VIDEO: Pentingnya kerangka sebuah motosikal

Kita semua tahu, semakin hari, motosikal menjadi semakin maju dan berkuasa, bukan setakat pada bahagian enjin, malah juga peralatan lain seperti brek, transmisi, elektronik serta juga pembahagian di antara berat dan kuasanya.

Apabila ditunggang, motosikal menghasilkan daya yang kuat, dan selain terasa pada penunggang itu sendiri, bahagian penting pada motosikal yang menahan kuasa ini, supaya ia dapat dikawal dan disampaikan dengan cekap ke atas jalan adalah kerangkanya.

VIDEO: Pentingnya kerangka sebuah motosikal

Dalam video yang dikeluarkan oleh Red Bull ini, anda boleh melihat bagaimana rangka yang baik boleh menjadi ‘rakan baik kepada penunggang’ dan pembangunannya bermula dalam suasana yang ekstrem iaitu perlumbaan. Seterusnya barulah ia boleh menemui pengguna pada motosikal produksi.

Kerangka motosikal bukan sahaja perlu direka supaya kuat, malah mempunyai sedikit kelenturan untuk membantu mengambil selekoh secara lancar, seperti yang diberitahu oleh pelumba MotoGP, Bradley Smith dalam video ini. Saksikan serba sedikit berkenaan kerangka motosikal dalam video ringkas ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required