat mengadaptasi situasi yang mungkin. Terbaru, Google telah memfailkan paten bagi sistem pengesan lampu isyarat membelok untuk kereta.
Sebenarnya syarikat teknologi ini telah memfailkan paten tersebut pada Julai 2013, tetapi perinciannya hanya diterbitkan oleh Pejabat Cap Dagang dan Paten Amerika Syarikat pada awal April 2016. Lain-lain paten yang turut didaftarkan di bawah syarikat tersebut termasuklah Sistem Pengenalpastian Bas dan Sistem Pengesan Lubang.
Untuk paten ini, ia merujuk “pengesanan isyarat indikator menggunakan penapisan spatiotemporal”, iaitu kamera pandang-hadapan yang digunakan untuk mengesan keadaan trafik di hadapan. Kamera ini akan merakamkan imej untuk mengesan sebarang objek pada suatu peringkat tertentu (seperti lampu isyarat untuk lokasi tersebut).
Dari situ, sistem ini akan mengubah warna belakang kenderaan-kenderaan di sekeliling. Kemudian, ia akan menghitung keamatan pencahayaan, untuk membenarkan sama ada lampu isyarat membelok atau lampu amaran yang akan diaktifkan. Kereta pemanduan automatik akan diprogramkan untuk bertindak terhadap maklumat ini sewajarnya.
Seperti yang dibuktikan oleh sistem Tesla Autopilot, sistem pemanduan automatik ini memerlukan lebih perkara berbanding memudahkan pemanduan, ini termasuklah meningkatkan lagi keselamatan kenderaan. Malah bagi memastikan kereta pemanduan automatik ini mendapat lebih banyak maklumat di sekelilingnya,’ ia perlukan berkeupayaan berfungsi dengan lebih baik. Malahan, ini mampu mendorong hasil kerja yang lebih baik secara berterusan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.