KTMB terima peruntukan RM1.4 bilion untuk pertingkat kekerapan perkhidmatan komuter pada waktu puncak

KTM_ETS_Padang_Besar

Sejumlah RM1.4 bilion telah diperuntukkan bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada waktu puncak. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, naik taraf sistem laluan yang ada memerlukan masa dan berharap ia akan dapat diselesaikan menjelang tahun 2020, memetik laporan Bernama.

“KTMB kini sedang melaksanakan projek Klang Valley Double Track (KVDT) untuk menaik taraf rangkaian isyarat di Lembah Klang. Ia akan dilanjutkan ke Seremban, memandangkan rangkaian isyarat berkenaan boleh meningkatkan tahap kekerapan,” ujar beliau.

Beliau menambah bahawa kementeriannya sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha berkenaan. “Kami merancang untuk memperkemas perkhidmatan komuter dan akan memastikan kejadian seperti tergelincir daripada landasan tidak akan berulang lagi kerana itu memberi kesan kepada keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan keretapi,” tambah Liow.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sebuah pasukan telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian keretapi kargo KTMB yang tergelincir dari landasan berdekatan Kampung Bakap, Batu Gajah di Perak, Jumaat lalu. Kesan daripada kejadian itu, pengguna perkhidmatan ETS terkandas di Ipoh.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required