Tukar lampu depan biasa kenderaan anda kepada lampu dari jenis HID – adakah ia jadi satu kesalahan?

Tukar lampu depan biasa kenderaan anda kepada lampu dari jenis HID – adakah ia jadi satu kesalahan?

Teknologi lampu atau pencahayaan pada kenderaan saban hari semakin maju dan terdiri daripada pelbagai jenis. Sebagai contoh, daripada sistem lampu biasa yang menggunakan bulb halogen seperti yang terdapat pada kebanyakan kenderaan sebelum ini, perlahan-lahan pengeluar kenderaan beralih kepada penggunaan lampu-lampu dari jenis lain seperti LED serta High-Intesity Discharge (HID).

Lampu tungsten merupakan yang terawal digunakan pada kenderaan, sejak 1960an lagi. Ia kemudian berkembang kepada teknologi tungsten-halogen yang mampu memberikan keberkesanan pencahayaan yang lebih baik dengan daya kecerahan yang mampu bertahan lebih lama.

Dengan kos yang rendah serta jangka hayat yang boleh bertahan antara 500 hingga 1,000 jam, bulb halogen menjadi pilihan yang paling mudah dan praktikal untuk kenderaan. Namun, ia memerlukan sekitar 55 watt tenaga untuk berfungsi, juga hadir dengan kelemahan tersendiri – sebahagian daripada tenaga itu akan terbazir dalam bentuk haba panas dan bukannya cahaya.

Tukar lampu depan biasa kenderaan anda kepada lampu dari jenis HID – adakah ia jadi satu kesalahan?

Lampu halogen biasa yang digunakan pada Proton Saga

Light Emitting Diodes (LED) pula bukanlah terlalu asing dari kegunaan pada peranti teknologi hari ini seperti televisyen dan telefon pintar. Dengan saiz yang lebih kecil yang membolehkannya menjadi sangat fleksibel untuk memenuhi keperluan rekaan dan penggayaan yang ingin dihasilkan, ia juga dapat mengeluarkan cahaya yang lebih jelas dan mencapai kemampuan maksimumnya dalam tempoh yang lebih singkat berbanding lampu halogen.

Lagi perkara yang menjadi kelebihan LED ialah ada yang mendakwa jenis lampu ini mempunyai jangka hayat sehingga 15,000 jam, jauh lebih lama berbanding lampu halogen biasa. Lampu LED juga lebih cekap menggunakan tenaga – ia tidak membazirkan tenaga dalam bentuk haba dengan ketara, sebaliknya akan mengubahnya sebaik mungkin ke dalam bentuk cahaya.

Bagi lampu HID pula, ia menghasilkan cahaya putih yang lebih cerah; sekitar dua atau tiga kali ganda melebihi cahaya dari lampu halogen (LED pula berada sedikit di belakang HID dalam aspek ini). Ia juga memerlukan tenaga yang kurang untuk beroperasi; umumnya sekitar 35 watt, dan didakwa mampu memberikan jangka hayat penggunaan sekitar 2,000 jam.

Tukar lampu depan biasa kenderaan anda kepada lampu dari jenis HID – adakah ia jadi satu kesalahan?

Honda City 2017 menggunakan lampu LED.

Sistem lampu HID biasanya hadir dengan ciri auto-leveling dan hadir dengan keupayaan capahan cahaya yang lebih meluas dan terang. Pencahayaan yang lebih baik dan cerah memberi ruang kepada peningkatan faktor keselamatan terutama pada waktu malam – bukan hanya untuk penglihatan pemandu terhadap jalan raya, bahkan untuk lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya lain, walaupun dari jarak yang jauh.

Jika ia mampu untuk meningkatkan faktor keselamatan ketika di jalan raya, serta penawaran produk-produk aftermarket dari pihak selain daripada pengeluar asal kenderaan juga dengan mudah boleh didapati, perhatian utama yang ingin dibangkitkan oleh artikel ini ialah; adakah kita boleh menukar sistem lampu biasa kepada sistem lampu HID pada kenderaan sendiri? Adakah perkara ini boleh dilakukan atau sebenarnya melanggar undang-undang?

Anda mungkin telah mendengar banyak versi jawapan yang diberikan berkaitan hal ini. Untuk mendapatkan kepastian, kami ajukan terus soalan ini kepada Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib, orang yang bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan hal ini.

Tukar lampu depan biasa kenderaan anda kepada lampu dari jenis HID – adakah ia jadi satu kesalahan?

Hyundai Ioniq dilengkapi lampu Bi-Xenon HID.

