Pemansuhan lesen PSV mungkin titik permulaan berkuburnya sekolah memandu di Malaysia

1621930_729785283725324_4998449407029119539_n

Pengendali sekolah memandu merasakan cadangan SPAD untuk memansuhkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) untuk pemandu teksi dan pemandu aplikasi perkongsian kenderaan atas talian tahun hadapan mungkin permulaan berakhirnya era sekolah memandu, lapor The Sun Daily.

“Untuk permulaan PSV dan seterusnya, kami tidak akan terkejut jika SPAD dan kerajaan akan memansuhkan pula tanggungjawab sekolah memandu untuk latihan lesen kenderaan barang-barang (GDL),” kata setiausaha Persatuan Institut Memandu Johor Teoh Kock Kee.

Teoh menyatakan sekolah memandu telah membuat sumbangan yang besar kepada kemahiran keselamatan jalan raya serta tahap perkhidmatan pemandu kenderaan perdagangan, dan ada usaha sebelum ini dari konsortium persendirian untuk mengambil alih segmen latihan vokasional berkenaan.

“Selama bertahun-tahun, kami telah bekerjasama secara rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selain itu kami telah memperbaiki banyak aspek untuk latihan pemandu teksi, bas dan lori di fasiliti kami,” kata Teoh lagi.

Sementara itu Presiden Majlis Piawaian dan Pemodenan Industri Memandu Malaysia (Mapim) Datuk Hanafi Mat Zin telah mempersoalkan kebolehan SPAD melatih pemandu teksi untuk membawa penumpang.

“Kami khuatir adakah SPAD mempunyai pengalaman dan kebolehan untuk melatih pemandu teksi pada sikap dan tingkah laku yang betul,” kata Hanafi.

Walau bagaimanapun, Mapim bersetuju dengan cadangan pemansuhan lesen PSV oleh SPAD berkenaan dan menyatakan, “Selama ini, lesen PSV tersebut merupakan latihan yang tidak mendatangkan apa-apa.”

Y.S Chan yang telah mendaftar untuk kursus PSV pada tahun 2000 selepas memegang lesen berkenaan sejak tahun 70’an berkata, “Tiada apa-apa yang diperolehi dari penerangan dan arahan pemanduan di sekolah memandu, dan sebahagian pemandu (pelatih) yang telah gagal ujian objektif walau bagaimanapun turut memperolehi lesen PSV mereka.”

Chan yang juga berpengalaman selama 40 tahun dalam industri automotif dan pengangkutan berpendapat, kerajaan bukan hanya perlu memansuhkan lesen PSV, tetapi perlu juga mencari mekanisma baru yang lebih baik contohnya lesen Pemandu Perkhidmatan Awam (PSD) untuk semua pemandu yang membawa penumpang berbayar.

Pemansuhan lesen PSV ini akan digantikan dengan sistem kad pemandu SPAD manakala latihan untuk pemandu teksi serta pemandu aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Grab dan Uber akan dijalankan oleh operator jaringan pengangkutan atau konsultan latihan dari luar untuk pemegang permit teksi individu.

Cadangan ini merupakan salah satu dari 11 inisiatif di bawah model e-hailing dan transformasi untuk industri teksi yang akan dipertimbangkan oleh Kabinet, dan telah menerima kelulusan dari Jawatankuasa Ekonomi Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Anak Perak on Jul 12, 2016 at 12:35 pm

    “Kami khuatir adakah SPAD mempunyai pengalaman dan kebolehan untuk melatih pemandu teksi pada sikap dan tingkah laku yang betul,” kata Hanafi.

    Tetapi yang ramai tidak tahu memberi signal adalah pemandu teksi dan kes serang uber adalah dari mereka juga

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
    • Kamishiro Maiku on Jul 12, 2016 at 7:26 pm

      Beria suruh ambil lesen PSV, tapi yang banyak kurang ajar ketika memandu adalah pemandu teksi juga. Ini perkara biasa, semua orang dah tau. Baik tak payah wujudkan lesen tu.

      Tak ada input dan pengajaran pun pada pemandu teksi. Malah dengan adanya lesen tu, semakin kurang ajar pula mereka di jalan raya.

      Maka, persoalan baru pula timbul. Atas tujuan sebenar apakah lesen PSV itu diwujudkan jika terang-terangan praktikalnya gagal melahirkan pemandu-pemandu teksi yang berhemah?

      :/

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required