KL dan Putrajaya bakal menggunakan nombor pendaftaran bermula dengan abjad ‘F’ dan ‘V’ baharu

W1A

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menerima nombor pendaftaran kenderaan baharu yang bermula dengan abjad ‘F’ dan ‘V’ untuk kenderaan yang didaftarkan pada Jun dan Julai ini. Menurut laporan The Sun, timbalan menteri pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata abjad-abjad awalan tersebut telah dipilih selepas menerima permohonan dari Perbadanan Putrajaya.

Aziz berkata, abjad ‘F’ untuk Putrajaya akan mula digunakan pada 1 Jun, manakala abjad ‘V’ untuk Kuala Lumpur akan mula digunakan pada tarikh yang belum diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini bermaksud nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan yang menggunakan abjad pada penghujung nombor (diperkenalkan pada September 2013) tidak lagi digunakan bermula bulan hadapan.

Menurut Aziz, orang awam lebih selesa dengan sistem nombor pendaftaran tradisional yang hanya menggunakan abjad pada permulaan nombor berbanding abjad pada permulaan dan penutup nombor. “Ini adalah berdasarkan banyak pembatalan dalam bidaan nombor pendaftaran KL buat masa sekarang. Jadi saya berharap abjad ‘V’, akan membuatkan orang ramai teruja,” kata beliau.

rm-number-plate 1060

Untuk abjad ‘F’ kegunaan Putrajaya pula, Aziz berkata kementeriannya menerima permohonan dari Perbadanan Putrajanya untuk abjad “Putrajaya” kemudian diikuti dengan nombor turutan dan diakhiri dengan abjad, tetapi ia ditolak kerana terlalu panjang. Jadi ia ditukar kepada ‘F’ yang merujuk kepada ‘federal‘. Aziz berkata beliau menjangkakan abjad pada nombor pendaftaran baharu ini akan menarik perhatian orang ramai, terutamanya nombor pendaftaran Putrajaya “F1”.

“Saya rasa ramai pemilik Ferrari akan beratur untuk membida abjad ‘F’ tunggal,” kata Aziz secara berseloroh. Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) akan mengumumkan tarikh pembukaan untuk nombor pendaftaran Putrajaya baharu minggu hadapan.

“Kami akan mula membuka bidaan dalam masa dua minggu lebih manakala proses untuk jawatankuasa khas untuk memuktamadkan bidaan ditambah lagi dua minggu,” kata ketua pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad. Harga tertinggi pernah dibayar untuk nombor pendaftaran Malaysia adalah sebanyak RM520,000 untuk nombor ‘WWW 1’ yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Nates on May 19, 2016 at 5:26 pm

    No plat WAxxxxA bunyi dah tak best. Takde org nak byr mahal2. Kerajaan takde duit dah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required