Panggilan semula besar-besaran beg udara Takata di China – babitkan majoriti dari Volkswagen dan GM

Panggilan semula besar-besaran beg udara Takata di China – babitkan majoriti dari Volkswagen dan GM

Kita di Malaysia tahu akan panggilan semula paling besar dalam industri automotif iaitu inflator beg udara keluaran Takata Corp, dan ianya melibatkan sejumlah besar kenderaan dari jenama Honda. Panggilan semula berkenaan kini telah membadai pasaran China, dan disebabkan pasaran tersebut sangat besar, panggilan semula tersebut turut dalam jumlah yang besar.

Berbeza dengan Malaysia, di China panggilan semula ini secara majoritinya melibatkan kenderaan dari jenama Volkswagen. Minggu lalu, Volkswagen dan juga rakan kongsinya iaitu FAW Volkswagen serta SAIC Volkswagen mengumumkan sejumlah 4.86 juta kenderaan terbabit dalam panggilan tersebut di China.

Reuters melaporkan langkah tersebut diambil setelah pihak berkuasa di China meminta Volkswagen dan juga GM serta Mercedes-Benz untuk membuat panggilan semula berkaitan inflator beg udara Takata pada awal tahun ini. VW memberitahu agensi berita tersebut bahawa selepas perbincangan, pihak berkuasa China membuat kesimpulan dalam kes terpencil kerosakan pada beg udara berkenaan akan berlaku, “yang mana mungkin akan mewujudkan potensi risiko keselamatan”.

“Mengambil langkah selepas dinasihati oleh pihak berkuasa keselamatan China, Volkswagen Group China mengambil keputusan untuk menjalankan panggilan semula ini,” kata VW dan menambah mereka masih belum menerima apa-apa laporan berkenaan isu ini yang menjejaskan kenderaan-kenderaan keluarannya secara global, analisa komponen juga telah menemui inflator beg udara Takata berkenaan berada dalam “keaadaan normal”.

Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (GAQSIQ) berkata bahawa VW China akan memanggil semula sejumlah 103,573 kenderaan, FAW-Volkswagen 2.35 juta kenderaan dan SAIC Volkswagen sebanyak 2.4 juta kenderaan. Pihak berkuasa tersebut berkata panggilan semula ini akan bermula pada Mac 2018 sehingga 2019.

General Motors dan rakan kongsinya di China, Shanghai GM, turut menjalankan panggilan semula ini terhadap 2.5 juta kenderaannya. Bermula 29 Oktober, GM akan memanggil semula 13,492 kenderaan berjenama Saab dan Opel yang diimport, diikuti oleh 2.51 juta kenderaan berjenama Chevrolet dan Buick buatan China bermula 29 Disember.

Menurut agensi berita negeri China Xinhua, GAQSIQ berkata masalah inflator beg udara Takata ini melibatkan 37 pengeluar kenderaan dan lebih dari 20 juta kenderaan, yang mana 24 pengeluar telah memanggil semula 10.59 juta kenderaan pada punghujung Jun.

Oleh itu, dua jenama utama gergasi automotif di China ini dilihat tidak proaktif dengan panggilan semula tersebut kerana pengeluar lain telah menjalankan aktiviti berkenaan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, belum ada lagi apa-apa kes berkenaan yang timbul disebabkan inflator beg udara tersebut di China kerana keadaan cuaca di negara berkenaan, dan langkah tersebut dilihat masih lagi belum terlambat.

Inflator beg udara keluaran Takata ini terjejas kerana bahan pendorong di dalamnya berubah bentuk selepas terdedah terlalu lama pada kelembapan dan suhu tinggi. Inflator berkenaan mengandungi pendorong ammonium nitrat dalam keadaan stabil ketika keadaan kering yang mungkin akan menyebabkan modul tersebut meletup. Jika ia berlaku, perumah logam inflator berkenaan akan pecah dan serpihannya mungkin akan menyebabkan kecederaan serius, dan lebih teruk mungkin boleh menyebabkan kematian.

Setakat ini, 16 kehilangan jiwa dan 180 kecederaan telah dilaporkan berhubung masalah inflator beg udara berkenaan di seluruh dunia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required