BMW 5 Series versi jarak roda lebih panjang untuk pasaran China – dijual pada harga bermula RM290k

BMW 5 Series versi jarak roda lebih panjang untuk pasaran China – dijual pada harga bermula RM290k

Kita di Malaysia baru sahaja menerima BMW 5 Series generasi baharu akhir bulan lalu, tetapi untuk pasaran China yang begitu besar serta kompetitif, pelanggan di republik berkenaan bakal menerima 5 Series dengan jarak roda yang lebih panjang. Versi istimewa tersebut bakal diperkenalkan Auto Shanghai yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan ini, menampilkan 133 mm panjang tambahan berbanding 5 Series standard.

Badan yang dipanjangkan tersebut akan memberikan ruang yang lebih pada kabin bahagian belakang sedan ini, dan bakal hadir dalam varian Luxury dan juga M Sport. Seperti juga model-model istimewa lain yang dipanjangkan, model ini hanya untuk pasaran China sahaja.

Untuk varian Luxury, ia diberikan upholsteri kulit Nappa, sistem audio Bowers & Wilkins dan juga dua buah skrin untuk penumpang belakang bersaiz 10.25-inci yang ditempatkan pada perehat kepala tempat duduk hadapan. Sebuah komputer tablet pula dibina secara bersepadu pada perehat tangan belakang, yang digunakan sebagai alat kawalan kepada sistem infotaimen berkenaan.

Bagi varian M Sport pula, seperti biasa ia tampil lebih sporty dengan kit badan M Aerodynamic yang terdiri dari bampar hadapan dengan tiga bahagian kemasukan udara, skirt sisi lebih labuh, diffuser belakang serta roda lebih besar. Tiga unit janakuasa ditawarkan pada 5 Series pasaran China iaitu 525Li dengan enjin 2.0 liter turbo empat silinder berkuasa 224 hp, 530Li dengan enjin sama tetapi berkuasa 252 hp, dan juga 540Li dijana enjin 3.0 liter turbo enam silinder.

BMW 5 Series versi jarak roda lebih panjang ini akan dijual dengan harga antara 450,000 yuan (RM288,881) hingga 750,000 yuan (RM481,468), dan bakal masuk ke bilik pameran pada suku ketiga tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required