Honda Accord 2018 – produksi bermula di kilang Ohio

Honda Accord 2018 – produksi bermula di kilang Ohio

Honda of America Manufacturing (HAM) telah memulakan produksi massa bagi Honda Accord 2018 serba baharu, dengan model ini yang telah terjual di Amerika sejak lebih empat dekad, dengan jualan melebihi 12.7 juta sejak diperkenalkan pada tahun 1976.

Menurut syarikat ini, dengan perlaburan berjumlah US$267 juta (lebih kuran RM1.11 bilion) dan dengan kakitangan tambahan seramai 300 orang untuk menyokong produksi bagi Accord ini di Marysville Auto Plant (MAP) dan kilang enjin di Anna, Ohio.

Perlaburan kewangan termasuk US$220 juta untuk jabatan kimpalan baharu dengan menampilkan 342 unit robot pengimpal, serta US$47 juta bagi memproduksi Accord enjin pengecas turbo 1.5 dan 2.0 liter, iaitu janaan turbo pertama yang diperkenalkan bagi model ini.

Pembuatan bagi Accord generasi ke-10 ini turut melibatkan proses kimpalan laser pada bahagian bumbung kereta dan teknik pengecapan (stamping) baharu bagi membentuk badan berukir. Malah pelekat prestasi tinggi juga digunakan untuk memberikan ketegaran badan yang lebih mantap, manakala busa semburan yang akustik boleh menambah kesenyapan dalam kabin.

“Pertumbuhan produksi dan pekerjaan baharu ini membolehkan kami mencapai permintaan tinggi bagi Honda Accord baharu ini. Malahan ia juga membuktikan daya usaha dan kesungguhan pasukan projek kami untuk melaksanakannya. Ia memberikan kelebihan untuk memproduksi model jualan terbaik di Amerika sejak 41 tahun lalu yang amat membanggakan kami,” ujar Rob May, pengurus kilang di MAP.

Fasiliti MAP turut meningkatkan proses sub-pemasangan baharu untuk Unit Kuasa Pintar (IPU) bagi membantu kuasa yang akan datang, bagi Accord Hybrid generasi ke-10. Di mana Accord Hybrid semasa diproduksi di kilang Honda yang terletak di Sayama berhampiran Tokyo, yang kemudiannya akan dipindahkan ke Ohio.

Sebagai pengetahuan, Accord merupakan model Honda pertama yang diperbuat di Amerika, dan telah diproduksi di MAP sejak November 1982, dengan mencapai pengeluaran di sana melebih 11 juta unit sejak 35 tahun yang lalu.

GALERI: Honda Accord 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required