Perodua catat jualan 99,700 unit kenderaan bagi 1H 2017, naik 2.4% berbanding tempoh sama tahun lalu

Perodua catat jualan 99,700 unit kenderaan bagi 1H 2017, naik 2.4% berbanding tempoh sama tahun lalu

Perodua masih mempertahankan takhta nombor satu dalam barisan jenama kenderaan terlaris di pasaran tempatan buat setakat ini. Dalam majlis pembentangan rekod prestasi separuh pertama (1H) 2017, Perodua mengumumkan ia telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 99,700 unit kenderaan. Sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 2.4% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu (97,400 unit).

“Berdasarkan jangkaan dalaman kami, jumlah keseluruhan industri (TIV) dari Januari hingga Jun tahun ini mampu mencecah 284,200 unit kenderaan, di mana Perodua boleh menguasai pasaran tempatan sekitar 35.1% bagi tahun ini,” ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh.

Beliau turut berkata, bagi enam bulan pertama tahun ini, semua model Perodua menduduki tempat pertama dalam segmen masing-masing dengan Axia berjaya terjual sebanyak 32,600 unit, diikuti oleh Bezza dengan 28,300 unit, 24,000 unit bagi Myvi dan Alza dengan 14,700 unit.

Perodua catat jualan 99,700 unit kenderaan bagi 1H 2017, naik 2.4% berbanding tempoh sama tahun lalu

“Malah berdasarkan pemerhatian dalaman kami, TIV mampu dipertingkatkan sehingga 2.3% ke 284,200 unit bagi separuh pertama 2017 berbanding 275,500 unit pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Ini turut didorong dengan kempen jualan yang agresif oleh hampir semua pemain industri, serta dengan adanya model baharu yang dilancarkan sepanjang tempoh tersebut. Malahan banyak pemain dalam industri ini turut menjual stok tahun 2016 dengan diskaun yang menarik,” sambungnya lagi.

“Ini termasuklah waranti lanjutan yang kami perkenalkan iaitu dari tiga tahun, kini menjadi lima tahun. Dengan itu, para pelanggan masih terus menggunakan perkhidmatan selepas jualan kami dalam tempoh tersebut, dan ia akan berterusan biarpun selepas waranti kenderaan mereka tamat tempoh. Ini membuktikan keyakinan mereka terhadap perkhidmatan kami masih utuh,” ujarnya lagi.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr. Zahari Husin pula berkata, Perodua juga sedang mengadakan kempen istimewa bagi Myvi di mana pihaknya menawarkan rebat tunai sehingga RM6,000.

Perodua catat jualan 99,700 unit kenderaan bagi 1H 2017, naik 2.4% berbanding tempoh sama tahun lalu

“Malah sempena dengan sambutan ulantahun ke-12 Myvi, kami turut menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM12,000 bagi pelanggan bertuah yang menyertai kempen tersebut yang berlangsung dari 1 Julai lalu sehingga 31 Oktober ini.

Bagi jumlah jualan keseluruhan tahun ini, Aminar berkata, Perodua masih kekal optimis dengan menyasarkan sebanyak 202,000 unit. “Kami masih ada tempoh baki enam bulan untuk mencapai jumlah ini dan yakin ia mampu direalisasikan.”

Bagi tahun ini, Aminar turut berkata, Perodua akan fokus pada barisan model semasa dengan menawarkan pelbagai promosi menarik untuk para pelanggan. Tambahnya lagi, bahagian selepas jualan juga telah diberikan penambahbaikan, sekaligus meningkatkan kepuasan di kalangan para pelanggan.

Mengenai pasaran eksport pula, beliau berkata, dalam enam bulan pertama tahun ini, Perodua telah mengeksport sebanyak 1,854 unit kenderaan ke enam buah negara termasuklah melancarkan Bezza di Mauritius dan Sri Lanka. Manakala bagi bahagian produksi pula, Perodua telah menghasilkan sebanyak 96,600 unit bagi separuh pertama 2017 dan dijangka akan mencecah sehingga 197,000 unit menjelang hujung tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required