Acura keluarkan teaser kereta lumba prototaip ARX-05

Acura keluarkan teaser kereta lumba prototaip ARX-05

Di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Canada, Honda memasarkan barisan model mewah yang dijenamakan sebagai Acura dan ia juga aktif dalam sukan permotoran. Terbaru, Acura mengeluarkan teaser untuk sebuah prototaip model lumba digelar ARX-05 dan ia adalah satu kerjasama dengan pasukan lumba yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun iaitu Team Penske.

Kereta ini dijangka menggunakan enjin sama seperti model NSX, iaitu unit V6 3.5 liter namun masih tidak diberitahu jelas tentang jumlah kuasa dan sama ada ia akan menggunakan sistem hibrid atau tidak. Jika melihat pada NSX pasaran Jepun yang menggunakan enjin sama, dengan dua pengecas turbo, ia mampu menghasilkan 500 hp pada 7,500 rpm dan 550 Nm tork antara 2,000 hingga 6,000 rpm.

Acura ARX-05 akan dipertonton buat pertama kali semasa perjumpaan The Quail, A Motorsports 18 Ogos ini, diikuti Rolex Monterey Motorsports Reunion pada hari berikutnya dan Pebble Beach Concours d’Elegance pada 20 Ogos. Untuk menunjukkan aksi pula, ARX-05 ini akan digunakan pertama kali dalam perlumbaan semasa Rolex 24 di Daytona pada bulan Januari 2018.

Nama ARX-05 yang digunakan sebenarnya bermaksud ‘Acura Racing eXperimental, generation5‘, dan ini adalah prototaip jarak jauh terbaru yang menyambung barisan kenderaan lumba prestasi jenama tersebut sejak 25 tahun lalu. Rekaan model prototaip ini dihasilkan oleh studio rekaan Acura di Los Angeles, California, sambil diselia oleh Honda Performance Development.

Bagi yang belum mengenali Team Penske, ia adalah satu pasukan lumba yang telah mengaut lebih 450 kemenangan dalam perlumbaan berskala besar, termasuk untuk kereta jenis open-wheel, stock dan sports. Pada masa ini, Team Penske berlumba dalam perlumbaan antaranya Verizon IndyCar Series, Monster Energy NASCAR Cup Series, NASCAR XFINITY Series dan Virgin Australia Supercars Championship.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required