“Tentang headlights pada kenderaan, peraturan yang ada sangat jelas. Mana-mana lampu yang dipasang kemudian (secara retrofit) yang berlainan daripada lampu asal pada sesebuah kenderaan itu adalah salah di sisi undang-undang. Sekiranya ia memang spesifikasi daripada pengeluar, tiada masalah,” jelasnya.

Kerana menurut beliau, di dalam United Nation Regulations 48 (UNR48) yang berkaitan lampu kenderaan, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity) 4,300K maksimum. “Tapi, dalam pasaran, lampu HID yang dijual ini ada yang mencecah sehingga 16,000K.

“Ini yang akan jadi masalah; kalau digunakan, itu yang kadang-kadang kita terserempak dengan kereta yang lampunya sangat menyilaukan mata jika terpandang ke arahnya. Ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain, dan inilah yang ingin kita elakkan,” tambah beliau, yang turut menambah bahawa tindakan ini turut melanggar Vehicle Type Approval (VTA) yang telah diluluskan terhadap sesebuah kenderaan.

Tukar lampu depan biasa kenderaan anda kepada lampu dari jenis HID – adakah ia jadi satu kesalahan?

Tindakan apa yang akan dikenakan kepada pelaku, sekiranya didapati berbuat demikian? “Pertama, bagi pengguna jalan raya yang nampak perkara ini, mereka boleh membuat aduan terus melalui emel [email protected]. Nyatakan maklumat berkaitan dengan gambar sekali kalau boleh. Jika ada aduan, JPJ akan panggil kenderaan terbabit untuk pemeriksaan lanjut yang menyeluruh,” tambah beliau.

Selepas pemeriksaan dan sekiranya didapati memang terdapat pemasangan retrofit itu, maka JPJ akan mengeluarkan Notis PG1 yang memerlukan pemilik untuk mengembalikan kenderaan mereka kepada keadaan asal dalam tempoh 10 hari.

Bagaimanapun, bagi penambahan Day-time Running Lights (DRL) secara berasingan, ia tidak menjadi masalah jika ingin dipasang kemudian (retrofit). “Ini kerana, ia tidak melibatkan sistem yang rumit (seperti sistem pada lampu utama) dan tidak menggunakan pemantul yang boleh menyilaukan mata,” tambah beliau.

Ikuti juga artikel berkaitan yang memaparkan maklum balas dari JPJ yang pernah kami laporkan, misalnya bagi isu penggunaan tayar kangkang serta pelekat body-wrap untuk kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Ahmad on Sep 15, 2017 at 5:58 pm

    lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity) 4,300K maksimum

    Merujuk pernyataan ini, bagaimana kadar intensity lampu ini di uji ketika ujian pemeriksaan kenderaan… Jika di jln raye, kenderaan perdagangan yg perlu menjalani pemeriksaan berkala 6 bulan sekali byk nye mempunyai lampu hadapan yg cukup2 menyilaukan mate… Manakala lampu belakang cukup2 tidak nampk…. Mohon keterangan penjelasan….

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Terbaharu skrg kenderaan yg memakai lampu HID akan d kenakan saman denda atau penjara. Mcm mana dgn kereta recond luar negara spt Toyota Wish di Malaysia, original lampu mmg putih. Pun akan disaman juga ke?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
    • shankar on Dec 09, 2018 at 6:51 pm

      hanya lampu kereta yg modified shj dikenakan saman
      klo mcm kereta import atau pun kereta baru yg sedia ada lampu putih x saman . tq

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
    • Troll on Mar 24, 2019 at 4:32 am

      Rajin baca lah telengong bin pandai..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • kazama on Nov 23, 2018 at 9:43 pm

    dgn kata lain kalau kita pasang HID aftermarket berspesifikasi yg diluluskan UNR48,walaupun x melebihi tahap kadar pancaran cahaya(4300K) masih lagi disaman..sbp pokok utamanya disini telah melanggar VTA..mcm ada sedikit diskriminasi disitu..kalau sah2 memasang aftermarket lebih K,itu x dinafikan….

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
  • Wan norzaidi on Mar 22, 2019 at 6:21 pm

    Seperti motorsikal umumnya sesetengah motorsikal baru sekarang menggunakan sistem putih. Ada y menyatakan standard pgcahayaan dia adalah 8000k… Soalan saya ialah jika saya menggunakan motorsikal lama LC V1. Sistem lampu depan adalah bulb biasa.. Tetapi pengcahayaan adalah agak teruk.. Adakah menjadi kesalahan sekiranya sya menukar bulb tersebut kepada jenis LED 6000k.. Jenama osram. Pembekal dari store online market tu kata jpj approved.. Boleh dapat penjelasan dak ttg itu..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required