Op Selamat 9/2016: Kes kemalangan jalan raya meningkat 2.5%, kadar kematian menurun 15.8%

Crash accident collision

Sejak dilancarkan pada 29 Jun lalu, setakat 11 hari berlangsungnya Op Selamat 9/2016 telah mencatatkan sebanyak 15,524 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara. Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 2.5% atau 377 kes berbanding 15,147 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mahamad Akhir Darus, walau bagaimanapun jumlah kemalangan maut didapati menurun sebanyak 38 kes atau 15.8% apabila mencatatkan 203 kes berbanding 241 kes tahun lepas, laporan Bernama.

Katanya, Selangor telah mencatatkan negeri yang paling banyak berlakunya kemalangan jalan raya iaitu 4.064 kes, diikuti Johor (2,351), Kuala Lumpur (1,707), Perak (1,298) dan Pulau Pinang (1,146).

“Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang 11 hari operasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga menurun kepada 229 kes berbanding 266 kes tahun lepas iaitu penurunan 37 kes atau 13.9%.

“Walau bagaimana pun, PDRM akan terus melakukan pemantauan dan penguatkuasaan sehingga operasi itu tamat pada 13 Julai ini bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya tidak terus mencatatkan peningkatan pada Aidilfitri tahun ini,” ujarnya kepada pihak media.

Malah, katanya lagi, PDRM tidak akan mengurangkan kekuatan anggota seramai 5,800 polis trafik dalam Op Selamat 9 ini sehingga tamat operasi.

Dalam masa yang sama, Mahamad Akhir turut berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati pematuhan pemandu terhadap larangan menggunakan lorong kecemasan terutamanya di lebuhraya semakin bertambah baik berbanding tahun sebelum ini.

“Secara umumnya jumlah saman yang dikeluarkan kepada pemandu bagi kesalahan tersebut juga dilihat semakin menurun setakat 11 hari operasi itu jika dibandingkan dengan tahun lepas,” ujarnya tanpa memberitahu secara spesifik jumlah saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Alson P on Jul 11, 2016 at 8:01 pm

    Kadar kemalangan meningkat, manakala kadar kematian menurun..
    Mewajibkan pengeluar Kenderaan menjual Kenderaan baru yang dilengkapi beg udara di Malaysia..
    Pengguna juga sudah ada kesedaran untuk membeli Kenderaan yang diiktiraf 3 hingga 5 bintang NCAP..
    Jika pihak berkuasa mengharamkan Kenderaan baru yang tidak mencapai tahap 3-bintang NCAP, atau Kenderaan baru sekurangnya 3 hingga 5-bintang NCAP sahaja boleleh dijual/import di Malaysia..
    Kadar kematian pasti berkurangan walaupun kadar kemalangan meningkat…
    Katakan tidak kepada Kenderaan 0-bintang hingga 2-bintang NCAP..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required