VIDEO: Proton Gen 2 lawan arus di Permatang Pauh – punca kemalangan melibatkan 4 kenderaan lain

Posted by Muhd Fitri Sukri on 14hb Mac 2017

Baru saja video sebuah Nissan Sentra ditular kerana mengikut laluan bertentangan di Taiping, Perak, beberapa hari lalu, ada satu lagi kejadian seumpama itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dari Permatang Pauh menghala Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kali ini melibatkan Proton Gen 2 yang dipercayai dipandu oleh seorang remaja telah dirakamkan menggunakan laluan bertentangan pada waktu jalan tersebut agak sibuk dengan kenderaan bertali arus. Kemungkinan pemandu terbabit tersilap masuk simpang membuatkannya tiada pilihan (atau panik) lantas meneruskan perjalanan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan. Walau bagaimana pun kelihatan kereta itu dipandu agak laju.

Namun dalam keadaan sebegini, pastinya kenderaan yang berada di hadapannya tidak menyangka Gen 2 ini akan muncul dan telah menyebabkan kemalangan membabitkan empat kenderaan lain termasuk sebuah van kilang. Gen 2 terbabit remuk teruk di bahagian hadapan dan belakang. Malah kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut juga mengalami kerosakan teruk.

Walau bagaimana pun Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid mengesahkan kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kematian

Beliau turut mengesahkan, kemalangan terbabit turut menyebabkan Mohamad Fandi Rosli iaitu pemandu Perodua Kelisa terkorban di tempat kejadian.

“Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

“Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang,” kata Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required