VIDEO: Lagi kes memandu lawan arah trafik, tunggu lampu merah di lorong salah – kali ini di Johor

Tidak cukup dengan kes seorang wanita yang memandu melawan arah trafik, dalam pengaruh dadah dan menyebabkan kematian tempoh hari. Terbaru, ada lagi pemandu dengan perangai “sakit mental” yang sama berlaku.

China Press menaikkan sebuah video di Youtube, dalam dua bahagian, yang menunjukkan sebuah Perodua Myvi hitam memandu bertentangan arah trafik dan kemudian berhenti dilorong bertentangan ketika menunggu lampu isyarat disebuah persimpangan – tanpa rasa bersalah.

Dirakamkan di Johor, kes terbaru ini menunjukkan agak mustahil bahawa pemandunya tidak menyedari apa yang sedang dilakukannya itu. Kereta itu dilihat menunggu dihentian lampu isyarat berkenaan dalam tempoh yang agak lama, dalam arah bertentangan, dengan aliran trafik yang banyak.

Kereta berkenaan tidak pula cuba untuk memotong barisan dan beralih ke lorong pada arah yang sepatutnya. Beberapa kenderaan lain kedengaran membunyikan hon, tanpa apa-apa rekasi daripada pemandu berkenaan. Dia kemudiannya membelok ke kanan, masih melawan arus, dan meneruskan perjalanan.

Entah apa yang difikirkan oleh pemandu berkenaan, atau entah apa yang tidak kena dengan cara dia berfikir. Tersilap jalan atau sesat, mungkin. Tetapi mengapa dia tidak boleh memperbetulkan laluan mengikut aliran sepatunya tidak dapat difahami.

Sekarang kita seperti dalam satu musim dan trend pula dengan semakin ramai yang buat perangai gila begini. Ia sangat merbahaya. Jika anda berada di atas jalan raya, berhati-hati dan jangan terlalu ikutkan emosi. Fikir elok-elok sebelum tindakan kita menyusahkan orang lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required