Mercedes-Benz Thailand (MBT) telah pun melancarkan model E350e plug-in hybrid. Dengan adanya insentif bagi PHEV, model W213 E220d sudah tidak dijual lagi di negara berkenaan. Ia bukan setakat faktor kos, bahkan menjadi trend global masa kini.
E350e merupakan model plug-in hybrid ke-empat yang dilancarkan di Thailand, selepas C350e, S500e dan GLE500e. Bersama model baharu, MBT turut memperkenalkan cogankata “Switch to EQ” dan mensasarkan PHEV mampu menyumbang sebanyak 30% terhadap jualan di Thailand.
E350e dilengkapi dengan enjin petrol M274 2.0 liter seperti mana model C350e, dengan kuasa yang sama iaitu 208 hp dan 350 Nm. Walau bagaimana pun, terdapat perbezaan jumlah bagi sistem keseluruhan dan motor. Di mana motor elektrik mampu menghadilkan 87 hp/440 Nm (80 hp/340 Nm pada C350e) dan output kombinasi pula 281 hp dan 550 Nm (275 hp/600 Nm bagi model yang lebin kecil).
Model ini juga menggunakan bateri lithium-ion voltan-tinggi dengan keseluruhan kapasiti 6.2 kWh (sama seperti C350e) dan di Eropah, masa pengecasan bagi unit ini adalah sekitar 1.5 jam dengan kadar pengecas 3.7 kW (16A/230V) menerusi soket pengecas atau wallbox, atau pun sekitar tiga jam sekiranya mengunakan soket kuasa domestik standard.
Angka prestasinya sekitar 33 km dengan menggunakan mod elektrik-sepenuhnya dan kelajuan maksimum sekitar 130 km/j dengan kuasa elektrik sahaja. W213 mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.2 saat dan kelajuan maksimum sehingga 210 km/j.
Tiga varian ditawarkan di Thailand iaitu Avantgarde dengan harga 3.49 juta baht (RM436,815) Avantgarde, 3.79 juta baht (RM474,364) bagi Exclusive dan AMG Dynamic pula pada harga 4.09 juta baht (RM511,899).
E350e bakal dilancarkan di Malaysia pada suku ketiga tahun ini, dan ia telah diprebiu pada bulan lalu.
E350e spesifikasi Malaysia merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) didatangkan dengan kit luaran dan dalaman AMG Line, termasuklah roda AMG lima-jejari 19-inci, lampu utama Multibeam LED, bumbung panoramik dan suspensi Airmatic.
Di dalamnya, dihadirkan dengan kulit Nappa, roda stereng AMG Sport, panel meter kokpit cermin hadapan, kawalan suhu pra-kemasukan, Comand Online dan juga sistem bunyi sekeliling Burmester. Ia dijangka berharga di bawah RM400k bagi varian W213 (mengambil alih daripada E300), iaitu lebih murah berbanding yang dijual di pasaran Thailand.
GALERI: Mercedes-Benz E350e yang dipertontonkan di Malaysia
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.