Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) yang mengendalikan laluan di Jabatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang, telah mengeluarkan kenyataan berhubung penutupan jambatan tersebut kepada semua kenderaan dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang mulai hari ini, 10 Julai 2017, selama lima hari.
Penutupan tersebut bagi kerja-kerja pemasangan alat pengesan di menawa kawat elektrik arah timur yang melibatkan dari laluan KM16.4 hingga KM18.6.
Menurut kenyataan terbabit pengesan tersebut adalah sebahagian daripada elemen bagi Sistem Pemantauan Keadaan Struktur di bawah modul Sistem Pengurusan Aset Integrasi (IAMS) yang dibangunkan oleh JKSB bagi penyelenggaran jambatan tersebut.
Jangkaan masa proses pemasangan akan mengambil masa selama lima hari waktu bekerja bergantung pada keadaan cuaca.
Sehubungan itu, laluan kontra dari/ke bahagian Pulau akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan itu dan gangguan trafik minimal dijangka berlaku.
Justeru, pihak JKSB menasihati para pengguna jambatan tersebut supaya mematuhi arahan dan tanda jalan di laluan yang terlibat dan mengikut kadar kelajuan yang ditetapkan demi keselamatan semua.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi JKSB di talian 1-300-30-2828 atau e-mel [email protected] atau mengikuti perkembangannya menerusi akaun rasmi Facebook syarikat ini di www.facebook.com/jsahmoffical; dan twitter @jashmsofficial.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.