Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Modenas, anak syarikat DRB-Hicom Bhd, telah memeterai transaksi berulang dengan pihak berkaitan (RRPT) dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd bernilai RM79.98 juta.
DRB-Hicom berkata jenis transaksi itu termasuk penyediaan sokongan teknikal, pembayaran royalti dan bekalan komponen Unit Terurai Untuk Dipasang (CKD) untuk motosikal oleh Kawasaki kepada Modenas serta bekalan komponen kepada Kawasaki oleh Modenas, laporan Bernama.
Di mana RRPT yang dimeterai oleh Modenas adalah perlu untuk operasi harian dan dalam urusan perniagaan Modenas.
Dalam kenyatannya kepada Bursa Malaysia, DRB-Hicom berkata, “RRPT itu dimeterai atas terma komersial biasa yang tidak lebih memihak kepada pihak berkaitan berbanding secara umumnya boleh didapati untuk orang ramai.”
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
pasang dan jual la mudah buat duit.
Ini antara sebab malaysia gagal membuat produk sendiri.
ada tp tak cantik.
cantik tapi banyak masalah.