BMW bakal menggunakan platform fleksibel sebagai binaan untuk semua modelnya mulai tahun 2020

BMW bakal menggunakan platform fleksibel sebagai binaan untuk semua modelnya mulai tahun 2020

Mulai tahun 2020 ke atas, semua model BMW akan dibina dengan menggunakan platform kenderaan fleksibel, yang mana ia boleh menampung pelbagai penjana kuasa dan pelarasan pemanduan. Ini seperti mana yang dinyatakan oleh Robert Irlinger, ketua jenama bagi divisi BMW i, menurut laporan Jalopnik.

Perancangan dengan menggunakan seni bina yang biasa ini disebabkan sebahagian besar kenderaan elektrik dan enjin pembakaran biasa akan datang yang agak ‘kurang selamat’. Lantas ketidakpastian ini menjamin platform baharu boleh menerima penjana elektrik bagi enjin pembakaran dalaman, elektrik, hibrid dan plug-in hybrid.

Bukan itu sahaja, dengan kepelbagaian yang lebih baik, platform ini juga boleh menyokong konfigurasi pacuan roda-hadapan, -belakang dan semua-roda, bergantung pada kenderaan. Walau bagaimana pun, dengan seni bina yang menawarkan lebih banyak potensi ini, struktur pelanggaran dan pemasangan suspensi masih kekal sebagai kunci utama binaannya.

Dengan langkah ini, pada masa hadapan, pelanggan boleh memilih mana-mana model sama ada dengan janaan elektrik sepenuhnya, plug-in hybrid atau enjin pembakaran dalaman. Sebagai contoh, ia telah pun ditawarkan buat Hyundai Ioniq, yang turut menawarkan tiga pilihan penjana kuasa berbeza.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required