VIDEO: Replika enjin boxer EJ20 Subaru Impreza WRX dari pencetak 3D – anda boleh buat sendiri!

Jika dahulu peminat-peminat model berskala perlu bersusah payah untuk membina sendiri sesebuah replika menggunakan plat plastik, dempul (putty), dan sebagainya jika subjek yang ingin dibina berkenaan tidak dijual dalam bentuk kit, kini dengan adanya pencetak 3D, kerja tersebut boleh dikatakan 80% lebih mudah.

Dengan menggunakan pencetak ini, anda boleh menghasilkan hampir semua benda, tetapi haruslah mempunyai pelan rekaan dalam bentuk lukisan terbantu komputer (CAD) bagi membolehkan ianya dicetak dalam bentuk 3D.

Video diatas memaparkan replika enjin boxer DOHC siri EJ yang menjana Subaru Impreza WRX bermula dari generasi pertamanya iaitu model dengan kod casis GC8 sehingga ke generasi ketiga sebelum digantikan dengan enjin dari siri FA untuk generasi keempat.

Replika enjin ini digerakkan oleh motor elektrik. Tetapi dengan rekaan aci engkol, omboh, pemasangan tali sawat pemasa (timing belt), aci sesondol dan injap sama seperti enjin EJ20 asli, ia menghasilkan simulasi operasi sebenar enjin berkenaan, dengan pergerakkan empat lejang ditunjukkan secara tepat.

Jika anda berminat menghasilkan sendiri replika enjin ini, apa yang anda perlukan sekarang ialah pencetak 3D kerana pelan lukisan terbantu komputer untuk setiap komponen enjin tersebut boleh anda muat turun pada PAUTAN INI, tanpa sebarang caj. Hah, apa lagi?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required