Chery Exeed TX muncul di Frankfurt – versi PHEV akan tiba dahulu; 1.8 l/100 km, 0-100 km/j enam saat

Chery Exeed TX muncul di Frankfurt – versi PHEV akan tiba dahulu; 1.8 l/100 km, 0-100 km/j enam saat

Sebelum ini Chery telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan jenama baru untuk pasaran Eropah, dan sebuah SUV kompak akan menjadi model pertama yang menggunakan jenama tersebut. Semasa di Frankfurt Motor Show, model tersebut telah muncul, dan ia dikenali sebagai Exeed TX.

Model ini menunjukkan evolusi kepada falsafah rekaan ‘Life in Motion‘ yang digunakan oleh syarikat itu, dan ia menggunakan platform baru yang dibangunkan khas untuk barisan model Exeed. Platform ini boleh digunakan untuk enjin kuasa elektrik, selari dengan sasaran syarikat yang ingin menjual model seperti elektrik hibrid (HEV), plug-in hybrid elektrik (P-HEV) dan elektrik bateri (BEV).

Pada bahagian depan, Exeed TC menampilkan penggunaan gril bersaiz besar dengan kemasan berbintik dan garisan nipis berlampu, dan di tengahnya terdapat logo Chery. Garisan di gril tadi kemudiannya bersambung dengan lampu siang pada bahagian lampu utama.

Chery Exeed TX muncul di Frankfurt – versi PHEV akan tiba dahulu; 1.8 l/100 km, 0-100 km/j enam saat

Garis badan biasa sebuah SUV boleh dilihat pada Exeed TX, dan anda boleh melihat perbezaan permukaan yang jelas di antara lengkuk roda dan panel badan, di mana biasanya terdapat kemasan plastik. Pada bahagian belakang, ia ada kelihatan sedikit seperti Kia Sportage, tetapi rekaan lampu belakangnya adalah berbeza, dengan berbentuk U dan mempunyai kemasan krom.

Masuk ke bahagian dalam, bahagian papan pemuka didominasi oleh skrin sesentuh 10 inci, yang disambungkan kepada sistem informasi dan hiburan kenderaan, manakala di bahagian konsol tengah terdapat tombol kawalan. Bagi butang kawalan dan suis, ia kelihatan seperti mempunyai pengaruh Audi.

Kelengkapan lain yang ada termasuk panel instrumen digital tujuh inci, kamera 360 darjah, tempat duduk dengan fungsi pemanas, bumbung panoramik, lampu suasana, pintu but kuasa elektrik dan teknologi bantuan letak kereta. SUV ini dipasang dengan rim 19 inci dan tayar jenama Continental.

Chery Exeed TX muncul di Frankfurt – versi PHEV akan tiba dahulu; 1.8 l/100 km, 0-100 km/j enam saat

Exeed TX akan ditawarkan dalam tiga versi iaitu HEV, PHEV dan BEV, dengan varian pertengahan yang akan memasuki pasaran terlebih dahulu. Varian PHEV akan dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter 147 hp, dan digabungkan dengan motor elektrik 85 kW (114 hp), sistem pacuan semua roda dan transmisi automatik tujuh kelajuan.

Chery mendakwa SUV kompak ini boleh memecut dari pegun ke 100 km/j dalam masa hanya enam saat, dan mencecah laju maksimum 200 km/j. Mereka juga menambah bahawa Exeed TX menawarkan penggunaan bahan api cuma 1.8 liter bagi setiap 100 km (NEDC) dan boleh bergerak sehingga 120 kmj untuk 70 km dengan menggunakan elektrik sahaja.

Tiada perincian berkenaan bateri yang disiarkan, tetapi Chery mendakwa ia boleh dicas cepat sehingga 80% dalam masa hanya 30 minit, dan mencecah cas penuh daripada sumber 220 V dalam masa hanya empat jam. Exeed TX adalah satu daripada model yang terletak dalam barisan Exeed yang akan diperkenalkan di Eropah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Harap jangan seperti mpv sekarang,sepupu beli….setahun semua button tercabut…kene tampal dengan glue…huuu

    made in china….mcm mana dengan geli suv pertama proton…haaa

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required